Kata mama, sebaik sahaja saya keluar dari rahim beliau, kebetulan azan subuh berkumandang. Subhanallah. Rasa kagum tidak terucap. Waktu subuh waktu yang paling nyaman dan indah.
Terima kasih kepada semua yang mengucapkan selamat kepada saya. Cukup terharu. Orang pertama pada tahun ini ialah adik saya, Bibi. Terima kasih adikku sayang.
Kemudian disusuli oleh abang, Fakrul dan adik serta rakan-rakan di Facebook mahupun sahabat trio kimia saya, Ida dan Fara.
Tidak lupa juga geng kamceng di universiti, Sya (bukan nama sebenar. haha.). Cuma belum ada ucapan dari mama dan ayah. Mungkin mereka sibuk dengan urusan kerja. Tetapi saya tahu, mereka mengingatinya.
Menjangkau usia 23 tahun, saya mula memikirkan banyak perkara. Dalam masa beberapa bulan lagi, corak hidup akan berubah. Saya akan bergraduasi. Melangkah ke alam pekerjaan. Kemudian mendirikan rumahtangga, dan seterusnya. Semua itu harus dipersiapkan dari sekarang. Siap mental dan fizikal. Siap rohani dan jasmani. Siap zahir dan batin.
Kepada keluarga tercinta; terima kasih kerana mewarna-warnikan kehidupan saya selama 23 tahun ini.
Kepada sahabat handai; tanpa kalian siapalah saya.
Kepada kucing-kucing kesayangan saya di rumah; terima kasih kerana sentiasa buat saya tersenyum.
Kepada yang saya tercuri tulang rusuk kirinya; carilah saya. Saya nak pulangkan kembali tulang rusuk tu. Saya tak tahu dimana koordinat awak sekarang.
Dan tidak lupa anda yang membaca; terima kasih tak terhingga kerana sudi meluangkan masa membaca tulisan saya yang tak seberapa ni.
Mohon anda yang sedang membaca, doakan saya berjaya dalam peperiksaan akhir untuk kali terakhir di universiti, dan mendapat gelaran "The Best Three" untuk viva projek tahun akhir saya Mei ini. Amiin.
Sesungguhnya, kembara di bumi Tuhan selama 23 tahun ini masih belum cukup. Masih banyak yang perlu diteroka dan ilmu yang perlu ditimba.
Screen capture dari desktop |
P/s: tak sabar nak balik rumah!
0 Komen:
Catat Ulasan