Selasa, 10 Mei 2011

A Year Of Hell Is Over [Plus: Perangai Siswa-Siswi Kita]

Dua tiga hari kebelakangan ni, panasnya lain macam betul. Malam susah nak tidur. Sekejap tergolek ke kanan, sekejap tergolek kiri. Esoknya, mata bengkak. Tidur tak berkualiti.

Dalam menempuh kenaikan suhu yang mendadak ni, macam-macam perkara yang terlintas di fikiran saya. Dunia sudah semakin tua. Reostat bumi dah tak berfungsi dengan baik. Barang lama kan? Tunggu sikit masa lagi, kita semua akan dikumpul dan berkumpul. Berkumpul di suatu padang yang suhunya berkali-kali ganda lebih tinggi berbanding suhu dunia sekarang.

Dan disebalik cuaca panas ni, saya telah selesai membentangkan projek tahun akhir semalam. Atau nama glamornya, viva (seminar projek tahun akhir). Perasaannya cukup enjoy, panel pun baik dan okey. Hanya saya seorang siswi muslimah yang berada di dalam kumpulan seminar tersebut. Yang lain semuanya berbangsa Tionghua.

Debaran itu biasa. Perlu diatasi dengan segera. Saya adalah pembentang pertama untuk sesi petang. Mahu tidak mahu, perasaan insecure dan takut-takut harus disembunyi. Saya tidak suka menunjukkan kelemahan diri di hadapan orang lain. Jadi, saya menayang muka cool sepanjang masa. Walaupun dalam hati, masyaAllah. Dia saja yang tahu betapa berkecamuknya saya di dalam hati. Sendiri berperang melawan rasa takut.


Kerana, saya seorang muslimah. Saya kena berani. Dan saya tidak suka perasaan 'dikalahkan' awal-awal oleh siswa/i tersebut. Anda faham sajalah, persaingan terlalu hebat. Boleh dikatakan kumpulan seminar saya terdiri daripada top student di pusat pengajian kami. Oleh itu, saya katakan kepada diri sendiri, "Jika mereka hebat, aku kena buat lagi hebat."

Dengan seyakin yang mungkin, saya mencantas soalan-soalan yang diaju oleh panel. Namun ada yang saya tidak pernah tahu dan dengar tentang satu soalan yang mereka beri. Jawapannya, cakap saja tak tahu. Sudah memang anda tak tahu, jadi tak perlulah berhempas pulas untuk beating around the bush. Buang masa.

Penonton agak ramai. Semuanya berbangsa cina. Inilah kebaikan yang saya kagum dengan bangsa mereka. Moral support untuk rakan-rakan sangat mengujakan. Itu dari segi moral support. Dari segi passion dan tahap kecintaan mereka terhadap ilmu yang didalami selama beberapa tahun di universiti, memang saya tak nafikan. Sukar sekali untuk dilihat di kalangan pelajar melayu muslim kita.

Rasanya agak terharu ketika saya selesai pembentangan, mereka menepuk tangan dengan kuat. Terasa berbaloi research yang dibuat selama satu tahun. A year of hell and working your ass off. Maaf, ayat ini agak kasar, tapi saya suka.

Setelah itu, saya keluar dari lecture hall untuk melihat pembentangan projek rakan-rakan yang lain. Melewati satu demi satu pembentangan projek mereka, ada yang sangat baik. Ada yang hampir menangis akibat soalan-soalan kencang dari panel. Ada yang projeknya dipandang sebelah mata. Dan tidak kurang juga ada pembentang yang terkulat-kulat seorang diri tanpa penonton.

Saya melangkah masuk ke lecture hall tanpa penonton tersebut. Kelihatan 2 orang panel. Seorang berpangkat profesor, dan seorang lagi pensyarah yang baru tamat pengajian dari Perancis. Ditambah dengan seorang pelajar PhD sebagai pengacara majlis. Lecture hall itu cukup lengang. Saya terfikir, di mana pelajar lain yang berada di kumpulan yang sama? Saya menyoroti senarai nama pembentang. Ah, semuanya orang kita. Hmmm. Semua dah cabut lari lepas seminar agaknya.

Hanya tinggal dua orang siswi muslimah, satu sedang membentang dan yang lagi satu menunggu giliran. Projeknya agak menarik. Mengenai polimer yang diubahsuai daripada natural rubber, atau nama kimianya cis-1,4-isoprene. Saya menunggu sehingga pembentang yang terakhir. Dengan harapan, sekurang-kurangnya kehadiran saya dapat memberikan sokongan kepada mereka. Saya tepuk tangan dengan kuat setelah mereka selesai. Moga-moga dirinya rasa dihargai.

Apa yang saya ingin tekankan di sini, orang kita kurang cintanya terhadap ilmu. Passion mungkin ada, tetapi terlalu minor. Kecil dan tidak tertonjol apatah lagi menonjol, seperti rakan Tionghua kita. Kadangkala, kita perlu ada sifat assabiah atau kekitaan di kalangan umat Islam. Tolong-menolong antara satu sama lain. Barulah boleh maju seperti mereka.

Kita perlu lahirkan pakar dalam pelbagai bidang. Stereotaip pelajar lepasan SPM yang mendapat straight A, selalunya mengambil bidang perubatan harus dihapuskan. Jangan hadkan kebolehan diri. Tapi jika mereka suka perubatan, apa boleh buat. Itu pilihan mereka. Tapi kita juga perlu kembangkan specialist dalam bidang-bidang yang lain.


Masa mula-mula tayang slide ni, semua audience kat depan cakap, "waaa....."

Do what you have passion in it, not others view on you. Or even worse, the popularity of the job title itself. But this is the ugly truth. Let be you are in politics, management studies, pharmaceuticals, sciences or finance. As long as you have the heart to move on to the higher level, then go. Its all yours to decide. Be passionate and respect to the knowledge that you have. Straighten your niyyah, seek Allah's grace with your work. InshaAllah.




P/s: kagum dengan orang Jepun yang sangat menghormati dan bersungguh dalam pekerjaan masing-masing. Walaupun hanya sekadar tukang sapu sampah.


0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...