Sabtu, 26 Februari 2011

12 Fakta Zaman Kanak-kanak Saya


Basikal pertama yang ayah beli untuk saya sebijik macam ni. Hehe.



Abang selalu ejek saya dengan Abu Bakar Elah ni.
Sebabnya: rambut saya masa kecik-kecik dulu sama dengan dia. Huuu.



Buku 555 adalah buku yang selalu ada dalam poket beg sekolah.
Nak-nak jadi pengawas pulak. Haha.
Masa untuk menulis nama orang buat bising dalam kelas! Hahahaha.



Dua benda ni wajib dibeli ketika pergi pasar malam.



Perisa yang paling best adalah anggur.
Yang warna merah selalunya rasa macam ubat batuk.
Ais krim pong ni selalu beli lepas sekolah agama.



Haaa. Nostalgia betul pemadam dua lapis ni. Selalunya saya pilih gambar kucing. Hehe.



Pertama kali tengok Power Rangers masa darjah 1.
Disebabkan saya tak reti nak sebut Power Rangers tu, saya sebut 'cite Bandai'.
Bandai tu syarikat penerbit cite ni. Hoho.
Selalu berangan nak jadi Power Rangers perempuan yang warna pink tu. Haha.



Sailormoon - kartun wajib tengok hari sabtu. Pakwe Usagi tu nama dia Mamoru ataupun tuksedo bertopeng. Hahaha. Perggh..penangan Sailormoon memang kaw la. Heeee.



Wedding Peach - kartun kegemaran ke-2 lepas Sailormoon. Bertukar!



Dulu, selalu berangan-angan.
"Aku nak kumpul semua perisa kek apollo yang ada jual kat kedai tu"
Tapi tak boleh jugak...sebab duit takde...apelah yang best sangat dengan kek apollo tu pun tak tahulah...haha



Selipar Bata yang warna merah ni adalah selipar rasmi saya dari  umur 4 sampai 9 tahun.
Tiap-tiap tahun beli selipar sama je. Haha.



Masa darjah 4, saya suka kat sorang budak lelaki ni. Pakai cermin mata. Haha.
Sampai sekarang terlekat, suka sangat tengok orang pakai cermin mata. Sampai saya sendiri pun pakai.



P/s: Takde modal nak update blog. Tapi rasa nak update. Haha.




0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...