Ahad, 13 Mac 2016

Bertabahlah Wahai Graduan

Bismillahirrahmanirraheem ~

Sejak kebelakangan ini, emel saya diketuk oleh beberapa graduan yang sedang berusaha mencari pekerjaan. Apa yang memeranjatkan saya, background mereka ini sangat cemerlang! Tetapi disebabkan dengan keadaan ekonomi yang teruk buat masa sekarang, graduan muda sukar mendapatkan pekerjaan. Baru-baru ini sahaja, saya telah kehilangan beberapa orang rakan seperjuangan. Mereka telah ditamatkan perkhidmatan serta-merta dalam tempoh 24 jam. Semua ini berlaku akibat keputusan pihak pengurusan yang mahu menjimatkan kos operasi.

Kontrak yang masuk untuk projek-projek 2016 sudah ditangguhkan ke tahun-tahun hadapan. Sekarang memang waktu goyang kaki di pejabat. Industri oil & gas memang terjejas teruk dalam permainan spekulasi harga minyak kali ini. Saya tahu bukan mudah untuk menerima hakikat apabila kita sudah kehilangan pekerjaan. Apatah lagi jika kita adalah tulang belakang ataupun breadwinner dalam keluarga.

Ada rakan sekerja yang menangis sebaik sahaja menerima surat 'keramat' tersebut. Namun ada juga yang tersenyum lebar kerana sudah menjangkakan namanya akan tersenarai dalam senarai penerima VSS atau MSS. Bagi yang mempunyai secondary employment mungkin tidak terlalu gusar. Ditambah pula dengan amaun pampasan yang diterima agak lumayan, ada yang mengambil peluang untuk bercuti bagi menenangkan fikiran.

Bagi yang belum menyediakan payung, pampasan yang diterima boleh menjadi penyelamat untuk menyelesaikan hutang yang ada sebelum mencuba nasib di syarikat lain ataupun memulakan bisnes secara kecil-kecilan.

Berbalik kepada adik-adik yang baru sahaja bergraduasi.

"Kami nak kerja kat mana?"

Saya cukup simpati. Namun ini bukan masanya untuk adik-adik mengeluh dan menyerah takdir secara bulat-bulat kepada Tuhan.

Salah satu approach yang baik dan sopan yang membuatkan anda tidak teragak-agak untuk membalas pertanyaan beliau. Kekuatan bahasa Inggeris juga penting. Saya print screen daripada message di LinkedIn.

Dalam entri sebelum ini yang saya tulis khas untuk graduan kimia (klik di sini untuk pautan), saya ada bercerita bagaimana untuk menambahkan kebolehpasaran graduan muda dalam sektor pekerjaan. Di sini saya akan menambah sedikit tools yang adik-adik boleh gunakan untuk meningkatkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan di waktu gawat ini.



Dulu saya tidak tahu kekuatan sebenar platform ini. Laman ini merupakan 'facebook' bagi golongan profesional. Anda boleh berhubung secara terus dengan mana-mana profesional yang anda kehendaki. Di sini anda perlu membuat satu profil profesional anda yang bertindak sebagai online resume. Tidak salah jika anda ringankan sedikit jari-jemari anda untuk bertanya peluang pekerjaan terus kepada orang yang sepatutnya.

Contoh profil LinkedIn saya

2. Sentiasa mengemaskini resume

Ketika mencari pekerjaan, penting untuk kita sentiasa memastikan resume kita up-to-date. Cuba cari jalan untuk memperbaiki mutu resume. Resume yang baik haruslah padat dan tidak lebih daripada dua mukasurat. Bagi saya, menambah sekeping dua gambar yang diambil dengan rakan sekerja (pose dalam keadaan yang sopan dan nampak profesional) ke dalam resume adalah perlu. Ini akan menimbulkan minat kepada recruiter untuk menatap resume anda dengan lebih terperinci.

3. Berhubung semula dengan rakan-rakan atau senior

Abaikan kata-kata orang yang berbunyi seperti berikut, "Time ada benda, baru kau nak cari aku." Mungkin sahabat anda ini tidak meluahkan direct kepada anda, tetapi ianya lebih kepada self-thought yang akan membunuh niat anda untuk bertegur sapa dengan rakan anda yang sudah lama lost contact. Anda harus ingat yang anda sekarang ini berada dalam posisi terdesak untuk mendapatkan pekerjaan. Tebalkan muka dan ringankan mulut untuk bertanya.

4. Berkunjung ke pameran kerjaya

Bagi saya, berkunjung ke pameran kerjaya adalah satu langkah yang bagus jika anda menyertai setiap walk-in interview yang dijalankan di sana. Tetapi adakalanya kita rasa belum bersedia untuk berjumpa dengan real people. Lalu kita mengambil keputusan untuk drop sahaja resume ke dalam kotak yang disediakan. Adakah anda tahu apa nasib resume anda yang cantik dan berwarna-warni itu? Melalui pengalaman saya pada tahun lepas, syarikat saya ada menyertai satu pameran yang berkisar tentang petroleum dan geologi iaitu Asian Petroleum Geology Conference and Exhibition (APGCE).




Ramai pelajar tahun akhir yang menyertai pameran ini. Setiap booth akan menyediakan kotak untuk resume drop-off. Sesudah berakhirnya pameran, kotak resume itu tidak akan terus sampai ke tangan HR. Tetapi menjadi bahan tontonan staf-staf yang tidak berkenaan! Kasihan juga rasanya kepada pemilik resume tersebut. Namun begitu, kebiasaannya resume tersebut akan sampai jua ke tangan HR dan kononnya di simpan dalam bank resume.

Saranan saya, elakkan drop resume. Hantar terus kepada email mana-mana individu berkenaan dengan kekosongan jawatan tersebut dan berdoa supaya anda dipanggil untuk temuduga.


Penutup

Apa-apa pun, jangan berhenti berusaha, berdoa dan tawakal. Mari saya ajarkan satu tips bagaimana berhadapan dengan soalan yang mungkin akan anda hadapi suatu hari nanti:

"Semua orang yang datang kat sini ada kabel. Kalau awak ada kabel, bagitau siap-siap."

Jawapan yang paling bernas, "Saya ada kabel yang paling besar daripada semua orang. Saya guna Tuhan sebagai kabel saya." Checkmate.

Ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh ibu saya tentang anak kawannya yang menghadiri temuduga kerajaan. Guess what, dia dapat kerja tu. Hmm...




1 Komen:

queridapadget berkata...

Lucky Eagle Casino Resort - Jackson, IN 88821 - JTHub
Lucky 사천 출장안마 Eagle Casino Resort is located in 88821 in 구리 출장샵 Jackson, IN 안성 출장안마 88821. See live games, 보령 출장안마 entertainment, dining, spa, 대전광역 출장샵 golf,

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...