Sabtu, 11 Februari 2012

Pengajar Atau Pendidik?



P/s: mengajar dengan memberitahu, memahamkan dan menyampaikan. Manakala mendidik ialah dengan mengajak, mendorong, membimbing dan memantau. Untunglah jika anda bergelar guru yang mempunyai kedua-dua sifat ini, dan bukan semata-mata profesion sahaja. Jika hanya mengajar, hasilnya pelajar hanya tahu, tetapi tidak sedar. Pendidik atau pengajar atau kedua-duanya sekali? Anda yang tentukan...(cuba baca buku 'Beduk Diketuk' tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi...cerita ni ada dalam tu...memang best sangat-sangat buku ni...rugi tak baca tau)



Khamis, 2 Februari 2012

Substansi Cinta

[Prolog] Ketika mengharungi hari-hari terakhir zaman persekolahan rendah, saya dikejutkan dengan sepucuk sampul surat. Kad raya rupanya.

Almaklumlah, masa budak-budak dulu, tradisi memberi kad raya memang masih kuat dan saya sendiri masih mengirim sepucuk dua kad raya kepada rakan-rakan lama sebelum berpindah ke rumah baru.

Tetapi ternyata, kad raya itu agak 'unik' dan pelik. Sebaik sahaja saya membuka sampul surat, saya mendapati kad raya tersebut telah digam. Jelaslah saya tidak boleh membuka kad itu untuk membaca isi dalamnya.

"Oh, dia tersalah tulis kot. Sebab tu dia gamkan." Itu fikir saya. Tindakan saya hanya terhenti di situ, memandangkan saya sudah memahami maksud si pengirim ingin mengucapkan selamat hari raya kepada saya. Lantas, saya hanya membiarkan kad tersebut di atas meja belajar tanpa berfikir yang pelik-pelik.

Tidak lama kemudian, saya terdengar bunyi bising-bising dari atas. Abang sudah tergelak separuh mati ketawakan saya. Kad raya yang digam tersebut dibuka oleh abang. Rupa-rupanya disebalik kad raya yang digam tersebut, bukanlah ucapan hari raya, tetapi ucapan 'I Love You' yang memenuhi ruang kad tersebut! Siap dengan lukisan-lukisan berbentuk hati pula tu!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...