Jangan dilafaz kata rindu selagi belum berhak
Jangan dilontar kata cinta selagi belum bersedia
Jangan dititip kata janji selagi belum yakin
Tatkala rindu datang mengetuk hati
Hati bergegar dalam gundah
Hati ingin berkata
Namun kata tidak rela diluahkan
Benak ingin meluahkan
Namun luahan tidak rela disuratkan
Lalu
Benak dan hati bersatu
Memupuk rasa yang satu
Membujuk jiwa celaru
Isnin, 28 Februari 2011
Hati, Benak, Empunya Dan Yang Maha Satu
Sabtu, 26 Februari 2011
Jumaat, 25 Februari 2011
[Video] Bunga-Bunga Cinta
Khamis, 24 Februari 2011
Saat Rapuhnya Seorang Khadijah
Assalamualaikum. Saya doakan semua yang sedang membaca blog saya ni ceria-ceria, diberikan kesihatan dan nikmat yang berpanjangan. InsyaAllah.
Oh, tajuk di atas sama sekali tak berkaitan dengan Ummul Mukminin, Saiyidatina Khadijah. Ini adalah berkaitan dengan saya.
Bila kawan-kawan tengok, saya ni macam okey dan bebas dari masalah. Tapi dalam hati...masyaAllah...Tuhan saja yang tahu.
Resah gelisah, tak keruan, serabut, dan macam-macam lagi. Itulah yang melanda 2-3 hari ni. Itu tandanya deadline assignment, tesis dan test yang semakin menghampiri dan menghantui dari belakang. Sampai nak tidur pun tak lena. Mau pekena 1-2 jam baru dapat nyenyak. Huuu.
Rabu, 23 Februari 2011
Kisah Pelajar Antarabangsa Dan Bahasa Melayu
Tajuk entri kali ini mungkin nampak berat. Bagi anda yang rasa kurang berminat, sila-silakan membaca entri lain. Sudah beberapa hari blog ini sepi tanpa entri. Bukan apa, sibuk dengan duniawi. Macam biasa. Blog saya bukanlah blog harian, yang mana macam diari yang selalu orang lain buat. Hari buat apa, pergi mana, jumpa siapa dan macam-macam lagi.
Kali ini, saya nak bercerita mengenai beberapa insiden yang ada kaitan dengan tajuk di atas. Alkisahnya, tengah hari tadi, saya bergurau dengan seorang pelajar master berbangsa India. Teman sepenyelidikan. Beliau sangat ramah, dan saya senang sekali berborak dengan beliau.
"KD, you tengok ni. Senarai tugas yang Dr. dah susun untuk kita." kata Sri sambil membaca satu-persatu tugasan yang telah ditampal di meja komputer bilik siswazah.
Pada senarai itu juga, terdapat nama seorang pelajar antarabangsa, Rashid, dilahirkan di Somalia tetapi menetap di Libya.
"Hmm. Dr. tulis dalam bahasa Melayu, macamlah dia boleh faham," kata saya sambil ketawa.
Jumaat, 18 Februari 2011
Resepi: Puding Karamel
Yang ni buat masa raya 2010. 1st time buat, tu yang tak berapa nak cantik sangat. Tapi happy sebab jadi! Hehe! |
Keinginan untuk menulis tengah membuak-buak sebenarnya. Tapi tak tahu nak tulis ape. Meh kat sini saya nak kongsi satu puding favorite saya, puding karamel. Selalu dah buat kat rumah ni. :)
Khamis, 17 Februari 2011
[Video] An Afternoon With The Hijjabed
Assalamualaikum. I was thinking of updating my blog last night. But after several times trying, it happen to be some technical problems with Blogger and I decided to take a 'short' nap. But the so-called 'short' nap eventually turned out to be sleeping until morning. My bad.
So, this is one my favourite video which I watched it countless times already. I love the message, and also the way they relaying the muslimah images in the society nowadays.
After you're finished watching, tell me which one character that suits you best! :)
Selasa, 15 Februari 2011
Muslimah, Apa Sudah Jadi?
Semalam, saya memulakan perjalanan ke kelas dengan menaiki bas bermula dari bus stop dekat Palapes. Alhamdulillah, kali ni dapat duduk. Selalunya macam tu lah, adakalanya dapat duduk, kadang-kadang kena berdiri.
Jangan Biarkan Rasulullah Menangis
Salam alayk kepada semua. Hari ini, 12 Rabiul awwal 1432H. Rasanya saya tak perlu tanya lagi, budak sekolah tadika pun tahu kan? Moga-moga Rasululllah s.a.w memberi syafaat kepada kita semua di akhirat kelak. InsyaAllah.
Tetapi apa yang menyedihkan, segelintir manusia yang mengaku dirinya umat Nabi Muhammad s.a.w seolah-olah tidak terkesan dengan post yang bertubi-tubi di Facebook mengenai V-day dan Maulidur Rasul. Sedih. Sedih baginda jika melihat keadaan umatnya seperti sekarang. Sedangkan baginda begitu kasihkan umat, sehingga saat-saat terakhirnya sebelum wafat, baginda menyebut "ummati...ummati...ummati..." yang bermaksud "umatku...umatku...umatku..."
Tidak malukah kita? Lihat gambar ini:
Ahad, 13 Februari 2011
Imannya Runtuh Kerana Aku
Suri, seorang muslimah yang tahu batas agama dan hukum-hakam. Dia cukup menjaga aurat dan batas pergaulannya. Namun kekhilafan yang dilakukannya suatu hari, menyebabkan dia berasa sungguh kesal. Dan dia yakin, dia juga mempunyai saham terhadap dosa tersebut.
Sabtu, 12 Februari 2011
Berdakwahlah, Walaupun Hanya Dengan Tulisan
Pagi Sabtu yang hening dan nyaman ini belum cukup untuk menggugah iman diri ini untuk menyelinap kembali ke dalam selimut seusai solat Subuh. Walaupun hanya melelapkan mata kira-kira pukul 3 pagi tadi, mata saya cukup degil. Agaknya saya mewarisi perangai ibu saya, tidak boleh tidur pagi.
Saya kini dalam proses menghabiskan novel yang baru dibeli beberapa hari lepas - Denyut Kasih Medik tulisan seorang doktor perubatan Muslim yang cukup tinggi ketegasannya dalam menegakkan syariat Islam di hospital, Dr.Farhan Hadi yang juga teman hidup kepada penulis terkenal, Fatimah Syarha.
Akhirnya, buku yang termasuk dalam wishlist saya pada tahun ini sudah tertunai, walaupun baru sebuah.
Ketika saya sedang berjalan keluar makan malam bersama rakan-rakan di Plaza Ivory semalam, fikiran saya bercelaru. Terlalu banyak yang bermain di fikiran. Memikirkan diri yang mempunyai kelemahan terbesar yang sering saya kesali - sukar dan lemah ketika berhadapan untuk menasihati orang-orang tersayang yang melakukan maksiat.
Jumaat, 11 Februari 2011
Arise, Muslim Youngsters!
My thoughts wandering about the young Muslims whereabout today. Especially in Malaysia. Don't we have more than 60% majority of Muslims in Malaysia? So why am I searching for young Muslims when we can see the existence of a huge number of Muslim community in Malaysia?
The answer is, the number of young Muslims that really understand the belief behind Islam itself. Most of them nowadays practically, take things for granted. Embracing Islam as the way of life apparently not the priority of these youngsters nowadays. By navigating away from the teachings, it is a sign that the end of dunya seemingly very near. The mother nature in on the verge of death.
Several fundamental things that I would like to take into account, very crucial for the development of these 'little khalifahs'.
Isnin, 7 Februari 2011
Artikel Pertama Saya Di Dewan Kosmik Sudah Diterbitkan!
Cover edisi Feb 2011 |
Jika anda berkesempatan, belilah majalah Dewan Kosmik keluaran Februari 2011 (bulan ni) dan lihat pada segmen 'Kejuruteraan Kimia' pada mukasurat 44 dan 45 bertajuk: 'Bahan toksik: ancaman dalam diam'.
Artikel banyak berkisar tentang bahan-bahan toksik yang berlambak dalam pasaran, sama ada terang-terangan (macam kalium bromat) ataupun yang tersembunyi dalam produk-produk makanan dan kosmetik.
Ahad, 6 Februari 2011
Si Pemungut Sampah Berhati Emas
Li Yukun sedang mengasingkan sampah yang dikutip |
Mengisahkan seorang wanita China, Li Yukun berusia 64 tahun. Untuk pengetahuan anda, umur persaraan di republik itu ialah 50 tahun. Bermakna, wanita ini sudah lama melepasi umur persaraannya.
Tetapi yang menghairankan, beliau beriya-iya meminta pihak majikannya supaya menyambung kembali kontrak pekerjaan beliau iaitu sebagai pekerja pembersihan dan pemungut sampah. Ketika ditanya, mengapa ingin bekerja, sedangkan beliau sudah begitu tua dan barangkali kudratnya pasti terhad untuk melakukan kerja dengan lancar. Beliau menjawab,
"Saya masih mempunyai lebih daripada 10 orang pelajar untuk dibantu."
There Goes A Dad's Advice About Facebook
The earlier chit-chat was expounding on a childhood friend of mine, a primary-school boy whom I never met since 15 years ago. But apparently I bumped into him in facebook.
I named this guy as 'K'.
So, my mom asked in astonishment, "How come you found his facebook? 15 years is not a short period."
"Oh, I've uploaded a photo when I was in standard one. Then, one of my friend tagged all of the people on the photo to their facebook. That's how it goes, mom." I replied.
The not-so-huge-but-cozy living room went silent for a few moment until my dad voiced out.
Rich Choc Pudding: Alhamdulillah, I Made It!
All praises to Allah, I just went back to this island from dearly Terengganu. The holiday was great as usual, which I longing to see my family and my adorable, fluffy cat, Shiro.
So, during this CNY hols, I manage to make a pudding (I do love baking and cooking, as well as eating), very moist and chocolate-rich. Yeay! I bet you'll gonna try this recipe.