Rabu, 15 Disember 2010

Panduan Mengahwini Seorang Ahli Kimia/Jurutera Kimia

Impian sejak kanak-kanak. Style lah. Benzene ring kot. :)

Jodoh itu ditangan Tuhan. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukannya. Macam gempak je tajuk ni. Tapi sedikit sebanyak yang saya tulis di sini, adalah realiti kehidupan sebenar mereka-mereka yang bekerja dalam chemistry-related fields. Bidang ni bukan senang, kerana salah satu kriteria untuk chemical industry ialah highly-skilled workers needed. Yelah, anda nak kendalikan berjuta-juta jenis bahan kimia yang toksik, karsinogenik, highly-flammable dan macam-macam lagi, mestilah kena berpengetahuan tinggi dalam bidang tersebut.

Dalam kehidupan berkeluarga pulak, orang kata kena ada chemistry. Betul tak? Because there is one saying,

 "If Mathematics is the father of science, then the mother is chemistry."

Cukuplah itu sebagai intro. Jangan rasa tersinggung ke apa ke, entri kali ni santai je. Boleh diambil sebagai sejenis lawak, tapi memang ada kebenarannya.




Pergh...syoknye...haha

  • Apabila anda beristeri/suamikan seorang ahli kimia/jurutera kimia, pilihlah rumah yang mempunyai pengudaraan yang baik. Kalau tepi pantai lagi bagus. Bantulah pasangan anda menghirup udara segar kerana rongga paru-parunya mungkin telah sesak dengan bau chemical sepanjang hari.





  • Jangan terasa hati dengannya jika anda dimarahi/ditegur kerana menggunakan cecair peluntur pakaian (Clorox) with bare hands for a long period. Kerana dia sayangkan kulit tangan anda tu. Sodium hypochlorite tak elok untuk tangan (walaupun kandungannya hanya 5% sebagai active ingredients). Seeloknya pakailah gloves (macam orang-orang Korea buat tu), walaupun nampak leceh dan menyusahkan. 


Agen pengoksidaan yang kuat untuk menanggalkan kotoran.
Tapi bukan pada tangan!




Seorang ahli kimia yang berdedikasi.

  • Fahamilah keadaannya apabila dia terpaksa stay up di lab atau processing plant untuk jangka masa yang lama. Ini kerana dia menanggung amanah dan nyawa beribu-ribu pekerja lain di tangannya. Kalau salah satu unit operation di plant ada masalah, pasangan andalah orang yang pertama sekali yang bakal dipertanggungjawabkan. Ingat, bukan doktor perubatan sahaja yang ada on-call, mereka pun ada 'on-call' jugak.





  • Jadilah rakan berbual yang baik dengan membaca bahan ilmiah yang berbentuk saintifik tetapi dengan penyampaian yang santai. Anda selaku orang yang paling dekat dengannya, mungkin anda boleh mencetuskan ilham dan memberi idea yang bernas yang boleh menyelesaikan masalah yang sedang bersarang di dalam kepala pasangan anda.

Oh, elakkan bahan bacaan seperti ini. Terutamanya chemical engineering thermodynamics.
Dilarang sama sekali.



  • Maafkanlah pasangan anda jika dia menggemari anime Fullmetal Alchemist, kerana inilah satu-satunya kartun yang tajuknya berkait dengan bidang kimia. Sebenarnya pasangan anda sedang berfikir, alangkah bagusnya jika kimia ini seseronok itu.

  • Jangan terkejut jika anda mendengar pasangan anda mengigau di malam hari dengan menyebut unsur-unsur yang berada di dalam periodic table, atau bahan-bahan kimia yang dikendalikannya di tempat kerja tadi. Anda sepatutnya berbangga kerana mendapat pasangan yang begitu komited dalam bidang yang diceburinya. Mungkin dalam hati anda, anda akan berkata sebegini, 'comelnye mengigau macam ni. style lah!'



  • Sentiasalah ingatkan pasangan anda untuk membasuh tangan sebelum memulakan apa-apa pekerjaan terutamanya memasak. Ini kerana pasangan anda mungkin mengalami sindrom 'terlupa-basuh-tangan-selepas-keluar-dari-lab'. Elakkan keluarga anda menjadi mangsa pencemaran bahan kimia seperti merkuri ini.



  • Perhatikanlah tahap kesihatannya selalu. Bukannya pasangan anda tidak pandai menjaga diri sendiri, tetapi kadang-kadang rutin yang dilaluinya setiap hari memungkinkan dia mengabaikan aspek-aspek keselamatan yang sepatutnya dipatuhi ketika bekerja. Inilah akibat jika sudah lali.



  • Kepada lelaki-lelaki yang beristerikan seorang ahli kimia/jurutera kimia, maka andalah orang yang paling bertuah sekali. Kerana kebanyakan daripada mereka pakar mencampur dan menyukat bahan kimia tertentu, untuk tindakbalas pada suhu tertentu, dan menggunakan catalyst yang tertentu. Boleh jadi mereka juga sangat berbakat di dapur. Dapur adalah 'lab' kedua mereka, untuk mereka melakukan 'eksperimen', dan menyediakan masakan sesedap mungkin mengikut nisbah seasoning dan rempah yang memberi rasa sedap yang optimum. 


"Sayang, kenapa sepahkan dapur mama?"
"Oh, kan saya anak chemist. Sape suruh mama jadi chemist!"


Rasanya cukuplah merapu sampai di sini sahaja. Siapa-siapa yang nak tambah, boleh masukkan di ruangan komen. HAHA :D




0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...