Sabtu, 25 Disember 2010

Burung Hering? Cikgu Tak Pernah Dengar Pun!

Inilah burung hering atau vulture, sejenis burung pembangkai

Ada satu ketikanya di sekolah ketika darjah 2, cikgu sains saya ketika itu mengadakan satu game di mana semua orang terpaksa berdiri. Hanya jika anda dapat jawab soalan anda boleh duduk. Kebetulan soalan yang ditanya ialah mengenai nama burung. Disebabkan sudah terlalu ramai yang menjawab dan saya masih berdiri, maka banyaklah spesies burung yang biasa sudah dijawab oleh orang lain. 

Ketika tiba giliran saya, saya menjawab 'burung hering' atau dalam bahasa Inggerisnya 'vulture', tetapi malangnya cikgu saya teragak-agak untuk menerima jawapan itu kerana beliau tidak tahu apa itu burung hering. Saya dengan panjang lebar menerangkan tentang burung itu yang pernah saya tonton dalam National Geographic.


Terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah berjaya mencorakkan saya untuk cenderung dalam bidang sains. Pada umur 9 tahun, saya telah mengetahui teori relativiti yang diusulkan oleh saintis yahudi yang terkenal di dunia, Albert Einstein ekoran satu dokumentari sains di televisyen yang saya ikuti siarannya sejak berusia 5-6 tahun.

Kecenderungan saya terhadap bidang sains bermula dari situ. Setiap kali pulang dari sekolah agama (ketika itu sesi pagi), saya akan duduk di hadapan televisyen dan menonton rancangan tersebut.

Di awal persekolahan saya, saya banyak menonton dokumentari seperti National Geographic, Survival of Kingdom, The Painted House dan beberapa dokumentari yang lain. Anehnya, saya langsung tidak berasa bosan, malah menonton rancangan yang sama setiap hari sehinggalah tamat sekolah rendah.

Itu cerita saya - lebih kurang 13 tahun yang lalu.

Zaman itu hanya ada radio Hi-Fi, televisyen dan telefon rumah yang bunyinya hanya 'kring kring'. Tiada iPhone 4G mahupun komputer riba HP Pavilion Entertainment PC. Nikmat internet masih belum ada ketika itu.

Lalu, bagaimana dengan hari ini? Kebanyakan manusia-manusia sezaman dengan saya pada 13 tahun yang lalu ada di antaranya sudah menjadi ibu bapa, malah ramai sekali yang bakal menyandang gelaran 'cikgu'.

Moral of the story:

  1. Anak-anak zaman kini sudah jauh berbeza suasananya. Pendekatan pun kena berbeza. Nikmat teknologi yang melimpah-ruah banyak menyukarkan sang ibu dan bapa dalam mendidik anak-anak.
  2. Pendidik pada masa kini harus berfikir dua zaman ke hadapan berbanding pelajar-pelajar sekarang. 
  3. Jangan serahkan tugas mendidik anak-anak kepada orang ketiga - pembantu rumah. Senario hari ini kebanyakkannya kedua-dua ibu dan bapa bekerja bagi menampung perbelanjaan harian yang semakin mencengkam akibat kenaikan harga barang dan minyak.
  4. Yang paling penting - niat anda mendirikan masjid mesti betul, bukan sekadar mengikut adat atau kerana usia sudah lanjut. Pastikan ilmu keibubapaan sudah mantap, agar anak-anak tidak menjadi mangsa kebodohan orang dewasa suatu hari nanti.


Ingat, anak-anak ibarat kain putih. Andalah yang akan mencorakkannya menjadi kain batik atau kain buruk. Jadi, kesimpulannya, doronglah anak-anak anda. Atau bakal anak-anak anda nanti.

Jika anda seorang doktor, ajaklah anak selalu ke operation theater untuk melihat surgery seperti yang dilakukan oleh sepupu saya. Anaknya sudah biasa melihat surgery sejak berumur 5-6 tahun lagi.

Jika anda seorang pensyarah atau guru, tidak salah membawa anak-anak anda ke kelas-kelas tambahan yang anda ajar.

Aplikasikan setiap ilmu yang anda pelajari ke dalam hidup anda. Kaitkan dengan setiap kejadian yang berlaku. Penerangan mesti penuh hikmah dan mudah difahami oleh jiwa si kecil. Tidak semestinya bidang sains, malah bidang-bidang lain juga patut dikembangkan. InshaAllah.


P/s: negara akan aman sekiranya syariat dituruti. Mari lahirkan ramai profesional yang patuh dengan suruhan Allah!




0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...