Isnin, 18 Julai 2016

Panduan Memilih Jurusan Kimia Bagi Lepasan SPM/STPM

Bismillahirrahmanirraheem~


Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kepada adik-adik lepasan SPM yang ada request entri khas untuk tajuk di atas. Terima kasih kerana sudi komen dan personally email kepada saya. Maaf atas kesempitan dan ’kesemputan’ waktu untuk menulis.

Insya-Allah dalam entri kali ini, saya akan memberi sedikit pencerahan kepada adik-adik yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang kimia.

Saya pasti setiap orang mempunyai kecenderungan masing-masing. Dan kecenderungan ini kadangkala di dorong oleh sesuatu minat atau mungkin latar belakang keluarga. Semasa tahun satu di USM, Pusat Pengajian Sains Kimia (PPSK) ada menganjurkan minggu orientasi bagi kami pelajar tahun satu.

Menariknya, ketika sesi latihan dalam kumpulan, seorang pensyarah kanan ada bertanya mengenai 'Why do you take chemistry as your preferred course?'. Ada satu jawapan yang saya masih ingat sampai sekarang, 'I used to watch CSI episodes, one whole season per night.' Saya tersenyum.

Senarai universiti awam yang menawarkan kursus sains kimia


Universiti
Nama kursus yang ditawarkan
Sains (Kimia Tulen)
Sains Gunaan (Kimia Industri)
Sains Gunaan (Kimia Analisis)
Sains Gunaan (Biokimia) – *Kursus dibawah Pusat Pengajian Sains Biologi
Sains (Kimia)
Sains (Kimia Gunaan)
Sains (Biokimia)
Sains (Kimia)
Sains (Kimia Industri)
Sains (Kimia Petroleum)
Sains Fizikal (Kimia Industri)
Sains Gunaan (Kimia Industri)
Sains (Kimia)
Sains (Teknologi Kimia)
Sains (Oleokimia)
Sains (Kimia Gunaan)
Sains (Kimia Sumber)
Sains (Kimia)
Sains (Kimia)
Sains (Kimia Gunaan)
Sains (Kimia - Analisis Forensik)

Untuk mengetahui syarat minimum kemasukkan ke universiti-universiti di atas, sila klik pada link setiap universiti.

Sebelum melangkah ke alam universiti, ini adalah pilihan yang boleh diambil sebelum menyambung pelajaran ke peringkat ijazah pertama.


Bagi lepasan SPM

Anda boleh memohon ke salah satu institusi yang dinyatakan di bawah:



Bagi lepasan STPM

Sekiranya keputusan STPM anda melepasi syarat kelayakan kursus, anda boleh terus memohon ke peringkat ijazah pertama melalui UPU ataupun terus kepada universiti (terutama universiti penyelidikan, mereka uruskan sendiri sesi pengambilan pelajar).

Kebolehpasaran graduan jurusan kimia

Selalu kita dengar, ’kalau ambil course ini, nanti boleh jadi apa?’. Sungguh, saya sedih bila makcik-makcik di kampung tanya soalan ini. Kadang-kadang rasa down juga. Tetapi saya tahu apa yang saya lakukan, dan saya akan teruskan juga.

Dengan pengetahuan saya yang sangat terhad, ini hanyalah rumusan yang saya boleh buat berdasarkan sedikit info daripada rakan-rakan sekuliah dulu dan rakan sekerja. Selepas tamat pengajian di universiti/kolej, kebanyakannya akan memasuki industri-industri yang memerlukan khidmat ahli kimia. Saya senaraikan secara ringkas di bawah:





Terdapat banyak lagi industri yang boleh dimasuki oleh graduan jurusan kimia seperti makmal yang menjalankan konsultasi, forensik, kawalan alam sekitar dan sebagainya. Anda boleh membuat bacaan sendiri di internet jika mahu.

Sekian saja untuk entri kali ini. Semoga bermanfaat :)

P/s: sekiranya ada maklumat yang kurang tepat ataupun ada penambahan, sila masukkan di dalam ruang komen di bawah ye. Terima kasih :)



0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...