Memaparkan catatan dengan label Industri Minyak Dan Gas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Industri Minyak Dan Gas. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Mei 2015

Mari Langgan Majalah Oil & Gas Percuma Di Internet!

Bismillahirrahmanirraheem.

Tahukah anda, terdapat beberapa laman web yang menyediakan khidmat majalah Oil & Gas secara percuma? Saya mula melanggan majalah-majalah ini sejak tahun 2013. Bacaan berbentuk ilmiah seperti ini bagi saya agak penting kerana selain bergelumang dengan kerja rutin seharian di pejabat, anda juga perlu mengetahui perkembangan dunia semasa dalam industri minyak dan gas dunia. Setidak-tidaknya, anda ada modal "extra" untuk bercakap dengan bos anda ataupun rakan-rakan seindustri yang lain.


Antara koleksi yang ada dalam simpanan saya sekarang. Dekat office pun ada lagi belum bawa balik ni. Ada yang belum sempat baca pun!

Majalah ini boleh didapati secara percuma (softcopy dan hardcopy) untuk qualified person dalam industri O&G. Cuma isi borang dan lengkapkan jawatan dan syarikat yang anda bekerja sekarang, mereka akan pos majalah ini terus ke rumah/pejabat anda!

Anda bukan pekerja O&G atau masih lagi belajar? Jangan risau, anda masih lagi boleh baca versi digital di laman web di bawah.







Ahad, 9 September 2012

Hydrogen Sulfide! Tolong!

Bismillahirrahmanirraheem.

Taburan minyak dan gas di luar pesisir pantai Vietnam.
[Sumber]
Kebelakangan ini, team kami mendapat 'durian runtuh' apabila 'dihadiahkan' dengan sampel gas asli dan minyak mentah dari Vietnam yang mempunyai paras hydrogen sulfide (H2S) yang sangat tinggi - hampir 2000 ppm!

Saya mengurut dada mengenangkan nasib diri yang masih bujang. Haha. Kot-kot lah berlaku kecelakaan yang tidak diingini (nauzubillahiminzalik, mohon semuanya selamat, insyaAllah).

Vietnam memang terkenal dengan kawasan minyak dan gas yang mempunyai paras H2S yang tinggi berbanding dengan negara-negara pengeluar minyak yang lain di Asia Tenggara - kata bos.

Bagi mereka yang berada di dalam industri minyak dan gas (O&G) (terutamanya upstream dan midstream personnels), hydrogen sulfide atau H2S adalah perkara nombor satu yang perlu diambil berat. Ini kerana, H2S terkandung di dalam minyak dan gas asli secara semulajadi - dan ia boleh berada di mana-mana fasiliti dan operasi O&G.


Sedikit pengenalan: Apa itu upstream, midstream dan downstream.

Industri minyak dan gas boleh dibahagikan kepada tiga kategori umum; upstream, midstream dan downstream.

Upstream adalah istilah yang selalu digunakan kepada mereka-mereka yang terlibat dalam E&P, atau exploration & production. Kewujudan mereka boleh dikesan di atas rig atau offshore platform. Mereka adalah pasukan carigali - dalam bahasa mudah.






Ahad, 12 Ogos 2012

[Video] Offshore Life



Bismillahirrahmanirraheem.

Agak lama jugak menyepi dari blog. Alasan standard - sibuk (perasan sibuk sebenarnya). Saja nak share video ni dekat blog. Video ni dihasilkan oleh staf Chevron Thailand untuk ditayangkan semasa family day diorang. Mula-mula tengok agak syahdu jugak, lepas lama-lama, rasa meremang bulu roma. Semangat! Hehe.

Jika anda terfikir, kenapa mereka yang bekerja di dalam oil and gas sector mendapat gaji yang super-lumayan, tambah-tambah lagi mereka yang terlibat dengan kerja-kerja di platform dan rig; inilah jawapannya.  Bukan semua pekerjaan yang nampak glamor, gaji besar dan company bagus itu menyeronokkan (yelah, dalam beberapa perkara, ia memang seronok), but it comes with a price to pay.

Dulu beriya sangat nak pergi offshore, tapi lepas tengok video ni, rasa seram pulak. Haha. Mungkin untuk visit je boleh la kot, tapi untuk sampling...err...tak mampu rasanya nak dibuat dengan kudrat seorang wanita yang agak terbatas. Hehe.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...