Ahad, 16 Oktober 2011

Kenapa Malas Berfikir?

Saya yakin ramai di antara kita mempunyai paling kurang satu akaun di laman web sosial. Sekurang-kurang Facebook ataupun Twitter. Pada awal kemunculan laman-laman web sosial, saya juga tak mampu menangkis tempiasnya. Sampai 2-3 akaun. Satu di Friendster, satu di Hi-5, satu di Tagged. Tetapi sejak kemunculan FB, saya jarang bertumpu kepada yang tiga itu. Perhatian lebih banyak pada FB.


Fikir saya, social network sebelum ini yang tidak mencapai tahap 'evolusi' terlampau seperti FB, agak santai dan tidak menyebabkan kemaruk untuk tercongok di hadapan komputer sehingga berjam-jam lamanya.

Berhantukah?

Agak-agak saya begitulah. Bukan setakat berhantu, malah boleh menyebabkan suami isteri bercerai-berai, sahabat-handai putus silaturrahim, malah sebuah kerajaan yang telah berdiri beratus tahun lamanya boleh hancur!

Memang tidak dinafikan, saya agak teruja pada mulanya. Kerana 'hantu' inilah saya dapat berhubung kembali dengan rakan-rakan sekolah rendah dahulu. Dan kerana 'hantu' inilah saya dapat tahu, ramai yang sudah 'berdua' dan ada juga sudah 'bertiga' dan ber ber yang seterusnya. 'Hantu' yang hebat, tetapi tetap menakutkan.


Hantu yang selalu sebut nama Zak Bagans dalam Ghost Adventures pun tak mampu nak runtuhkan sebuah kerajaan.
Ye dak?


Prihatin tak bertempat

Akibat dek terlalu banyak function yang bermanfaat itu, maka banyak jugalah pengguna yang 'malfunction'. 'Malfunction' dari segi pemikiran akibat lambakan info-info yang tidak diketahui kesahihan dan kebenaran. Isu 'saya-prihatin-jadi-saya-share' sudah lama berada dalam fikiran saya. Ramai sungguh yang 'tak sengaja' termasuk dalam golongan ini.

Saya ingin tegaskan, ini tidak salah. Langsung tidak. Tetapi apa yang merungsingkan batu jemala patik ialah, kenapa perlu share membabi-buta? Tuan hamba sudah baca semuakah isi kandungan link, notes atau gambar tersebut? Sudah faham betul-betul dan kaji kesahihan sumber dan fakta di dalamnya? Tuan hamba betul-betul yakin dan pasti?

Say no to unidentified and suspicious sources of information.
Will ya?
Beberapa kes yang saya jumpa, fakta yang dikemukakan adalah salah sama sekali. Kemungkinan fakta yang disebarkan mempunyai kepentingan sesetengah pihak atau individu.

Contoh, ada sahabat di FB saya yang 'mengamuk' akibat satu info mengenai sardin yang dikatakan dibubuh bahan kimia segala bagai, sehingga tulangnya rapuh dan lembik - dan dikhuatiri penyebab penyakit fibroid dan cysts pada wanita. 

Beliau adalah pelajar jurusan teknologi makanan di sebuah universiti berkata, info itu tidak benar sama sekali. Memang saya kagum dengan ilmu yang dimilikinya (kita pun kena rajinkan diri untuk siasat sebenarnya).

Beruntung saya kerana diberikan sedikit pencerahan mengenai hal tersebut, yang mana tulang ikan sardin yang rapuh bukanlah disebabkan oleh mana-mana bahan kimia berbahaya, malah ianya disebabkan oleh langkah pemprosesan ikan sardin itu sendiri yang bertekanan tinggi.

Nah, bukankah ini salah satunya? Banyak lagi contoh lain sebenarnya. Anda cuba-cubalah siasat dan cari. Lebih-lebih lagi mengenai hal yang melibatkan akidah, hadis dan ayat-ayat Al-Quran.

Saya merayu, janganlah percaya bulat-bulat setiap info atau apa sahaja yang anda baca di FB (atau dimana-mana sahaja). Tahan dulu keinginan anda untuk menekan butang share. Jangan terkejut, walaupun di akhir artikel atau info tersebut disertakan dengan nama atau individu yang nampak macam qualified, ianya boleh dipalsukan. Jadi, siasat dulu. Siasat, siasat dan siasat. Jangan malas!!!


Jangan malas berfikir dan mencari kebenaran

Saya sarankan supaya anda melihat video yang dikeluarkan oleh saudara Nouman Ali Khan yang bertajuk 'A Message to Facebook Shaykhs' (klik link kalau nak tengok). Walaupun isi kandungannya lebih menjurus kepada larangan menginterpretasi ayat-ayat Al-Quran dan hadis sesuka hati, tetapi kaedah ini boleh diaplikasikan kepada aspek-aspek lain.


"If someone asks you a question and 
you don't know the answer, 
then you may research it for them and find out
but don't you dare try to answer 
it if you don't know the answer."



Di dalam kulit kacang

Jadi sebagai penutup, patik berharap sangatlah kepada tuan putera dan puteri, jadilah rakyat Malaysia yang aktif berfikir dan mencari ilmu. Tidak salah kalau anda seorang jurutera, tetapi dalam masa yang sama anda suka ilmu perubatan. Mungkin seni atau geografi.

Tidak salah menuntut ilmu lebih sikit yang lari daripada bidang kita. Contohnya ekonomi. Kalau tak tahu ekonomi, mungkin anda akan kena tipu bulat-bulat oleh pelabur. Tetapi kalau anda hanya tahu ekonomi, tapi tak tahu hukum-hakam, mungkin anda akan terjebak dalam gejala yang tidak sihat seperti riba, makan dalam, skim piramid, login FB hari-hari dapat RM100 dan sebagainya. Jadi bagaimana?

Belajar, belajar dan belajarlah!

Ilmu Allah itu luas dan takde had. Jangan sekat kebolehan diri. Hatta Alfred Nobel sekalipun, walaupun dia tahu dirinya adalah saintis letupan yang paling hebat pada zaman dia, tapi dia sendiri pernah nak tukar karier jadi seniman (ala-ala penulis syair dengan skrip drama gitu). Jadi, siapa kata kita boleh master dalam satu bidang saja?


Renung, jangan termenung. Fikir, jangan membeku. Wallahu'alam.



P/s: tulisan rustic je hari ni. Fuh. Lama benor dah tak blogging ye? 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...