Khamis, 9 Disember 2010

Dalam Diam, Artwork ku Diminati Ramai

Hahaha. Gelak dulu mula-mula. Sebenarnya tak terfikir langsung tentang benda ni. Dulu, saya ada satu hobi, iaitu menghasilkan wallpaper watak-watak dalam anime-anime kegemaran saya. Nak dijadikan cerita, pada tahun 2009 saya ada mengupload hasil-hasil karya saya (the so-called artwork. haha.) ke dalam satu website. (mahu berkongsilah kononnya.)

Ketika saya berlegar-legar di ruang maya petang tadi, saya berniat untuk mencari wallpaper dan background yang cantik-cantik untuk menggantikan background blog ini. Tiba-tiba saya teringat, saya pernah mengupload 2 wallpaper rekaan saya ke dalam website tersebut. (sebenarnya banyak lagi, tapi sempat upload 2 je.) 

Satu feature yang menarik di website ini ialah, anda boleh mengetahui statistik, rating dan komen yang diberikan oleh pengunjung web ini terhadap wallpaper yang telah anda hasilkan.




Okey, mari kita lihat 'kejayaan' saya yang pertama. Wallpaper ini diberi nama 'Team Kakashi in Memory'. Jika anda kipas-susah-mati Naruto pastinya anda tahu.


Sila fokuskan dalam kotak merah yang telah saya buat. Not bad, huh?


Dan statistiknya:


1,958 orang telah pernah menjadikan wallpaper ini sebagai background desktopnya. Tahniah kepada saya! Haha!



Dan ini pula wallpaper kedua yang saya upload:




Mari kita lihat statistik untuk artwork kedua:

Hmm...yang ni 800 orang je. Tapi banyak jugak tu.


Sekian. Ini je entri kali ni. Saja nak berkongsi dengan anda. Photobucket


P/s: 'sitilaylaphoebe' adalah antara username yang sering saya gunakan di internet. Harap maklum. Photobucket



0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...