Isnin, 4 April 2011

Simpan Saja Gambar Itu

Saat saya melewati Facebook petang ini dan beberapa hari lepas, kelihatan beberapa gambar gadis-gadis muslimah yang semestinya bertudung. Tetapi malangnya, entah mengapa saya pun tidak faham. Kenapa perlu diupload gambar yang terbuka auratnya secara terang-terangan - seperti tidak bertudung?

Ramai yang saya perhatikan, diluarnya secara realiti memang bertudung litup. Yang menyedihkan, lain pula ragamnya di FB. Kenapa?

Kenapa perlu dipertontonkan aurat itu kepada umum? Kenapa perlu ditunjuk gambar bercuti dengan boyfriend (itu dah satu dosa), dan tidak bertudung pula tu? (tambah lagi satu dosa). Kiralah sendiri, berapa banyak dosa free yang anda dapat.

Tidakkah fungsi utama bertudung itu adalah untuk menutup aurat iaitu rambut, leher dan dada? Tiada gunanya jika anda bertudung diluar, tetapi anda membuka aurat di alam maya. Keadaan itu sama sahaja seperti anda tidak bertudung.


Bertudung on dan off ini menunjukkan penghayatan seseorang dalam bertudung belum cukup kukuh. Ambillah masa untuk berfikir - kenapa anda bertudung. Tak perlu anda canangkan pada semua orang yang rambut anda cantik. Simpan saja untuk bakal suami atau suami anda. Mereka lebih berhak untuk menatap kecantikkan anda.

Anda suka bila anda ada stalker di FB? Jadi, jangan dedahkan diri anda pada kadar yang berlebihan.

Jika ibu bapa anda mempunyai FB, apa perasaan mereka agaknya bila anda meletakkan gambar percutian anda bersama boyfriend anda dengan tudung entah ke mana? Silap-silap haribulan, anda boleh difitnah melakukan perkara-perkara yang tidak elok. Tidak perlu saya jelaskan dengan panjang lebar di sini - anda lebih tahu.

Bertudung itu dapat mencegah banyak perkara yang tidak elok - melainkan anda bertudung hanya kerana:


  • Aku kan orang Islam, wajib pakai tudung kan? 
  • Alah, depan mak ayah aku je. Balik kampung pakai. Kat bandar ni la nak rasa free sikit.
  • Kalau tak sempurna sekarang, nanti dah tua boleh sempurnakan lagi. Ye idak?
  • Err...semua orang pakai tudung. Nanti kalau aku tak pakai tudung nampak pelik la pulak...huhu


Ingatlah ibu bapa anda di rumah. Mereka tidak akan berfikir tentang bukan-bukan tentang anda, melainkan yang baik-baik saja. Sanggupkah anda memusnahkan kepercayaan mereka?

Jangan cemarkan kesucian tudung anda. Jangan biarkan nilainya jauh lebih hina daripada kain buruk. Walhal kain buruk sekalipun ada fungsinya yang tersendiri. Simpan saja gambar anda dengan rambut yang panjang mengurai itu.

Semoga Allah membuka pintu hati mereka untuk berubah. Amiin.



P/s: tak ada guna beli tudung mahal-mahal, sedangkan aurat masih terdedah.




0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...