Memaparkan catatan dengan label Campus Life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Campus Life. Papar semua catatan

Selasa, 10 Mei 2011

A Year Of Hell Is Over [Plus: Perangai Siswa-Siswi Kita]

Dua tiga hari kebelakangan ni, panasnya lain macam betul. Malam susah nak tidur. Sekejap tergolek ke kanan, sekejap tergolek kiri. Esoknya, mata bengkak. Tidur tak berkualiti.

Dalam menempuh kenaikan suhu yang mendadak ni, macam-macam perkara yang terlintas di fikiran saya. Dunia sudah semakin tua. Reostat bumi dah tak berfungsi dengan baik. Barang lama kan? Tunggu sikit masa lagi, kita semua akan dikumpul dan berkumpul. Berkumpul di suatu padang yang suhunya berkali-kali ganda lebih tinggi berbanding suhu dunia sekarang.

Dan disebalik cuaca panas ni, saya telah selesai membentangkan projek tahun akhir semalam. Atau nama glamornya, viva (seminar projek tahun akhir). Perasaannya cukup enjoy, panel pun baik dan okey. Hanya saya seorang siswi muslimah yang berada di dalam kumpulan seminar tersebut. Yang lain semuanya berbangsa Tionghua.

Debaran itu biasa. Perlu diatasi dengan segera. Saya adalah pembentang pertama untuk sesi petang. Mahu tidak mahu, perasaan insecure dan takut-takut harus disembunyi. Saya tidak suka menunjukkan kelemahan diri di hadapan orang lain. Jadi, saya menayang muka cool sepanjang masa. Walaupun dalam hati, masyaAllah. Dia saja yang tahu betapa berkecamuknya saya di dalam hati. Sendiri berperang melawan rasa takut.






Ahad, 10 April 2011

Nilai Sentimental Mi Segera Dengan Kehidupan Universiti

Megi kari campur sos cili Life sangat sedap!

Assalamualaikum. Sudah dua tiga hari, mood untuk study turun dan terus menjunam. Kesan psikologi teramat kurang impaknya untuk peperiksaan akhir kali ini. Maklum sajalah, ini adalah peperiksaan terakhir yang bakal saya hadapi sepanjang pengajian. Feel untuk exam itu masih belum muncul.

Mi segera, atau yang anda panggil megi tu, boleh dikatakan sebagai menu wajib semasa belajar. Tak kiralah anda di sekolah berasrama, kolej atau di universiti. Ini adalah teman setia. Saya berani potong kuku yang anda semua pernah makan megi. Tak buat sendiri dengan air panas, mesti makan dekat kedai-kedai mamak. Kan? (berani potong kuku je. hiii.)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...