Selasa, 18 Januari 2011

Dunia...Dunia...

Bulan Januari. Jadual saya sudah padat dengan pelbagai aktiviti kampus. Oppss. Bukan aktiviti kampus. Aktiviti menyelesaikan saki-baki perkara yang perlu dilakukan di semester akhir ini. Tesis, projek tahun akhir (FYP) dan segala bagai. Sampai rasa dah tak termuat untuk di save semuanya dalam otak.

Termenung...
Niat dihati pada asalnya, saya ingin bekerja part-time. Almaklumlah, 14 unit je. Tolak FYP, jadilah 11 unit. Sepatutnya memang free dan boleh goyang kaki dengan senang hati. Tapi itulah, kita hanya merancang, Allah yang merancang terlebih dahulu lebih mengetahui, apa yang terbaik untuk saya lakukan untuk menghabiskan sisa-sisa hidup di bumi Minden tercinta ini.



Dalam kesibukan itu dan ini, saya mudah lupa dan lalai. Solat lewat, nak baca Quran pun jadi malas. Bila baca Quran pun hilang nikmat. Astaghfirullah. Tak tahulah nak jadi apa. Rasa-rasanya rohani saya dah kebulur tahap gaban ni. Terasa kering benar jiwa.

Cemburu juga saya bila melihat kakak-kakak master yang rajin mengikuti usrah. Alangkah bestnya dapat makanan yang sepatutnya apabila jiwa tengah kelaparan macam saya ni.

Jadi, saya simpulkan bahawa, saya patut melakukan ini:


  1. Setelah 4 bulan tak balik rumah, cuti mid-sem @ CNY ni saya wajib balik. 50% penyumbang jiwa berkecamuk tu datangnya dari homesick kot.
  2. Mungkin kena on kan balik aktiviti BDK (badan dakwah dan kepimpinan) masa dekat SMAP dulu.
  3. Perlu lebih rajin lepas ni! Assignment, consistent thesis writing, rajin study dan rajin semuanya. 
  4. Tak perlu semakkan otak dengan perkara yang tak perlu, seperti itu, itu, itu dan itu. 
  5. Aktiviti menarik diri dari berkecimpung dalam dunia FB dan YM berjaya dihentikan buat sementara. But blogging? I have to think about it. Sigh.



P/s: Oh, terbuat luahan perasaan dan terperibadi la pulak. Huhu~




0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...