Ahad, 26 Disember 2010

Kumbang, Doakan Saya Exam Esok

Ini kisah yang dialami oleh seorang pelajar perempuan yang berusia 15 tahun beberapa tahun yang lalu. Dengan jiwa yang masih naif dan polos, alkisahnya keesokkan harinya beliau akan menduduki peperiksaan PMR.

Beliau dihantar ke sebuah sekolah berasrama penuh di pantai barat Semenanjung Malaysia oleh ibu bapanya setelah mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR.

Pada malam sebelum peperiksaan berlangsung, beliau ke tandas untuk melepaskan hajat dan berwuduk. Itu amalan rutinnya di asrama.



Lebih kurang macam ni lah kumbangnya. Besarnya!

Sebaik sahaja sebelah kakinya melangkah masuk ke dalam salah satu tandas yang ada, beliau ternampak seekor kumbang hitam, boleh tahan besarnya. Tetapi malangnya kesemua kakinya berada di atas. Terkial-kial kumbang tersebut untuk menterbalikkan badan seperti sedia-kala.

Hati kecil beliau tersentuh. Beliau menghilangkan rasa takutnya dan meletakkan semula badan kumbang hitam tersebut dalam posisi asal sambil berkata:

"Kumbang, saya tolong selamatkan awak ye. Tapi esok doakan saya untuk exam PMR."

Ini kerana beliau tahu, setiap makhluk kejadian Allah di muka bumi ini hidupnya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk bertasbih memuji Allah. Tidak seperti manusia yang dikurniakan akal fikiran, tetapi masih lagi sombong untuk berdoa.

Apabila keputusan PMR diumumkan, beliau berjaya mendapat semua A dalam sembilan subjek yang diambil. Mungkin kerana hasil usaha kerasnya. Dan mungkin juga doa si kumbang hitam tadi.


Moral of the story:


  1. Jangan sombong dan lalai dengan kelebihan yang Allah bagi. Sekelip mata je Dia boleh tarik kalau Dia mahu.
  2. Berlaku baik kepada semua binatang. Mereka juga ada nyawa, mereka juga ada tugas atas dunia ni. Jangan anggap mereka tiada nilai komersial, mereka boleh dipijak atau dibunuh sesuka hati.
  3. Dan yang terakhir, jangan bongkak sesama makhluk. Walaupun anda dengan haiwan. Ini kerana perangai sesetengah manusia hari ini jauh lebih rendah tarafnya berbanding haiwan yang tidak berakal.



P/s: siapalah agaknya budak perempuan ni ye?


0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...