Ahad, 16 Oktober 2011

Kenapa Malas Berfikir?

Saya yakin ramai di antara kita mempunyai paling kurang satu akaun di laman web sosial. Sekurang-kurang Facebook ataupun Twitter. Pada awal kemunculan laman-laman web sosial, saya juga tak mampu menangkis tempiasnya. Sampai 2-3 akaun. Satu di Friendster, satu di Hi-5, satu di Tagged. Tetapi sejak kemunculan FB, saya jarang bertumpu kepada yang tiga itu. Perhatian lebih banyak pada FB.


Fikir saya, social network sebelum ini yang tidak mencapai tahap 'evolusi' terlampau seperti FB, agak santai dan tidak menyebabkan kemaruk untuk tercongok di hadapan komputer sehingga berjam-jam lamanya.

Berhantukah?

Agak-agak saya begitulah. Bukan setakat berhantu, malah boleh menyebabkan suami isteri bercerai-berai, sahabat-handai putus silaturrahim, malah sebuah kerajaan yang telah berdiri beratus tahun lamanya boleh hancur!

Memang tidak dinafikan, saya agak teruja pada mulanya. Kerana 'hantu' inilah saya dapat berhubung kembali dengan rakan-rakan sekolah rendah dahulu. Dan kerana 'hantu' inilah saya dapat tahu, ramai yang sudah 'berdua' dan ada juga sudah 'bertiga' dan ber ber yang seterusnya. 'Hantu' yang hebat, tetapi tetap menakutkan.






Rabu, 27 Julai 2011

Ihya Ramadhan!

Assalamualaikum!

Bersawang sudah blog ni. Mohon maaf kepada anda yang dah follow dan selalu singgah ke blog ni. Disebabkan keputusan internet sejak beberapa bulan, maka saya pun tak dapatlah nak mengupdate seperti biasa.

InsyaAllah, bila keadaan kembali seperti biasa, saya akan mula menulis. Tetapi buat masa terdekat, tiada post baru yang akan ditulis.

Apa-apa pun, selamat menyambut Ramadhan! Tak sabar nak berpesta ibadah! :)


Rabu, 18 Mei 2011

Ah, Rimaslah Jadi Muslimah!

Seringkali, bagi kaum-kaum hawa yang diberi nikmat kecantikan. Tak kiralah yang free-hair, yang bertudung tiga segi, yang bershawl pelangi celoreng-celoreng mahupun yang bertudung bidang 60". Semuanya secara jujur, perasaan ingin menunjukkan kecantikkan masing-masing menggunung di dalam diri. Saya ingin bawakan tiga situasi:

Warna

Pernah suatu ketika, saya melewati perkarangan masjid di kampus. Ada sekumpulan wanita muslimah yang kebanyakkannya berniqab seronok mengambil gambar di kawasan sekitar tanpa menghiraukan manusia yang lalu lalang. Rasanya seperti rombongan pelawat dari luar datang ke sini. Pandangan saya seperti melekat ke arah mereka selama beberapa saat.

Ya, mereka memang cantik berniqab. Semuanya berniqab hitam ala-ala Aisha Greimas dalam filem Ayat-Ayat Cinta. Tetapi terdapat satu fatal flaw yang membuatkan saya terfikir, apa tujuan mereka berniqab sedangkan warna pakaian yang dipakai sangat menyilaukan mata. Seperti fluorescent paper yang banyak dijual di kedai-kedai alat tulis. Dari jauh lagi anda sudah boleh lihat warna-warni pakaian mereka.






Selasa, 10 Mei 2011

A Year Of Hell Is Over [Plus: Perangai Siswa-Siswi Kita]

Dua tiga hari kebelakangan ni, panasnya lain macam betul. Malam susah nak tidur. Sekejap tergolek ke kanan, sekejap tergolek kiri. Esoknya, mata bengkak. Tidur tak berkualiti.

Dalam menempuh kenaikan suhu yang mendadak ni, macam-macam perkara yang terlintas di fikiran saya. Dunia sudah semakin tua. Reostat bumi dah tak berfungsi dengan baik. Barang lama kan? Tunggu sikit masa lagi, kita semua akan dikumpul dan berkumpul. Berkumpul di suatu padang yang suhunya berkali-kali ganda lebih tinggi berbanding suhu dunia sekarang.

Dan disebalik cuaca panas ni, saya telah selesai membentangkan projek tahun akhir semalam. Atau nama glamornya, viva (seminar projek tahun akhir). Perasaannya cukup enjoy, panel pun baik dan okey. Hanya saya seorang siswi muslimah yang berada di dalam kumpulan seminar tersebut. Yang lain semuanya berbangsa Tionghua.

Debaran itu biasa. Perlu diatasi dengan segera. Saya adalah pembentang pertama untuk sesi petang. Mahu tidak mahu, perasaan insecure dan takut-takut harus disembunyi. Saya tidak suka menunjukkan kelemahan diri di hadapan orang lain. Jadi, saya menayang muka cool sepanjang masa. Walaupun dalam hati, masyaAllah. Dia saja yang tahu betapa berkecamuknya saya di dalam hati. Sendiri berperang melawan rasa takut.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...