Ahad, 13 Mac 2016

Bertabahlah Wahai Graduan

Bismillahirrahmanirraheem ~

Sejak kebelakangan ini, emel saya diketuk oleh beberapa graduan yang sedang berusaha mencari pekerjaan. Apa yang memeranjatkan saya, background mereka ini sangat cemerlang! Tetapi disebabkan dengan keadaan ekonomi yang teruk buat masa sekarang, graduan muda sukar mendapatkan pekerjaan. Baru-baru ini sahaja, saya telah kehilangan beberapa orang rakan seperjuangan. Mereka telah ditamatkan perkhidmatan serta-merta dalam tempoh 24 jam. Semua ini berlaku akibat keputusan pihak pengurusan yang mahu menjimatkan kos operasi.

Kontrak yang masuk untuk projek-projek 2016 sudah ditangguhkan ke tahun-tahun hadapan. Sekarang memang waktu goyang kaki di pejabat. Industri oil & gas memang terjejas teruk dalam permainan spekulasi harga minyak kali ini. Saya tahu bukan mudah untuk menerima hakikat apabila kita sudah kehilangan pekerjaan. Apatah lagi jika kita adalah tulang belakang ataupun breadwinner dalam keluarga.

Ada rakan sekerja yang menangis sebaik sahaja menerima surat 'keramat' tersebut. Namun ada juga yang tersenyum lebar kerana sudah menjangkakan namanya akan tersenarai dalam senarai penerima VSS atau MSS. Bagi yang mempunyai secondary employment mungkin tidak terlalu gusar. Ditambah pula dengan amaun pampasan yang diterima agak lumayan, ada yang mengambil peluang untuk bercuti bagi menenangkan fikiran.

Bagi yang belum menyediakan payung, pampasan yang diterima boleh menjadi penyelamat untuk menyelesaikan hutang yang ada sebelum mencuba nasib di syarikat lain ataupun memulakan bisnes secara kecil-kecilan.

Berbalik kepada adik-adik yang baru sahaja bergraduasi.

"Kami nak kerja kat mana?"

Saya cukup simpati. Namun ini bukan masanya untuk adik-adik mengeluh dan menyerah takdir secara bulat-bulat kepada Tuhan.

Salah satu approach yang baik dan sopan yang membuatkan anda tidak teragak-agak untuk membalas pertanyaan beliau. Kekuatan bahasa Inggeris juga penting. Saya print screen daripada message di LinkedIn.

Dalam entri sebelum ini yang saya tulis khas untuk graduan kimia (klik di sini untuk pautan), saya ada bercerita bagaimana untuk menambahkan kebolehpasaran graduan muda dalam sektor pekerjaan. Di sini saya akan menambah sedikit tools yang adik-adik boleh gunakan untuk meningkatkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan di waktu gawat ini.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...