Khamis, 24 Februari 2011

Saat Rapuhnya Seorang Khadijah

Assalamualaikum. Saya doakan semua yang sedang membaca blog saya ni ceria-ceria, diberikan kesihatan dan nikmat yang berpanjangan. InsyaAllah.

Oh, tajuk di atas sama sekali tak berkaitan dengan Ummul Mukminin, Saiyidatina Khadijah. Ini adalah berkaitan dengan saya.

Bila kawan-kawan tengok, saya ni macam okey dan bebas dari masalah. Tapi dalam hati...masyaAllah...Tuhan saja yang tahu.

Resah gelisah, tak keruan, serabut, dan macam-macam lagi. Itulah yang melanda 2-3 hari ni. Itu tandanya deadline assignment, tesis dan test yang semakin menghampiri dan menghantui dari belakang. Sampai nak tidur pun tak lena. Mau pekena 1-2 jam baru dapat nyenyak. Huuu.


Memang, bila tiba saat-saat macam ni, barulah mula nak ingat Tuhan kan. Masa senang bukan main susah lagi nak ingat Dia. Istighfar Khadijah. Nak nak pulak melayan lagu yang mengharukan jiwa macam Aku Tak Berdaya nyanyian Indah Dewi Pertiwi, pergh...terasa mood tu macam...tak terungkap dengan kata-kata dan tulisan. Hanya empunya badan je tau. Oh ya, lagu tu adalah OST Mihrab Cinta ye.

Rasanya hormon masih lagi kurang stabil. Biasalah orang perempuan. Bukan waktu ABC je kejadian 'mood swing' ni terjadi, malahan hampir setiap hari. Walaupun kadang-kadang terasa emosi yang berlebihan ni menyusahkan otak dan badan, tapi setiap kejadian dan ciptaan Allah tu ada hikmahnya.

Allah jadikan manusia perempuan ni penuh dengan emosi supaya kesensitifan beliau terhadap sekeliling lebih banyak berbanding manusia lelaki. Sebab tu Allah bagi title ibu tu kepada manusia perempuan. Tetapi kesensitifan tu kebanyakkan masanya tak kena pada tempat. Tu pasal ada manusia perempuan yang kurang rasa sabarnya akan menyumpah seranah tanpa segan-silu mengalahkan manusia lelaki bila ada masalah. Istighfar lagi.

Tarik nafas dalam-dalam. Tengah nak ambil mood buat kerja ni. Doakan segala urusan duniawi dan ukhrawi saya berjalan lancar ok? Terima kasih banyak-banyak. Sejuta kali amiin...


P/s: walaupun tekanan kerja, study dan emosi mencanak-canak, masa untuk mengupdate blog tetap ada. Aduh. =.="

P/s/s: ABC = Allah bagi cuti.


0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...