Bismillahirrahmanirraheem.
Taburan minyak dan gas di luar pesisir pantai Vietnam. [Sumber] |
Saya mengurut dada mengenangkan nasib diri yang masih bujang. Haha. Kot-kot lah berlaku kecelakaan yang tidak diingini (nauzubillahiminzalik, mohon semuanya selamat, insyaAllah).
Vietnam memang terkenal dengan kawasan minyak dan gas yang mempunyai paras H2S yang tinggi berbanding dengan negara-negara pengeluar minyak yang lain di Asia Tenggara - kata bos.
Bagi mereka yang berada di dalam industri minyak dan gas (O&G) (terutamanya upstream dan midstream personnels), hydrogen sulfide atau H2S adalah perkara nombor satu yang perlu diambil berat. Ini kerana, H2S terkandung di dalam minyak dan gas asli secara semulajadi - dan ia boleh berada di mana-mana fasiliti dan operasi O&G.
Sedikit pengenalan: Apa itu upstream, midstream dan downstream.
Industri minyak dan gas boleh dibahagikan kepada tiga kategori umum; upstream, midstream dan downstream.
Upstream adalah istilah yang selalu digunakan kepada mereka-mereka yang terlibat dalam E&P, atau exploration & production. Kewujudan mereka boleh dikesan di atas rig atau offshore platform. Mereka adalah pasukan carigali - dalam bahasa mudah.
Midstream pula melibatkan kerja-kerja pengumpulan data dari telaga minyak. Data yang diperolehi akan digunapakai oleh jurutera untuk menentukan plant design sesebuah fasiliti pemprosesan, dan juga menilai tahap kualiti minyak atau gas yang diperolehi dari telaga-telaga minyak tertentu. Pada tahap ini juga, penganalisis bisnes akan membuat kira-kira, sama ada secara anggaran kasar atau terperinci mengenai revenue yang bakal mereka perolehi berdasarkan data awal ini.
Orang-orang downstream lah yang paling selalu kita dapat lihat. Yang dekat stesen-stesen minyak tu, mereka semua terlibat dalam kerja-kerja mengagih dan menghantar gas asli dan produk-produk petroleum yang lain.
Berbalik kepada H2S
Kalau anda nak tahu, bau H2S ialah bau telur busuk (rotten egg) yang mana - tahap ketoksikannya hampir menyamai hydrogen cyanide. Kadar minimum pendedahan (exposure) yang dibenarkan oleh OSHA ialah sebanyak 10 ppm, di mana pada tahap ini, mata anda akan rasa macam pedih-pedih sikit.
Pengalaman saya (tanpa menggunakan full-face mask atau SCBA), dalam tempoh 5-10 minit dengan pendedahan lebih kurang 7-10 ppm H2S, saya rasa pening dan nak muntah . Jadi, ianya sangat merbahaya.
Okey, jom kita buat kira-kira sikit supaya anda mudah faham tahap kebahayaan H2S ni .
1 ppm = 1 mg/L
1 mg = 0.001 g
Jika kadar minimum yang dibenarkan ialah 10 ppm;
Maka ianya seperti 0.01 g gas H2S dalam 1 liter udara. Nak senang lagi, tengok gambar kat bawah.
Analogi yang agak teruk, saya rasa. Secara mudahnya, hanya dengan mencampurkan 0.01 g serbuk nila ke dalam 1 liter air sirap, mungkin anda belum boleh melihat perubahan warna dengan ketara berbanding 1 g atau 10 g.
Tetapi dengan hanya mencampurkan 0.01 g serbuk nila, anda sudah berulang alik ke tandas sebanyak tiga atau empat kali. Itulah kuatnya penangan H2S (bukan serbuk nila ye. hehe).
Jadi, untuk sampel yang mempunyai 1000 ppm ke atas, jika tidak kena gaya handling, anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada dunia. Huhu.
Langkah-langkah keselamatan
1) Pastikan gas alert device ada di sisi. Pada tahap 7 ppm lagi, dia akan mula buat 'bising' dengan mengeluarkan alarm yang membingitkan telinga.
Gas alert |
2) Guna personal protective equipment (PPE) yang betul. Contohnya seperti self-contained breathing apparatus (SCBA). Tapi hanya untuk setengah jam je.
3) Pakai full-face mask yang ada filter untuk H2S (low concentration mungkin boleh).
4) Bergantung ke atas company policy masing-masing. Tanggungjawab diri sendiri dan juga HSE committee untuk mencadangkannya.
Penutup dan kesimpulan
Untuk maklumat lanjut tentang hydrogen sulfide (properties, structure, usage dan lain-lain), silalah rujuk Wikipedia di sini.
P/s: macam boring je entri ni. huu. ayat pun macam pening-pening je.
0 Komen:
Catat Ulasan