Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan

Khamis, 2 Februari 2012

Substansi Cinta

[Prolog] Ketika mengharungi hari-hari terakhir zaman persekolahan rendah, saya dikejutkan dengan sepucuk sampul surat. Kad raya rupanya.

Almaklumlah, masa budak-budak dulu, tradisi memberi kad raya memang masih kuat dan saya sendiri masih mengirim sepucuk dua kad raya kepada rakan-rakan lama sebelum berpindah ke rumah baru.

Tetapi ternyata, kad raya itu agak 'unik' dan pelik. Sebaik sahaja saya membuka sampul surat, saya mendapati kad raya tersebut telah digam. Jelaslah saya tidak boleh membuka kad itu untuk membaca isi dalamnya.

"Oh, dia tersalah tulis kot. Sebab tu dia gamkan." Itu fikir saya. Tindakan saya hanya terhenti di situ, memandangkan saya sudah memahami maksud si pengirim ingin mengucapkan selamat hari raya kepada saya. Lantas, saya hanya membiarkan kad tersebut di atas meja belajar tanpa berfikir yang pelik-pelik.

Tidak lama kemudian, saya terdengar bunyi bising-bising dari atas. Abang sudah tergelak separuh mati ketawakan saya. Kad raya yang digam tersebut dibuka oleh abang. Rupa-rupanya disebalik kad raya yang digam tersebut, bukanlah ucapan hari raya, tetapi ucapan 'I Love You' yang memenuhi ruang kad tersebut! Siap dengan lukisan-lukisan berbentuk hati pula tu!






Ahad, 1 Mei 2011

Topik Hangat Siswa/i Tahun Akhir: Kahwin

Aduh. Entah mengapa, sejak dua menjak, isu nikah kahwin seperti selalu terngiang-ngiang di telinga saya. Beberapa hari lalu, saya ada berchatting dengan seorang sahabat lama yang kini juga berada di tahun akhir di sebuah universiti di Perak. Pada awalnya borak-borak hanya berkisar di sekitar perkembangan terkini, lama-kelamaan melalut hingga ke isu jodoh.

Tidak cukup dengan itu, supervisor projek tahun akhir saya juga ada 'mengenenkan' saya dengan seorang bekas pelajarnya yang juga berasal satu negeri dengan saya beberapa minggu yang lalu. Apalah Dr. Malu saya.

Ketika saya pulang ke rumah minggu lepas, saya sempat berkunjung ke rumah ibu saudara saya di Kota Bharu. Saya terkejut besar apabila beliau tiba-tiba bertanya;

"Dah bertunang kan hari tu?" sapa Mak Dah tiba-tiba.

"Erkk. Mak Dah, saya ni calon pun belum ada. Saya nak bertunang dengan siapa?" seloroh saya.






Selasa, 12 April 2011

Maaf, Saya Sedang Bercinta

Suatu hari, seusai berbual dengan mama saya di telefon sebelum tiba waktu kuliah, rakan saya di sebelah menegur:

"Borak dengan siapa tadi?"

Saya tersengih dan menjawab ringkas, "Dengan mak. Kenapa?"

Kelihatannya beliau sedikit terkejut. "Romantiknya. Macam dengan pakwe." 

Saya ketawa besar. Bukan kali pertama kejadian ini berlaku. Ketika berada di zaman matrikulasi dulu pun, rakan-rakan sebilik pelik melihat saya bercakap telefon dengan abang saya yang ketika itu sedang menuntut di Sarawak. Peluang untuk bertemu mata dengan beliau agak sukar, jadi telefonlah yang menjadi penghubung kami sekeluarga.

"Cakap telefon dengan abang macam dengan pakwe." Lagi.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...