Selasa, 7 Disember 2010

Keajaiban Dunia Kimia

Hujan membasahi bumi Minden pagi ini. Alhamdulillah. Tetapi malangnya, solat Subuh pagi ini kecundang. Saya hanya tersedar pada pukul 7.15 pagi, setelah dikejutkan oleh bunyi alarm di handphone berkumandang dengan lagu Doa Pagi nyanyian Hijjaz. Astaghfirullah. Seringkali kita akan berfikir, "Ish, hujan punya pasallah ni. Tak pasal-pasal aku subuh gajah."

Sebenarnya malam tadi, saya mengambil ubat batuk dan chlorpheniramine maleate 4mg. Tak sangka penangannya begitu power. Sehinggakan saya tidak sedar bilakah saya tertidur.

Cuba anda lihat gambar di bawah. Apa yang anda dapat lihat?


Harap maaf, kualiti gambar sangat kurang baik. Maklumlah pakai kamera fon 2MP je.



Kelihatan seperti gambar kubah masjid bukan? Saya sangat teruja melihat fenomena ini lantas mengambil gambar. Lihat gambar di bawah.




Gambar penuh



Ini adalah sampel lignin yang ditumbuk selepas dikeringkan di dalam oven selepas beberapa hari. Lignin ini diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan. Tetapi untuk projek tahun akhir saya, saya mengambil lignin yang diekstrak daripada sisa kelapa sawit.

Saya pun tak tahu bagaimana bentuk itu boleh terjadi. Tetapi, memang menarik jika kita menemui sesuatu yang tidak dijangkakan seperti ini. Terutamanya di dalam penyelidikan.



P/s: Saya berdoa supaya saya dan rakan-rakan yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan projek masing-masing dengan lancar. Amiin. Semoga hari 1 Muharram 1432H ini memberi rezeki yang berlipat ganda kepada kita semua. InsyaAllah.





0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...