Khamis, 17 Mac 2011

Tersalah SMS Lalu Bercinta

Tajuk sebuah novel dari Indonesia. Kelakar!
Baru-baru ini saya ada terbaca di akhbar tentang seorang gadis 18 tahun yang dinikahkan tanpa kerelaan di Thailand, gara-gara bercinta dengan seseorang yang disangkanya pegawai bank yang berumur 30-an dan masih bujang. Semuanya bermula selepas si 'pegawai bank' tersebut tersalah call nombor gadis berkenaan, lalu berlanjutan sehingga bercinta, tanpa melihat wajah masing-masing.

Pasangan tersebut ingin berjumpa, dan suatu hari berjumpalah mereka di perhentian bas yang saya tidak ingat di mana (blind date di bus stop adalah sangat tipikal, tahu?)


Rupa-rupanya 'pegawai bank' tersebut adalah seorang atuk yang berumur 68 tahun! Atuk dan rakannya lagi seorang membawa gadis itu dan bernikah di Thailand. Mereka bernikah, namun tahap nasib baiknya sangat tinggi. Kebetulan gadis tersebut ABC. (tak tahu apa itu ABC? rujuk sini)

Inilah namanya cinta SMS. Macam-macam.

Saya teringat, saya juga pernah dihubungi dan dihujani SMS-SMS rawak yang kononnya tersalah hantar.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peristiwa 1 (berlaku semasa tahun satu di universiti)


Ada SMS masuk yang berbunyi:

"Hai, name saye Amin. Boleh berkenalan? Name awak saper?"

Hmm. Yang ini versi sangat jujur, tulus dan mulus. Kebiasaannya saya tidak melayan SMS rambang sebegini. Saya tersengih. Terasa ingin melihat reaksinya jika saya membalasnya begini:

"Name saye Tipah. Janda anak 3."

Orang ini sangat jujur bagi saya. Tahu dia balas apa?

"Oh, xpelah." 

Hahahahaha! Tergelak besar saya!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peristiwa 2 (tak ingat bila)

Ada seorang hamba Allah ni tersalah call. Pekat sungguh loghat utaranya.

"Helo, ni Ani ka? Hang kenai dak sapa...bla...bla...bla..."

Err. Suara lelaki. Tersalah nombor ni. Dia meminta maaf. Keesokkan harinya, nombor yang sama menelefon. Hilang terus loghat utaranya setelah mendengar saya bersuara dalam loghat KL. (err. loghat ke tu. huhu)

"Hai awak. Name sape? Saya nak berkenalan dengan awaklah..."

Err. Saya menjawab,

"Takpelah. Saye tak berminat." sambil panggilan diputuskan.

Beberapa kali dia mencuba selepas itu tapi tidak dilayan. Tersalah call ada motif ni. Hmmm.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peristiwa 3 (raya tahun lepas)


Ketika itu saya masih di kampus dan masih belum pulang beraya. Masuk sebuah SMS berbunyi:

"Haiii...watper tu..."

Saya membalasnya kembali dan bertanya siapa. Aktiviti seperti biasa. Mahu berkenalan. Lalu saya membalas:

"Nenek tengah buat biskut raya ni. Penat tau...nak tolong tak..."

Hahaha. Terus senyap.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pesanan saya:

  • Kalau bosan sangat, pergi tidur. Jangan membazir duit topup. Tambah-tambah yang masih minta duit dari mak bapak.
  • Kalau nak cari jodoh sekali pun, tolonglah jangan cari melalui telefon.
  • Dan yang paling penting, guna telefon anda ke arah yang betul. Saya paling benci tengok orang berSMS 24 jam tak tentu hala, macam entri kawan saya ni - kat sini


0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...