Khamis, 2 Februari 2012
Substansi Cinta
Rabu, 18 Mei 2011
Ah, Rimaslah Jadi Muslimah!
Seringkali, bagi kaum-kaum hawa yang diberi nikmat kecantikan. Tak kiralah yang free-hair, yang bertudung tiga segi, yang bershawl pelangi celoreng-celoreng mahupun yang bertudung bidang 60". Semuanya secara jujur, perasaan ingin menunjukkan kecantikkan masing-masing menggunung di dalam diri. Saya ingin bawakan tiga situasi:
Warna
Pernah suatu ketika, saya melewati perkarangan masjid di kampus. Ada sekumpulan wanita muslimah yang kebanyakkannya berniqab seronok mengambil gambar di kawasan sekitar tanpa menghiraukan manusia yang lalu lalang. Rasanya seperti rombongan pelawat dari luar datang ke sini. Pandangan saya seperti melekat ke arah mereka selama beberapa saat.
Ya, mereka memang cantik berniqab. Semuanya berniqab hitam ala-ala Aisha Greimas dalam filem Ayat-Ayat Cinta. Tetapi terdapat satu fatal flaw yang membuatkan saya terfikir, apa tujuan mereka berniqab sedangkan warna pakaian yang dipakai sangat menyilaukan mata. Seperti fluorescent paper yang banyak dijual di kedai-kedai alat tulis. Dari jauh lagi anda sudah boleh lihat warna-warni pakaian mereka.
Jumaat, 29 April 2011
Ubat Sakit Jiwa Dan Hati Yang Paling Mujarab
Lewat petang kelmarin, saya masih berada di dalam bas untuk pulang ke desasiswa dari pusat pengajian. Saya mengerling ke tempat duduk sebelah. Selang satu kerusi. Kelihatan seorang pelajar antarabangsa berkulit gelap, membuka Al-Quran untuk menghabiskan masa yang mengalir sia-sia di dalam bas. Ah, luaran mungkin kelam. Namun di hatinya, siapa tahu, penuh dengan nur. Sehingga terpancar ke wajahnya. Hati jadi sejuk. Saya senyum sendiri.
Teringat suasana Ramadhan. Terasa betul imarahnya bulan Mubarak tersebut. Pemandangan manusia-manusia yang sedang keletihan berpuasa dengan Al-Quran di tangan. Itu di Malaysia. Rasanya kalau di tanah Arab suasana sebegini barangkali di mana-mana dan sepanjang tahun. Di dalam keretapi, di dalam bas, di rumah Allah apatah lagi.
Isnin, 11 April 2011
Kucing Juga Makhluk Tuhan Seperti Anda
Petang ini, saya tergelak besar apabila mendapat satu MMS yang dihantar oleh adik perempuan saya, Bibi. Kandungan MMS tersebut adalah gambar mama saya yang sedang tidur nyenyak bersama baby kucing baru keluarga kami yang bernama Ng. Kata Bibi, mama baru sahaja memandikan Ng dan adik-beradiknya yang lain. Elok sahaja berbungkus. Tapi, kenapa dengan kain buruk? Huhu.
![]() |
| Bibi guna kain buruk. T___T |
Sekali lagi saya ketawa apabila Bibi memberitahu nama-nama baby kucing tersebut. Ku, Chi dan Ng. Asalnya daripada perkataan 'kucing'. Maka, disebabkan mereka tiga bersaudara, Bibi meletakkan nama begitu kepada mereka. Ah, nakal juga si Bibi ni.
Rabu, 30 Mac 2011
Rahsiakan Pertunangan, Hebahkan Pernikahan
![]() |
| Gambar ini diambil sewaktu majlis akad nikah dua pupu saya, Kak Su. |
Sabtu, 26 Mac 2011
MasyaAllah, Berlagaknya!
Dalam beberapa insiden yang berlainan, saya berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia yang saya sendiri kurang pasti untuk mentafsirkannya. Adakah ianya satu bentuk luahan perasaan atau pun satu jenis perbuatan menunjuk-nunjuk kehebatan diri, saya pun tidak tahu.Entri kali ini tidak sesekali ditujukan kepada sesiapa. Sekadar peringatan kepada diri sendiri dan anda yang sedang membaca. Kita hidup dikelilingi pelbagai jenis manusia - dan di antara mereka termasuklah golongan ini. Suka bermegah dengan kehebatan dan kelebihan diri. Atau dalam bahasa yang paling mudah dihadam: macam bagus.
Khamis, 24 Mac 2011
Harga Selautan Syukur
Surah Ar-Rahman adalah antara surah kegemaran saya. Selain daripada ayatnya pendek-pendek, surah ini juga pendek. Hanya 78 ayat. Walaupun ayat dan surahnya pendek, namun pengajaran yang tersirat di dalamnya tidak digambarkan dengan kata-kata.
Satu perkataan sahaja sudah cukup untuk surah ini - erti syukur.
Cuba anda bayangkan, ayat ini diulang sebanyak 31 kali dalam surah tersebut. Ini menunjukkan betapa banyaknya nikmat yang Dia telah beri pada kita.
Kadangkala, kita suka membandingkan diri sendiri dengan orang yang lebih daripada kita - contohnya dalam isu kecantikan diri. Ataupun dalam isu harta benda, kepandaian, kebolehan dan macam-macam lagi.
Ya, saya juga pernah diuji sedemikian. Kenapa aku tak dapat ini, kenapa aku tak dapat itu, dan macam-macam kenapa lagi. Saya ingin bawakan satu contoh terbaik yang saya pernah alami dalam hidup saya, yang membuatkan saya merasakan Allah itu terlalu baik, dan sememangnya Dialah yang terbaik. Dialah sebaik-baik pengatur kehidupan.
Rabu, 23 Mac 2011
Tertegakkah Syariat Islam Di Hospital?
Jika jawatan Menteri Kesihatan Malaysia itu terletak pada tangan saya, novel ini saya akan wajibkan sebagai bahan bacaan wajib setiap pelajar perubatan dan doktor yang beragama Islam. Bukan apa, supaya doktor-doktor Muslim ini lebih memahami dan prihatin dengan soal ibadah pesakit; yang kadangkalanya diremehkan oleh pesakit. Antara tahu atau tidak tahu. Atau buat-buat tidak tahu.
Sekurang-kurang, golongan ini boleh memberi rawatan 'spiritual' selain daripada rawatan fizikal. Perubatan bukan sahaja pada kesakitan jasmani, rohani juga perlu dirawat.
Terlalu banyak maslahah berkaitan ibadah yang selalu dipandang ringan oleh pesakit ketika berada di hospital. Bukan sahaja di hospital, malah di mana-mana sahaja - ketika kita diuji dengan penyakit.
Sabtu, 5 Mac 2011
[Video] Iktibar Dari Penghuni Raudhatus Sakinah
Khamis, 17 Februari 2011
[Video] An Afternoon With The Hijjabed
Assalamualaikum. I was thinking of updating my blog last night. But after several times trying, it happen to be some technical problems with Blogger and I decided to take a 'short' nap. But the so-called 'short' nap eventually turned out to be sleeping until morning. My bad.
So, this is one my favourite video which I watched it countless times already. I love the message, and also the way they relaying the muslimah images in the society nowadays.
After you're finished watching, tell me which one character that suits you best! :)
Selasa, 15 Februari 2011
Muslimah, Apa Sudah Jadi?
Semalam, saya memulakan perjalanan ke kelas dengan menaiki bas bermula dari bus stop dekat Palapes. Alhamdulillah, kali ni dapat duduk. Selalunya macam tu lah, adakalanya dapat duduk, kadang-kadang kena berdiri.
Jangan Biarkan Rasulullah Menangis
Salam alayk kepada semua. Hari ini, 12 Rabiul awwal 1432H. Rasanya saya tak perlu tanya lagi, budak sekolah tadika pun tahu kan? Moga-moga Rasululllah s.a.w memberi syafaat kepada kita semua di akhirat kelak. InsyaAllah.
Tetapi apa yang menyedihkan, segelintir manusia yang mengaku dirinya umat Nabi Muhammad s.a.w seolah-olah tidak terkesan dengan post yang bertubi-tubi di Facebook mengenai V-day dan Maulidur Rasul. Sedih. Sedih baginda jika melihat keadaan umatnya seperti sekarang. Sedangkan baginda begitu kasihkan umat, sehingga saat-saat terakhirnya sebelum wafat, baginda menyebut "ummati...ummati...ummati..." yang bermaksud "umatku...umatku...umatku..."
Tidak malukah kita? Lihat gambar ini:
Ahad, 13 Februari 2011
Imannya Runtuh Kerana Aku
Suri, seorang muslimah yang tahu batas agama dan hukum-hakam. Dia cukup menjaga aurat dan batas pergaulannya. Namun kekhilafan yang dilakukannya suatu hari, menyebabkan dia berasa sungguh kesal. Dan dia yakin, dia juga mempunyai saham terhadap dosa tersebut.
Sabtu, 12 Februari 2011
Berdakwahlah, Walaupun Hanya Dengan Tulisan
Pagi Sabtu yang hening dan nyaman ini belum cukup untuk menggugah iman diri ini untuk menyelinap kembali ke dalam selimut seusai solat Subuh. Walaupun hanya melelapkan mata kira-kira pukul 3 pagi tadi, mata saya cukup degil. Agaknya saya mewarisi perangai ibu saya, tidak boleh tidur pagi.
Saya kini dalam proses menghabiskan novel yang baru dibeli beberapa hari lepas - Denyut Kasih Medik tulisan seorang doktor perubatan Muslim yang cukup tinggi ketegasannya dalam menegakkan syariat Islam di hospital, Dr.Farhan Hadi yang juga teman hidup kepada penulis terkenal, Fatimah Syarha.
Akhirnya, buku yang termasuk dalam wishlist saya pada tahun ini sudah tertunai, walaupun baru sebuah.
Ketika saya sedang berjalan keluar makan malam bersama rakan-rakan di Plaza Ivory semalam, fikiran saya bercelaru. Terlalu banyak yang bermain di fikiran. Memikirkan diri yang mempunyai kelemahan terbesar yang sering saya kesali - sukar dan lemah ketika berhadapan untuk menasihati orang-orang tersayang yang melakukan maksiat.
Jumaat, 11 Februari 2011
Arise, Muslim Youngsters!
My thoughts wandering about the young Muslims whereabout today. Especially in Malaysia. Don't we have more than 60% majority of Muslims in Malaysia? So why am I searching for young Muslims when we can see the existence of a huge number of Muslim community in Malaysia?
The answer is, the number of young Muslims that really understand the belief behind Islam itself. Most of them nowadays practically, take things for granted. Embracing Islam as the way of life apparently not the priority of these youngsters nowadays. By navigating away from the teachings, it is a sign that the end of dunya seemingly very near. The mother nature in on the verge of death.
Several fundamental things that I would like to take into account, very crucial for the development of these 'little khalifahs'.
Ahad, 6 Februari 2011
Si Pemungut Sampah Berhati Emas
![]() |
| Li Yukun sedang mengasingkan sampah yang dikutip |
Mengisahkan seorang wanita China, Li Yukun berusia 64 tahun. Untuk pengetahuan anda, umur persaraan di republik itu ialah 50 tahun. Bermakna, wanita ini sudah lama melepasi umur persaraannya.
Tetapi yang menghairankan, beliau beriya-iya meminta pihak majikannya supaya menyambung kembali kontrak pekerjaan beliau iaitu sebagai pekerja pembersihan dan pemungut sampah. Ketika ditanya, mengapa ingin bekerja, sedangkan beliau sudah begitu tua dan barangkali kudratnya pasti terhad untuk melakukan kerja dengan lancar. Beliau menjawab,
"Saya masih mempunyai lebih daripada 10 orang pelajar untuk dibantu."
Rabu, 26 Januari 2011
Perempuan Memang Tak Guna
Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, sila betulkan saya.
Ahad, 16 Januari 2011
Andakah Bakal Ibu Bapa Yang Berkualiti Itu?
'Cukuplah untuk hari ni, penat sangat dah ni.'
Setelah menjadi sleeping beauty untuk beberapa jam tadi, mata terasa segar. Benak dan hati teringin berkongsi sesuatu.
Ketika Ramadhan yang lalu, saya telah diundang oleh pensyarah saya bersama ahli research team yang lain untuk berbuka puasa di rumahnya. Tetamu undangannya ternyata bukan kami sahaja, malahan ramai lagi. Yang pastinya, lebih ramai muslimin berbanding muslimah yang dijemput. Sahabat-handai dan student beliau barangkali, fikir saya.
Sementelah menunggu perut masing-masing lega, maka berboraklah mereka sekaliannya. Tiba-tiba, terkeluarlah isu jodoh. Kata pensyarah saya,
"Daripada aku tanggung dosa, lebih baik aku kahwin"
Beliau menceritakan pengalamannya berkahwin ketika belajar. Waktu itu beliau masih lagi menuntut di US. Katanya, ada suara-suara sumbang yang sinis menegur saat mengetahui beliau sudah berkahwin.
"Kau ni, dah habis belajar ke belum?" kata seseorang. Gayanya orang itu seperti lebih berusia daripada pensyarah saya.
Malah, kedua-duanya cukup sepadan. Isterinya cukup solehah, sangat menyejukkan mata yang memandang. Anak-anak juga comel-comel. Hati saya berbunga kagum tidak terperi. Inilah yang dinamakan jodoh. Allah memang menentukan yang terbaik untuk hamba-Nya.
Pernah dengar kata-kata ini?
'Pasangan anda adalah cermin bagi diri anda. Refleksi.'
Saya banyak membuat pemerhatian dek kata-kata ini. Setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup saya, akan saya rumuskan dan simpulkan. Pengajaran di sebalik peristiwa dan pemerhatian itu saya jadikan prinsip hidup dan kongsikan dengan orang lain.
Jika kita hari ini begini, begini dan begini, maka begitulah juga pasangan kita. Begitu, begitu dan begitulah juga. Dari segi corak pemikiran juga tidak akan lari jauh. Ini pemerhatian saya terhadap kedua-dua ibu bapa saya. Mungkin itulah kata orang, keserasian.
Persamaan itu penting. Tetapi perbezaan juga penting. Dengan adanya perbezaan, kita akan mencari jalan untuk saling melengkapi perbezaan-perbezaan yang ada.
Sekiranya sudah sampai seru untuk berkahwin, maka berkahwinlah. Jangan sulitkan perkara yang mudah lagi sunnah. Usahkan diikutkan sangat adat-adat yang menyusahkan. Lagi-lagi kata-kata orang disekeliling.
Majlis perkahwinan hanyalah pintu. Jika berkat di permulaannya, maka mudah-mudahan berkatlah sehingga ke penghujungnya, dan cemerlanglah segala zuriat yang menjadi penyambung generasi.
Muslim dan muslimah yang berkualiti itu kebiasaannya datang dari ibu bapa yang hebat dan berkualiti.
Bakal ibu bapa yang berkualiti tidak akan merayau tak tentu hala dan masa.
Bakal ibu bapa yang berkualiti akan sentiasa memperbaiki kelemahan, ilmu dan iman.
Bakal ibu bapa yang berkualiti akan menjaga nama baik kedua-dua ibu bapa mereka selagi belum berkahwin.
Andakah bakal ibu bapa yang berkualiti itu? Jika ya, seinfiniti tahniah kepada bakal anak-anak anda kerana bakal mempunyai ibu bapa yang terbaik di dunia, dan di akhirat insyaAllah.
Khamis, 30 Disember 2010
Pengajaran Dari Anak Berusia 8 Tahun
Safiyah (bukan nama sebenar) baru sahaja mencapai umur 8 tahun. Setiap pagi, Safiyah akan ke sekolah agama (kebetulan sesi pagi).
![]() |
| Gambar hiasan |
Selasa, 28 Disember 2010
Motivasi Terbaik Ialah Al-Quran
| Owh So Muslim |
Setelah baru sahaja berjalan-jalan di website dakwah santai berbahasa Inggeris yang comel dan kiut-miut Owh So Muslim, teringat pula saya pada satu entri yang tersave di dalam draft beberapa hari yang lepas. Okey, mari kita sambung kembali.
Artikel ini saya peroleh dari flyer yang diberikan oleh AJK satu program Persatuan Mahasiswa Islam USM (PMIUSM) yang saya hadiri ketika saya di tahun satu. Agak lama juga. Tetapi artikel ini cukup menyentuh hati saya. Saya simpan flyer tersebut, dan tampal di board di dalam bilik saya. Masih ada tertampal sehingga hari ini.
Saat rasa susah dan tak terbantu, mata saya akan mendongak memandang artikel ini sambil memujuk hati. Jom sama-sama kita amalkan. InsyaAllah.








