Isnin, 6 Disember 2010

Ambil Medic Sebagai Second Degree?

Atas dasar ketidaktahanan kepada demam, selesema dan batuk yang semakin menjadi-jadi pada hari ini, saya terpaksa mengalah kepada diri sendiri dan pergi berkunjung ke Pusat Sejahtera USM yang cantik dan sungguh sejahtera itu.

Sementara tengah menunggu di Pusat Sejahtera USM


Dengan langkahan yang agak longlai, saya memulakan perjalanan turun dari tingkat 8 Saujana M04 menuju ke Pejabat Saujana, mengambil bungkusan seorang teman, Fina yang kini sudah bertugas sebagai seorang ahli kimia (R&D chemist) di sebuah syarikat di Seberang Perai. Beliau ni dah ketagih membeli-belah secara online. Barang yang dibelinya sebelum final exam baru-baru ini belum sempat diambilnya. Maka, saya diamanahkan olehnya untuk menyimpan dahulu barang tersebut.



Selesai makan, saya menaiki bas ke jejantas dan seterusnya menunggu di bus stop Palapes. Agak lama menunggu, saya berjalan ke dewan utama pelajar (DUP). Menukar tempat menunggu di sana. Di belakang saya rupa-rupanya ada dua orang pelajar PJJ yang mengekori. Barangkali melihat saya berjalan ke sana, mereka pantas menuruti dari belakang. Maka, sama-samalah kami bertiga menunggu bas di situ.



Seorang saya namakan Pakcik A, kerana umurnya lebih kurang sebaya dengan ayah saya. Dan yang seorang lagi saya namakan Abang B. Padahal ketika berbual-bual dengan mereka ni, saya keliru. Sama ada untuk memanggil dengan gelaran pakcik, abang atau encik. Sudahnya, saya hanya berborak tanpa memanggil dengan apa-apa gelaran.

Pakcik A: adik ni student full-time ke?

Saya: ha'ah.

Pakcik A: amik kos apa?

Saya: saya amik kimia industri. (pakcik A dan abang B terus membuat muka teruja dan bercakap sesama sendiri. Padahal saya biasa-biasa sahaja. Apalah sangat dengan kos kimia industri tu.)


Pakcik A: wah...hebatnya ni. Ambil kimia industri ni jadi engineer la nanti kan? Mesti pandai sains dengan matematik ni kan? Matematik dulu dapat A1 ke?

Saya: (saya hanya tersengih, alahai pakcik...) Eh...tak tahulah tu pakcik. Tapi yelah...saya dapat matematik A1 dulu...haha...(malu-malu pulak rasanya)


Okey, mereka buat muka teruja lagi. Saya hanya tersenyum kambing. Haha.


Pakcik A dan Abang B terus-terusan bertanya saya. Saya macam biasalah. Kalau orang yang saya tak kenal, saya tidaklah seligat mana berbual. Sekadar menjawab apa yang perlu. Mereka bertanya lagi tentang asal saya, sedikit-sebanyak mengenai USM dan sampailah kepada pekerjaan ayah saya.

Saya menjawab, "Ayah saya polis."

Oh, Pakcik A pun polis juga rupa-rupanya. Patutlah saya macam dapat instinct yang pakcik ni polis.

"Anak polis ni pandai-pandai," kata Pakcik A. Saya hanya tergelak kecil. Mengiyakan tidak, mengangguk pun tidak.

"Kenapa tak ambil medic?" tanya mereka lagi. Inilah soalan yang selalu ditanya oleh orang-orang yang baru berkenalan dengan saya. Setiap kali. Alasan mereka, kerana SPM saya bagus.

"Nak buat macam mana pakcik, dah mintak tapi tak de rezeki..." saya membalas.

"Ambillah medic sebagai second degree.." mereka berkata lagi.

Dalam hati saya, WHAT??? Second degree? Medic nak ambil jadi second degree?

Saya ketawa besar lalu menjawab, "Hahaha...tualah saya pakcik...sekarang pun dah 22 tahun...grad umur 23 tahun...sambung medic lagi 5 tahun...28 tahun baru habis belajar..."

Mereka turut tertawa. Kedua-dua student PJJ tersebut mengambil jurusan sains kemasyarakatan. Biasalah, sama ada untuk kenaikan pangkat atau kenaikan gaji. Tak sangka ya, PJJ ni lama jugak. Minimum 4 tahun, maksimum 12 tahun!!!

Lepas dari perbualan tersebut, saya terfikir sejenak. Kadang-kadang ada hikmahnya di sebalik semua ni. Walaupun suatu masa dulu memang obses nak jadi doktor perubatan, tapi anda lihat dan nilai sendiri.

Petikan akhbar yang saya baca baru-baru ini, setiap tahun hampir 4000 graduan doktor perubatan Malaysia dihasilkan dari pelbagai universiti di seluruh dunia termasuk Malaysia. Tempat untuk latihan klinikal amat terhad. Malah, berlaku lebihan doktor pelatih di hospital-hospital kerajaan.

Bayangkan, biasanya satu department akan mengambil kira-kira 10 orang doktor pelatih. Tetapi sekarang hampir 20-30 orang dalam satu masa. Hmm...menteri kesihatan cakap, "Kita lanjutkan masa latihan kepada 2 tahun untuk menambahkan pengalaman dan latihan klinikal kepada bakal doktor." Iyolah tu.

Entahlah. Malaslah nak fikir banyak-banyak. Yang pastinya pakcik, saya dah bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Hehe.


P/s: Jadilah doktor bukan kerana nama, tetapi passion anda kepada bidang itu sendiri, passion dan belas kasihan anda terhadap pesakit. Dan yang penting, bukan kerana duit dan wang ringgit. Kalau nak buat duit, tak payah susah-susah ambil medic, belajar sampai nak pecah kepala. Bukak bisnes lagi bagus.



0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...