Memaparkan catatan dengan label Fakta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fakta. Papar semua catatan

Ahad, 9 September 2012

Hydrogen Sulfide! Tolong!

Bismillahirrahmanirraheem.

Taburan minyak dan gas di luar pesisir pantai Vietnam.
[Sumber]
Kebelakangan ini, team kami mendapat 'durian runtuh' apabila 'dihadiahkan' dengan sampel gas asli dan minyak mentah dari Vietnam yang mempunyai paras hydrogen sulfide (H2S) yang sangat tinggi - hampir 2000 ppm!

Saya mengurut dada mengenangkan nasib diri yang masih bujang. Haha. Kot-kot lah berlaku kecelakaan yang tidak diingini (nauzubillahiminzalik, mohon semuanya selamat, insyaAllah).

Vietnam memang terkenal dengan kawasan minyak dan gas yang mempunyai paras H2S yang tinggi berbanding dengan negara-negara pengeluar minyak yang lain di Asia Tenggara - kata bos.

Bagi mereka yang berada di dalam industri minyak dan gas (O&G) (terutamanya upstream dan midstream personnels), hydrogen sulfide atau H2S adalah perkara nombor satu yang perlu diambil berat. Ini kerana, H2S terkandung di dalam minyak dan gas asli secara semulajadi - dan ia boleh berada di mana-mana fasiliti dan operasi O&G.


Sedikit pengenalan: Apa itu upstream, midstream dan downstream.

Industri minyak dan gas boleh dibahagikan kepada tiga kategori umum; upstream, midstream dan downstream.

Upstream adalah istilah yang selalu digunakan kepada mereka-mereka yang terlibat dalam E&P, atau exploration & production. Kewujudan mereka boleh dikesan di atas rig atau offshore platform. Mereka adalah pasukan carigali - dalam bahasa mudah.






Sabtu, 9 April 2011

Telur Ayam Sintetik (Tiruan) Dari Kaca Mata Seorang Pelajar Kimia

Dalam istilah sains, sintetik adalah bahan bukan semulajadi. Bermaksud ianya dicipta dan diolah daripada bahan lain terutamanya bahan-bahan kimia menjadi suatu bahan lain yang menyerupai bahan asal atau semulajadi yang dikehendaki - seperti telur ayam.

Pernah dengar tentang telur ayam tiruan? Dua tiga hari kebelakangan ini, isu telur tiruan ini menjadi isu hangat di media. Sebenarnya di China, kewujudan telur tiruan ini sudah lama. Malah dikomersialkan oleh sebuah syarikat. Anda mahu tahu cara-cara menghasilkannya? Mari saya kongsikan kepada anda.

Cuba anda bayangkan, kos untuk membuat telur sintetik ini tersangatlah murah. Kos pembuatan untuk satu kilogram telur ini hanyalah lebih kurang 0.55 yuan. 1 yuan bersamaan dengan kira-kira RM 0.462. Jadi, secara kasarnya, di Malaysia, harga kos untuk sekilogram telur tiruan ini hanyalah kira-kira 25 sen!






Ahad, 3 April 2011

Seronokkah Menjadi Genius?

Hari ini, saya terbaca satu artikel di dailymail.com, mengenai seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang dikatakan telah memformulasikan semula teori relativiti yang diperkenalkan oleh sainstis yahudi, Albert Einstein. Dikenali sebagai Jacob Barnett, kanak-kanak tersebut dilahirkan autisme, tetapi telah dikurniakan kebolehan luar biasa dalam bidang matematik dan astrofizik.


Jacob Barnett, 12


Memformulasikan semula teori relativiti itu adalah sesuatu yang saya tunggu-tunggu selama ini. Saya tidak tahu kenapa, tetapi seseorang harus memecah tradisi teori Einstein. Pakcik Einstein ini bukan sahaja terkenal dengan teori relativiti, malah banyak lagi bidang lain. Bidangnya banyak tertumpu ke arah kejuruteraan elektrik.






Isnin, 21 Mac 2011

Diari Seorang Bibliophile

Sarah tidak mengetahui bahawa dia adalah seorang bibliophile sejak kecil. Semenjak awal persekolahan, ibu bapanya selalu membelikan buku kepadanya. Buku yang dibeli kadang-kadang berunsurkan cerita kanak-kanak, adakalanya lebih mengarah kepada akademik dan ilmiah. Di rumahnya ada beberapa rak buku. Dan beliau sangat sukakan buku.

Selain daripada gemarkan buku, Sarah juga suka 'melepak' di perpustakaan sewaktu cuti hujung minggu. Berbekalkan basikal bertayar getah berwarna-warni itu, Sarah mengayuh ke arah perpustakaan komuniti yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Tabiatnya itu berterusan sehingga ke alam sekolah menengah sehinggalah ke universiti tempat belajarnya sekarang.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...