Selasa, 14 Januari 2014

[UPDATED] Prosedur Untuk Menjadi Ahli Kimia Berdaftar Dengan Institut Kimia Malaysia (IKM)

Bismillahirrahmanirraheem ~


Terdapat beberapa jenis keahlian:

1. Licenciateship (LMIC)

Pertama, anda layak memohon sekiranya anda ada degree dalam Sains Kimia (Tulen/Gunaan) atau Kejuruteraan Kimia atau Biokimia (biochemistry). Ijazah dari universiti tempatan selalunya tiada masalah melainkan anda adalah seorang graduan overseas. Syarat daripada IKM agak ketat untuk graduan overseas tetapi anda digalakkan memohon (sebab ada kes kawan sekerja graduan dari US, tak lulus syarat minimum kursus yang kena ambil masa studi.)

Takde degree tapi pengalaman banyak? Anda boleh ambil exam yang diwajibkan oleh IKM.

Kedua, ada pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan kimia (chemistry practice) sekurang-kurangnya setahun.

2. Associateship (AMIC) Membership (MMIC)

Pertama, sama seperti permohonan Licenciateship. Kena ada degree daripada recognized university dan JPA accredited untuk universiti luar negara.

Kedua, pengalaman kerja 2 tahun ke atas.

Level "AMIC" sudah dimansuhkan bermula tahun 2016.

3. Fellowship

Yang ini kena ada Ph.D dulu baru boleh mohon...


Cara nak mohon:



1. Download borang daripada laman web IKM di sini: www.ikm.org.my

2. Isi borang lengkap-lengkap, pastikan anda boleh sertakan sekurang-kurangnya 3 orang yang boleh recommend anda kepada IKM. Minimum dia nak 2 orang je. Tapi dalam borang suruh tulis 3.

3. Yuran pendaftaran untuk permohonan kali pertama, kena bayar RM200 (RM150 yuran ahli + RM 50 lain-lain)

4. Untuk pengesahan transkrip akademik dan lain-lain, anda boleh pergi ke pejabat pesuruhjaya sumpah. Tapi tak semua pesuruhjaya sumpah yang boleh sahkan. Bila ini berlaku, anda boleh datang sendiri ke pejabat IKM yang terletak dekat alamat ni supaya pegawai bertugas boleh sahkan untuk anda. Pastikan bawa IC ya!

127B, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 KL. (Dekat dengan One Utama Shopping Complex).


Nak hubungi mereka?

No.tel : 03-7728 3272
Emel: ikmhq@ikm.org.my

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila dah lulus permohonan, anda akan menerima newsletter bulanan (macam majalah gitu) dan sekeping sijil sebagai kenang-kenangan. Anda juga akan terikat dengan Akta Ahli Kimia 1975. Jadi jangan buat benda bukan-bukan ye. Haha.

Sekian untuk post kali ini setelah setahun lebih menyepi. Hahaha ~


0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...