Surah Ar-Rahman adalah antara surah kegemaran saya. Selain daripada ayatnya pendek-pendek, surah ini juga pendek. Hanya 78 ayat. Walaupun ayat dan surahnya pendek, namun pengajaran yang tersirat di dalamnya tidak digambarkan dengan kata-kata.
Satu perkataan sahaja sudah cukup untuk surah ini - erti syukur.
فَبِأَىِّ ءَالاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
Cuba anda bayangkan, ayat ini diulang sebanyak 31 kali dalam surah tersebut. Ini menunjukkan betapa banyaknya nikmat yang Dia telah beri pada kita.
Kadangkala, kita suka membandingkan diri sendiri dengan orang yang lebih daripada kita - contohnya dalam isu kecantikan diri. Ataupun dalam isu harta benda, kepandaian, kebolehan dan macam-macam lagi.
Ya, saya juga pernah diuji sedemikian. Kenapa aku tak dapat ini, kenapa aku tak dapat itu, dan macam-macam kenapa lagi. Saya ingin bawakan
satu contoh terbaik yang saya pernah alami dalam hidup saya, yang membuatkan saya merasakan Allah itu terlalu baik, dan sememangnya Dialah yang terbaik. Dialah sebaik-baik pengatur kehidupan.