Isnin, 18 Julai 2016

Panduan Memilih Jurusan Kimia Bagi Lepasan SPM/STPM

Bismillahirrahmanirraheem~


Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kepada adik-adik lepasan SPM yang ada request entri khas untuk tajuk di atas. Terima kasih kerana sudi komen dan personally email kepada saya. Maaf atas kesempitan dan ’kesemputan’ waktu untuk menulis.

Insya-Allah dalam entri kali ini, saya akan memberi sedikit pencerahan kepada adik-adik yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang kimia.

Saya pasti setiap orang mempunyai kecenderungan masing-masing. Dan kecenderungan ini kadangkala di dorong oleh sesuatu minat atau mungkin latar belakang keluarga. Semasa tahun satu di USM, Pusat Pengajian Sains Kimia (PPSK) ada menganjurkan minggu orientasi bagi kami pelajar tahun satu.

Menariknya, ketika sesi latihan dalam kumpulan, seorang pensyarah kanan ada bertanya mengenai 'Why do you take chemistry as your preferred course?'. Ada satu jawapan yang saya masih ingat sampai sekarang, 'I used to watch CSI episodes, one whole season per night.' Saya tersenyum.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...