Ahad, 1 Mei 2011

Topik Hangat Siswa/i Tahun Akhir: Kahwin

Aduh. Entah mengapa, sejak dua menjak, isu nikah kahwin seperti selalu terngiang-ngiang di telinga saya. Beberapa hari lalu, saya ada berchatting dengan seorang sahabat lama yang kini juga berada di tahun akhir di sebuah universiti di Perak. Pada awalnya borak-borak hanya berkisar di sekitar perkembangan terkini, lama-kelamaan melalut hingga ke isu jodoh.

Tidak cukup dengan itu, supervisor projek tahun akhir saya juga ada 'mengenenkan' saya dengan seorang bekas pelajarnya yang juga berasal satu negeri dengan saya beberapa minggu yang lalu. Apalah Dr. Malu saya.

Ketika saya pulang ke rumah minggu lepas, saya sempat berkunjung ke rumah ibu saudara saya di Kota Bharu. Saya terkejut besar apabila beliau tiba-tiba bertanya;

"Dah bertunang kan hari tu?" sapa Mak Dah tiba-tiba.

"Erkk. Mak Dah, saya ni calon pun belum ada. Saya nak bertunang dengan siapa?" seloroh saya.


Kata seorang teman, isu jodoh-jodoh ini sudah tidak asing lagi, lebih-lebih lagi yang berada di semester akhir. Saya hanya tersengih sambil mengakui kebenaran fakta itu di dalam hati.

Cinta, jodoh dan kebahagiaan adalah satu kitaran yang boleh ditukar-tukar kedudukannya. Ada yang mencari cinta terlebih dahulu, kemudian berkahwin dan mengecap bahagia bersama. Itu adalah kitaran normal yang dapat dilihat pada hari ini.

Namun tidak ramai yang betul-betul bertahan dengan kitaran tersebut. Ramai yang kecundang di saat mencari dan mengecap cinta, sebelum betul-betul berjodoh dan berkahwin. Ramai yang tumbang dengan fitrah yang didorong dengan nafsu, tetapi tidak dikekang dan dirantai dengan malu, iman dan akal.

Konsep kasih sayang dan cinta yang saya pegang selama ini banyak dipengaruhi oleh ibu bapa saya dan beberapa tokoh serta penulis yang saya kagumi. Saya terlalu kagum dengan sakinah dan mawaddah rumahtangga mereka, sehingga saya bertekad untuk mengikut jejak langkah mereka.

Beberapa contoh yang ingin saya bawakan di sini, pertama daripada ibu dan ayah saya sendiri. Alhamdulillah, mereka cukup terbuka dalam hal-hal sebegini. Mereka tidak malu untuk menceritakan bagaimana perkenalan mereka sebelum bernikah.

Pertemuan mereka bermula daripada kedatangan ayah ke rumah ibu saya untuk meminta air penawar daripada datuk saya. Datuk saya merupakan seorang tok imam yang juga pengamal perubatan Islam di kampung tersebut. Pertama kali memandang wajah ibu saya, barangkali ayah sudah jatuh cinta pada pandangan pertama. Kali kedua kedatangan ayah ke rumah tersebut, terus dibawanya rombongan merisik dan seterusnya bertunang dalam masa setahun. Mereka hanya bercinta dan berkenalan dalam tempoh pertunangan. Dan terus dibawa cinta itu ke alam perkahwinan yang bakal mencecah usia 26 tahun pada 31 Oktober tahun ini.

Dunia perkahwinan mereka masih lagi romantis hingga ke hari ini, sehingga kadang-kadang saya termalu sendiri dibuatnya. Itu salah satu contoh terbaik yang pernah saya saksikan dalam hidup.

Kisah-kisah lain pula banyak diinspirasikan oleh supervisor saya sendiri, yang telah saya ceritakan di dalam entri ini. Sila ke entri tersebut untuk membaca selanjutnya. Selain itu, bagi anda yang pernah membaca novel Denyut Kasih Medik (DKM), anda akan mengetahui betapa indahnya sifat malu antara pasangan yang sudah bertunang tetapi cukup menjaga batas selagi belum akad.

Kisah mencari cinta daripada Ustaz Hasrizal (saifulislam.com) juga anda boleh hayati. Begitu juga dengan BroHamzah yang cukup saya kagumi tulisan beliau.


Mereka ini adalah lelaki yang cukup lelaki. They are so man! Hontou ni ii otoko ja rou! (alamak, terkeluar bahasa Jepun pulak.)


Ini semua contoh lelaki-lelaki yang saya kagumi, dan pada pandangan saya cukup gentleman. Kisah cinta Islami, yang semestinya selepas akad sungguh mengasyikkan, walaupun perjalanan untuk mengalaminya sendiri entah bila akan tiba.

Kawin pakai kimono ok tak? Haha
Bagi yang lelaki, jangan suka-suka untuk 'menyentuh' hati wanita dengan kata-kata yang tidak sepatutnya. Kerana, hati mereka terlalu lembut dan rapuh. Jangan salahkan mereka jika mereka terjatuh sayang dengan anda, sedangkan anda tidak berniat sedemikian.

Ingat, wanita tidak memerlukan rupa lelaki yang kacak untuk jatuh cinta. Cukup hanya dengan kata-kata indah. Jika suka dan cinta, gunakanlah sifat gentleman anda itu dan berjumpa dengan ibu bapa si gadis tersebut. Namun jika belum mampu, persiapkanlah diri terlebih dahulu. Jagalah iman, jagalah hati.

Hati yang tidak terjaga ibarat pokok yang tumbuh meliar dan melata. Menjalar bebas ke mana ia suka. Lain pula dengan hati yang kemas dan bersih. Ibarat tumbuhan hiasan yang kita sayang dan trim sentiasa, supaya terjaga kekemasan dan kecantikan. Begitulah juga hati.




Saya ingin memetik satu ayat di dalam novel DKM:


"Menyesal aku tak pilih yang solehah. Masa bertunang lagi dah berani keluar berdua-duaan dengan aku. Lepas kahwin ni, rasa curiga susah nak hilang."



P/s: nak yang elok, jadilah yang elok.

P/s/s: pada yang belum pergi kursus kahwin, pergilah. Tak kisahlah kahwin lambat lagi ke apa. Lepas saya pergi kursus kahwin hari tu, barulah saya sedar. Kahwin bukan perkara main-main. Kahwin boleh jadi salah satu jalan pintas ke syurga. Tetapi awas, jika tak cukup ilmu, perkahwinan juga membolehkan anda menempah sekeping tiket VVIP ke neraka. Fikir-fikirkanlah.

P/s/s/s: Japanese wedding kimono yang sangat cantik.

Mama, saya nak ini satu. Boleh? :P





0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...