Seringkali, bagi kaum-kaum hawa yang diberi nikmat kecantikan. Tak kiralah yang free-hair, yang bertudung tiga segi, yang bershawl pelangi celoreng-celoreng mahupun yang bertudung bidang 60". Semuanya secara jujur, perasaan ingin menunjukkan kecantikkan masing-masing menggunung di dalam diri. Saya ingin bawakan tiga situasi:
Warna
Pernah suatu ketika, saya melewati perkarangan masjid di kampus. Ada sekumpulan wanita muslimah yang kebanyakkannya berniqab seronok mengambil gambar di kawasan sekitar tanpa menghiraukan manusia yang lalu lalang. Rasanya seperti rombongan pelawat dari luar datang ke sini. Pandangan saya seperti melekat ke arah mereka selama beberapa saat.
Ya, mereka memang cantik berniqab. Semuanya berniqab hitam ala-ala Aisha Greimas dalam filem Ayat-Ayat Cinta. Tetapi terdapat satu fatal flaw yang membuatkan saya terfikir, apa tujuan mereka berniqab sedangkan warna pakaian yang dipakai sangat menyilaukan mata. Seperti fluorescent paper yang banyak dijual di kedai-kedai alat tulis. Dari jauh lagi anda sudah boleh lihat warna-warni pakaian mereka.
Ulasan saya:
Di dalam Al-Quran telah menjelaskan bahawa aurat yang wajib ditutup adalah seluruh badan, kecuali wajah dan tapak tangan. Keperluan untuk berniqab itu hanya jatuh jika, hanya dengan memandang wajah anda, lelaki gagal mengawal syahwat mereka. Dengan kata lain, anda terlalu cantik. Sehinggakan anda berasa tidak selesa dan tidak selamat sekiranya tidak berniqab.
Selain itu juga, sekiranya dengan berniqab, anda berasa lebih dekat dengan Allah. Teruskan niat murni anda. Tetapi awas, kod etika pemakaian yang lain juga anda perlu faham dan hayati. Pada mulanya niat anda berniqab untuk mengelakkan daripada menarik perhatian lelaki, tetapi warna pakaian anda seperti fluorescent paper, niat murni anda itu tetap tidak akan terlaksana.
Anda berniqab. Alhamdulillah. Tertutup sudah satu. Tetapi warna terang-benderang. Terbuka pula yang lagi satu. Jadi, bagaimana? Renung-renungkan.
Lelaki, yang mana satu mata anda akan tengok dulu. Yang kanan ke kiri? Tak payah jawab. Saya dah ada jawapannya. Huu. |
Gambar
Itik. Kalau dia buat muncung itik pun biarlah. Dia comel buat macam tu sebab dia tu itik. Anda yang manusia ni nak jadi itik jugak ke posing macam tu? Langsung tak comel! |
Tabarruj
Tabarruj bererti berhias-hiasan dan mempertontonkan hiasan kepada golongan bukan muhrim. Ini termasuklah juga dengan pemakaian make-up yang keterlaluan. Saya tidak salahkan golongan wanita, kerana fitrah wanita ingin sentiasa kelihatan cantik. Malah Allah juga suka kepada kecantikkan. Tetapi anda harus ingat, tabarruj yang berlebihan boleh membawa padah.
Ada yang suka melihat mata hitamnya menjadi besar seperti watak anime. Lalu dibelinya contact lens yang mempunyai diameter yang lebih lebar daripada kornea mata yang biasa. Ada yang suka bulu matanya panjang melentik, lalu dibubuhnya bulu mata palsu yang dicalit pula dengan mascara Maybelline atau M.A.C. Ada yang suka bibirnya berkilauan dengan lip gloss dan lip stick, dengan harapan adalah iras-iras bibir Angelina Jolie. Hmmm...
Ulasan saya:
Bulu mata palsu yang panjang - kelihatan seperti bulu mata unta.
Kornea mata besar yang kononnya seperti anime - menakutkan.
Bibir yang dipenuhi lip gloss - macam donat yang penuh dengan gula.
Kadangkala, tidak semua lelaki yang suka dengan penampilan sebegini. Yalah, mula-mula mereka akan memandang anda. Kerana anda kelihatan unik, dan lain daripada yang lain. Tetapi anda jangan hairan jika anda akan menjadi bahan umpatan mereka dengan rakan-rakan yang lain kerana penampilan anda itu. Jadilah diri anda sendiri. InsyaAllah, yang natural itu akan menunjukkan diri anda yang sebenar. Yang penting, jujurlah kepada diri sendiri.
Nah, nak jadi anime sangat. Amik! |
Kesimpulan:
Ah, rimaslah jadi muslimah! Semua tak boleh, itu tak boleh, ini tak boleh! Konservatif! Tertutup! Jumud! Apa lagi yang anda ingin senaraikan, sila ambil pen dan kertas dan senaraikan sebanyak yang boleh.
Cuba anda bertenang dan fikir secara waras. Setiap peraturan yang wujud di dunia ini ada sebab yang tersendiri. Inikan pula peraturan yang sudah wujud seiring dengan penurunan wahyu kepada Rasulullah, iaitu Al-Quran. Al-Quran adalah buku peraturan yang paling lengkap di dunia. Masakan anda ingin mempertikaikannya lagi?
Teringat sabda Rasulullah yang berbunyi,
"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu."
Tidak kiralah apa yang anda lakukan, anda tetap akan mendapat perhatian lelaki. Kerana lelaki yang bernafsu satu itu, hanyalah kepada wanita.
"Jika berbuat baik akan dikagumi
Apabila berbuat jahat akan diminati
Apabila memakai pakaian menutup aurat akan kelihatan menawan
Apabila berpakaian seksi akan dipandang menggoda
dan pelbagai lagi menarik perhatian lelaki terhadap wanita." (quote dari blog ini)
Ianya bergantung juga pada lelaki yang memandangnya. Oleh sebab itu Allah s.w.t telah mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak berbuat jahat, dia akan memikirkan kalau-kalau ada orang yang akan nampak. Hendak mendedahkan aurat, dia takut kalau ada lelaki mengganggunya dan hendak berjalan seorang, dia takut kalau ada orang mengusiknya. (quote dari blog ini)
Muhasabah. Islam agama yang melindungi wanita. Jangan fikir semua itu sebagai kekangan dan halangan. Tetapi ianya bertujuan untuk mengangkat martabat wanita. Supaya wanita dihormati, dimulia, dan disanjungi. Wanita bukan simbol seks. Wanita adalah makhluk yang melahirkan manusia hebat di muka bumi.
Dan dengan itu, bermula dengan hari ini, mari sama-sama kita mengangkat martabat diri kita sendiri. Lakukan perlahan-lahan, jangan terburu-buru. InsyaAllah.
P/s: yang tertutup itu indah. Yang terlindung itu misteri. Yang menundukkan pandangan itu manis. Dan yang solehah itu menyejukkan. Jangan kalah kepada bidadari syurga! :)
0 Komen:
Catat Ulasan