Megi kari campur sos cili Life sangat sedap! |
Mi segera, atau yang anda panggil megi tu, boleh dikatakan sebagai menu wajib semasa belajar. Tak kiralah anda di sekolah berasrama, kolej atau di universiti. Ini adalah teman setia. Saya berani potong kuku yang anda semua pernah makan megi. Tak buat sendiri dengan air panas, mesti makan dekat kedai-kedai mamak. Kan? (berani potong kuku je. hiii.)
Megi adalah makanan ketika hujung-hujung bulan (kononnya). Ketika saat duit pinjaman atau biasiswa agak-agak nak kering. Bertahanlah kejap. Belasahlah megi dengan rela, walaupun panjang tekak saat nak menelan. Bagi spesies yang malas nak turun ke kafe seperti saya, inilah menu yang terhidang. Bosan dengan megi goreng, tukar megi kari. Bosan megi kari, tukar megi ayam cendawan.
Pengalaman bersama megi ni sebenarnya dah muncul dalam hidup saya sejak sekolah menengah. Biasalah. Budak asrama. 5 tahun duduk asrama, memang penipulah kalau cakap tak pernah makan megi.
Megi yang saya katakan mempunyai nilai sentimental ini ialah megi yang dimasak dengan air panas, di dalam bekas tupperware, tunggu 3 minit dan bismillah. Nikmatnya makan kalau tengah lapar. Ini saya namakan megi orang bujang atau megi air panas. Kalau megi yang banyak 'aksesori' tu, itu tak termasuk dalam megi orang bujang ye.
Memikirkan saya bakal bergraduasi dalam masa beberapa bulan lagi, dan tentulah saya akan melangkah pula ke alam pekerjaan (insyaAllah, mohon doanya). Saya terfikir, adakah saya akan bertemu lagi dengan megi air panas ni? Yelah, sudah ada pendapatan sendiri. Duduk di rumah sendiri (walaupun sewa). Jadi, nak makan pun, mestilah agak memilih.
Cuba anda bayangkan, mungkin satu hari nanti, anda akan memandang rendah terhadap megi yang menjadi darah daging anda sebelum ini. Apabila anda sudah ada kerjaya yang besar, rumah besar, wang besar,
Itu kalau dalam kes manusia yang memperoleh semua yang 'besar-besar'. Bagi orang yang mungkin 'biasa-biasa' saja, mungkin kitaran megi air panas ini akan berlarutan sepanjang hidup mereka, selagi kualiti hidup mereka tidak berubah.
Manusia seperti kita mudah lupa jika diberikan sedikit nikmat kesenangan oleh Allah. Sebenarnya banyak lagi analogi lain yang boleh dikaitkan, tetapi hari ini saya ambil contoh daripada megi di atas.
Orang kata, zaman pengajian adalah zaman yang paling menyeronokkan. Apabila menjengah ke alam pekerjaan, anda tidak boleh lagi keluar untuk berseronok dengan rakan-rakan anda ketika belajar. Zaman belajar, ada ketikanya anda boleh bercuti panjang. Masing-masing menghitung hari untuk pulang ke rumah.
Sama juga seperti megi. Sebelah mata pun tak pandang kalau kat rumah. Yelah, sebab mak sediakan makanan yang best-best untuk anak-anak dia. Betul tak?
Apa-apa pun, selagi kita hidup, setiap pengalaman yang kita lalui itu akan menjadi setiap mukasurat dalam catatan perjalanan hidup kita. Jangan lupakan kenangan megi air panas yang menemani perut anda ketika berada di fasa ke'sengkek'kan di universiti.
Megi pun ada sentimental value tersendiri tau!
P/s: mengarut je petang-petang ni. =.="
P/s/s: megi pun dah mahal sekarang. huuu.
0 Komen:
Catat Ulasan