Sabtu, 23 Mei 2015

Mari Langgan Majalah Oil & Gas Percuma Di Internet!

Bismillahirrahmanirraheem.

Tahukah anda, terdapat beberapa laman web yang menyediakan khidmat majalah Oil & Gas secara percuma? Saya mula melanggan majalah-majalah ini sejak tahun 2013. Bacaan berbentuk ilmiah seperti ini bagi saya agak penting kerana selain bergelumang dengan kerja rutin seharian di pejabat, anda juga perlu mengetahui perkembangan dunia semasa dalam industri minyak dan gas dunia. Setidak-tidaknya, anda ada modal "extra" untuk bercakap dengan bos anda ataupun rakan-rakan seindustri yang lain.


Antara koleksi yang ada dalam simpanan saya sekarang. Dekat office pun ada lagi belum bawa balik ni. Ada yang belum sempat baca pun!

Majalah ini boleh didapati secara percuma (softcopy dan hardcopy) untuk qualified person dalam industri O&G. Cuma isi borang dan lengkapkan jawatan dan syarikat yang anda bekerja sekarang, mereka akan pos majalah ini terus ke rumah/pejabat anda!

Anda bukan pekerja O&G atau masih lagi belajar? Jangan risau, anda masih lagi boleh baca versi digital di laman web di bawah.




1. Drilling Contractor (http://www.drillingcontractor.org/digital-reader)





Apa yang paling best tentang majalah ini, dalam keluaran tertentu akan disertakan sekali poster edisi terhad!


3. Offshore Engineer (http://www.oedigital.com/)



4. Asian Oil & Gas (http://www.aogdigital.com/)

Yang ni kalau nak hardcopy kena bayar...jadi kita baca versi digital jelah ye.


5. Journal of Petroleum Technology (http://www.spe.org/jpt/)

Sebenarnya yang ni yang paling saya suka sebab artikel kat dalam majalah ni cover banyak division. Majalah lain banyak cerita pasal on-site punya teknologi dan aplikasi (FPSO, drilling tech etc). Melalui JPT anda boleh tahu pasal geological perspective, reservoir development & optimization, dan banyak lagi. Tapi untuk dapatkan hardcopy and kena berdaftar sebagai ahli Society of Petroleum Engineers (SPE). Untuk bukan ahli anda boleh baca free melalui apps JPT.


Sekian saja untuk kali ni. Semoga bermanfaat!




0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...