Jumaat, 31 Disember 2010

New Year? It's Just Another Day

Acara wajib - bunga api

Sekadar entri ringkas mengenai ketibaan 1 Januari 2011. Esok tahun baru. Semua orang tahu kan? Yelah, ikut kalendar Gregorian (masihi) esoknya adalah tahun baru. Kalau ikut kalendar Islam, 1 Muharam dah jatuh pada 7 Disember yang lalu.

Seperti tajuk saya di atas, "New year? It's just another day". Sejujurnya, saya tidak pernah mempunyai azam tahun baru. Kerana saya tahu saya tidak akan pernah mencapainya. Pernah sekali saya mencuba untuk mempunyai azam tahun baru. Yang kelakarnya, saya sendiri tak ingat apa yang saya azamkan. Ini yang dinamakan amalan sekadar ikut-ikutan, bukannya fahaman. Takde penghayatan kata orang.

Bagi saya, azam ialah matlamat. Dalam erti kata lain, cita-cita yang kita ingin capai dalam tempoh masa tertentu. Setiap hari saya ada azam. Azam untuk melakukan dan menghabiskan itu dan ini.

Dan bagi saya juga, azam bukannya 'hak eksklusif' tahun baru. Bila menjelang tahun baru sahaja, mulalah semua sibuk-sibuk untuk memikirkan azam tahun baru. Entah tercapai entah tidak. Atau sekadar ikutan.

"Alah, orang lain ada azam tahun baru. Aku pun nak ada azam tahun baru jugak."

Adakah anda salah seorang daripada mereka? Kalau ya, ubahlah mentaliti anda dari sekarang. Tahun baru hanyalah suatu hari.

Tahukah anda, tradisi menyambut tahun baru Masihi bukanlah tradisi yang diamalkan oleh Islam. Jadi, perkara yang tidak penting seperti ini tidak perlulah dipenting-pentingkan. Konsert, bunga api dan menunggu detik 12 malam di mana-mana (yang pastinya bukan di rumah ya) adalah acara wajib setiap tahun.

Apa-apa pun satu sahaja harapan saya, semoga hari esok lebih baik dari hari ini. Dan cycle ini harus berterusan sampai bila-bila. InsyaAllah.



P/s: semakin bertambahnya usia, harapnya kematangan lebih bertambah (pesanan untuk diri sendiri).


Khamis, 30 Disember 2010

Pengajaran Dari Anak Berusia 8 Tahun

Safiyah (bukan nama sebenar) baru sahaja mencapai umur 8 tahun. Setiap pagi, Safiyah akan ke sekolah agama (kebetulan sesi pagi).


Gambar hiasan


Pada suatu hari, ustazahnya di sekolah ada bercerita tentang perihal menutup aurat dan dosa jika membuka aurat. Safiyah sungguh-sungguh mendengar cerita ustazah tersebut, walaupun ada rakan-rakan yang mencucuknya untuk bermain itu dan ini di bawah meja.






Selasa, 28 Disember 2010

Motivasi Terbaik Ialah Al-Quran

Owh So Muslim

Setelah baru sahaja berjalan-jalan di website dakwah santai berbahasa Inggeris yang comel dan kiut-miut Owh So Muslim, teringat pula saya pada satu entri yang tersave di dalam draft beberapa hari yang lepas. Okey, mari kita sambung kembali.

Artikel ini saya peroleh dari flyer yang diberikan oleh AJK satu program Persatuan Mahasiswa Islam USM (PMIUSM) yang saya hadiri ketika saya di tahun satu. Agak lama juga. Tetapi artikel ini cukup menyentuh hati saya. Saya simpan flyer tersebut, dan tampal di board di dalam bilik saya. Masih ada tertampal sehingga hari ini.

Saat rasa susah dan tak terbantu, mata saya akan mendongak memandang artikel ini sambil memujuk hati. Jom sama-sama kita amalkan. InsyaAllah.






Selamat Hari Lahir Fakrul!

Alhamdulillah, walaupun Allah menarik sekejap nikmat air di bumi Pulau Pinang hari ini, namun ianya sesuatu yang sangat bagus. Jarang sekali pemandangan seluruh penghuni desasiswa bangun awal sebegini. Semuanya gara-gara tiada air. Saat azan Subuh berkumandang, saya tersedar dari tidur. Bunyi air di dalam shower sudah kedengaran. Wah, ramainya bangun awal pagi ni!

Entri kali ini lebih bersifat peribadi dan pendek saja, demi meraikan adik yang seorang ini. Hari ini adalah hari lahir adik lelaki saya, Fakrul yang ke 20. Sanah helwa ya akhi!

Fakrul yang baru boleh merangkak ketika ini. Di belakangnya abang saya, saya di hadapan,
dan di belakang saya sepupu, Kak Cumi.


Sebelum memasuki alam persekolahan, saya dan abang saya selalu bermain bersama. Tidak kiralah ke mana-mana, saya suka mengikut abang saya bermain. Sebab itulah sewaktu kecil, saya tidak mempunyai ramai kawan perempuan. Seingat saya hanya seorang sahaja kawan perempuan yang saya ingat-ingat lupa. Azie namanya, kalau tak silap. Kebanyakkan barang permainan juga boy-like. Kalau abang saya main pedang, saya pun main pedang.

Kedatangan adik saya si Fakrul ni boleh dikatakan menambahkan geng kami. Tetapi malangnya beliau lebih 'suka' untuk 'memusnahkan' barang permainan kami yang berbakul-bakul itu. Bila diingatkan kembali, memang manis rasanya saat ketika kecil-kecil dahulu.

Satu insiden yang paling tidak boleh dilupakan, ketika itu beliau berumur 1-2 tahun. Saya dan abang mempunyai pedang bercahaya. Abang saya yang panjang dan bercahaya putih, manakala saya yang pendek, bercahaya hijau. Malangnya, pedang itu telah dipatahkan oleh si kecil Fakrul. Memandangkan pedang abang sudah patah, maka saya tiadalah geng untuk lawan-lawan pedang. Saya dengan sengaja mematahkan pedang sendiri. Terasa sangat comel bila mengingatkan kenakalan masing-masing ketika kecil.

Sekarang beliau sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya (UM) dalam bidang ekonomi. Baru tahun satu.

Saya dengan adik lelaki yang seorang ni agak serasi kerana kami banyak persamaan.

Satu perkara yang membuatkan saya terharu ialah; ketika kami sekeluarga dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghantar beliau ke UM. Ketika itu beliau sedang bercerita mengenai rakan-rakan sekolahnya, yang dapat memasuki universiti itu dan ini. Tiba-tiba, terkeluarlah satu ayat:

"Niat aku, memang aku nak lawan dengan kakak aku. Dan sekarang, aku dah berjaya mengatasi dia."

Apa perasaan anda jika anda tahu ada yang menjadikan anda sebagai inspirasi dan idola hidup? Saya ketika itu hanya tersenyum, padahal dalam hati, bangga bukan main. Nampaknya saya telah berjaya memberikan contoh yang terbaik untuk adik-adik saya. Alhamdulillah. Dan perlu lebih baik lagi pada masa hadapan. InsyaAllah.


P/s: post saya di wall FB beliau; hepi besday bro! (ganasnya kakak dia. hehe)




 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...