Jumaat, 18 Februari 2011

Resepi: Puding Karamel

Yang ni buat masa raya 2010. 1st time buat, tu yang tak berapa nak cantik sangat. Tapi happy sebab jadi! Hehe!


Keinginan untuk menulis tengah membuak-buak sebenarnya. Tapi tak tahu nak tulis ape. Meh kat sini saya nak kongsi satu puding favorite saya, puding karamel. Selalu dah buat kat rumah ni. :)

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu cair
  • 5-8 biji telur (bergantung kepada jumlah orang yang nak makan. kalau ramai, tambah la telur tu. 5-8 biji telur sesuai untuk 1 tin susu cair. jadi kalau nak buat banyak, pandai-pandai la adjust ratio telur dengan susu cair tu ye.)
  • 1 sudu tepung jagung
  • 5-6 sudu gula pasir (untuk dijadikan karamel)
  • 3 sudu gula pasir (untuk dimasukkan ke dalam susu cair)
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara membuatnya:

Untuk karamel
  • Mula-mula sekali panaskan kuali dengan api yang sederhana besar. Masukkan 5-6 sudu gula pasir. Kalau nak karamel banyak, boleh bubuh banyak.
  • Apabila gula sudah hampir keperangan, masukkan 1 sudu besar air masak sambil kacau.
  • Teruskan kacau sampai semua gula hancur, dan tambahkan lagi 1 sudu besar air masak.
  • Lepas tu cepat-cepat masukkan ke dalam acuan sambil ratakan ke seluruh permukaan. Kalau lambat nanti karamel tu keras.
  • Nak buat karamel ni kadang-kadang kena hati-hati sebab kemungkinan untuk tak menjadi adalah tinggi (bagi 1st timer la, tapi saya buat 1st time cuba terus jadi, alhamdulillah. hehe.)
  • Jangan masukkan air sebelum gula mencair, sebab nanti karamel tak jadi. Yang jadi nanti adalah bunga gula. 2nd time saya buat jadi macam ni. Hehe.
  • Jangan masak terlampau lama sampai hangit gula tu sebab nanti bila puding masak, akan rasa pahit karamelnya. Tapi in-case kalau rasa pahit macam ni, boleh makan puding dengan ais krim vanilla. Sedap jugak :)

Untuk susu cair

  • Panaskan periuk dengan api sederhana dan masukkan susu cair.
  • Masukkan 1 sudu tepung jagung. (yang ini kalau taknak ikut pun tak apa. saya masukkan sedikit tepung jagung sebab nak bagi puding tu pejal sikit. nak pegang dengan tangan pun tak ada masalah)
  • Masukkan 1 sudu teh esen vanila.
  • Masukkan jugak 3 sudu besar gula. (bagi yang nak kurang manis, tak payah masukkan pun tak apa)
  • Masak jangan sampai mendidih. Cukup sekadar melarutkan semua bahan.

Langkah seterusnya

  • Pukul telur sampai rata.
  • Masukkan susu cair yang dipanaskan tadi ke dalam telur.
  • Sebelum masukkan ke dalam acuan, tapis beberapa kali adunan menggunakan penapis santan. Step ni adalah untuk mengelakkan banyak lubang-lubang kat puding. Jadi bila dah masak, tekstur akan jadi sangat halus dan cantik.
  • Kukus selama 30 minit.
  • Pastu siap!
  • Kalau nak sedap lagi, sejukkan dalam peti ais dulu baru makan. Lagi best :)




Selamat mencuba! 






0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...