Saya pernah jumpa beberapa orang dalam hidup saya. Mungkin dah berpuluh-puluh dah kot. Pertama kali jumpa diorang ni, berseri sungguh. Padahal takde pakai mekap pun. Tak kira lah lelaki atau perempuan. Saya terfikir, "oh, inilah yang orang kata muka ada 'nur' kot".
Apa-apa pun, yang penting saya nak kongsikan beberapa tips yang saya kutip dan amalkan sepanjang hidup saya. InsyaAllah dan moga-moga semua yang membaca boleh amalkan dan kongsikan dengan orang lain pulak.
Bangun tidur
Bangun je dari tidur, set kan dekat minda, kaki kanan kena jejak ke lantai terlebih dahulu. Bagi saya, permulaan hari yang baik adalah bermula dari bangun tidur. Jangan lupa baca doa bangun tidur. Alarm henfon jangan snooze banyak kali, nanti off pulak (yang ni saya selalu buat. hehe.) Bila dah off, mulalah subuh gajah. Oh no!
Amalkan ambil wudhu' setiap kali lepas mandi, walaupun waktu solat lambat lagi. Apabila kita sentiasa dalam wudhu', wajah akan berseri (serius tak tipu, tak percaya try la buat). Hati pun jadi tenang je nak buat kerja.
Tudung Dan Baju
Yang ni saya fokus dekat orang perempuan lah ye. Orang lelaki tak pakai tudung. Hehe. Satu masalah besar kaum perempuan ni adalah susah nak tentukan baju apa nak pakai untuk hari tersebut. Contohnya esok ada kuliah, malam tu dah siap-siap fikir esok nak pakai baju apa, tudung mana, warna apa. Kadang-kadang sampai 10 minit duk termenung depan almari duk merenung baju yang ada. (yang ni saya mengaku. hoho.)
Apabila timbul masalah 'pilih-memilih' macam ni, saya akan cakap dekat diri sendiri macam ni:
"Kau pakai tudung bukannya sebab nak tunjuk kat orang. Kau pakai tudung sebab nak tutup aurat."
Ajaibnya, hati jadi hilang perasaan ragu-ragu dengan sendirinya dan saya ambil tudung yang tak berapa gemar nak pakai tu dan pergi iron. Elok-elok je pakai hari tu. Rasa tenang lagi. Tenang sebab hati redha. Allah pun redha. Kita pun dapat pahala. Kan?
Cermin
Nak baca doa tengok cermin, lupa pulak. Jadi nak buat apa? Saya sarankan sambil-sambil berbedak tu senyum je kat diri sendiri. Ye, senyum. Yang ni saya amalkan setelah saya selalu tengok mama saya berhias depan cermin. Memang dia akan senyum. Dan bila kita senyum, kita akan rasa diri kita lebih cantik/hensem. Bila dah rasa macam tu, kita akan jadi semangat dan keyakinan diri bertambah.
Bismillah
Setiap perbuatan seeloknya disertai dengan bismillah. Pernah dengar? Tipulah tak pernah dengar. Yang ni antara yang paling mujarab dan saya rasa memang kewajipan kita sebagai orang Islam, mendahulukan setiap pekerjaan yang kita nak buat dengan bismillah.
Contoh mudah, setiap kali saya mengiron baju, saya mulakan dulu dengan bismillah. InsyaAllah masalah baju terbakar dapat dielakkan (dan juga selepas unsur-unsur teknikal iron tersebut telah di cek, ok?). Setakat yang saya ingat, hanya 2 kali je saya terbakar tudung dalam hidup. Sekali masa kat asrama dulu, dan lagi sekali saya tak ingat bila. Tapi yang kali kedua tu confirm saya ingat, saya lupa nak baca bismillah. Huu.
Begitu jugak setiap kali nak berpakaian. Especially tudung yang susah nak menjadi. Bacalah bismillah, sambil berdoa dalam hati supaya diserikan 'nur' pada wajah kita. Itu yang naik seri tu.
Baca bismillah juga setiap kali nak melangkah keluar bilik/rumah. InsyaAllah hati akan tenang dari berfikir yang bukan-bukan tentang keselamatan harta benda kita. Kan cantik?
Syukur
Bila kita tengok orang yang lebih susah/tak berupaya/cacat/serba kekurangan daripada kita, jangan rasa megah sebab diri kita lebih. Sebaliknya pupuk diri supaya sentiasa ucapkan syukur walaupun dalam hati. Allah tu tahu setiap isi hati kita. Tak susah pun nak zahirkan rasa syukur ni. Kelebihan yang Allah bagi kat kita yang takde pada dia, bila-bila je Allah boleh tarik balik. Syukur juga akan membuatkan hati kita lebih bersih. Bila hati bersih, air muka pun nampak jernih.
P/s: cantik itu subjektif. Sentiasalah kata kat diri sendiri, "Aku cantik/hensem!". Ini permainan psikologi namanya. Semoga bermanfaat :)
0 Komen:
Catat Ulasan