Khamis, 5 Januari 2012

Revise Balik Entri

Bismillahirrahmanirraheem.

Secara rasminya, ini adalah entri saya yang pertama untuk tahun 2012. Alhamdulillah. Yeay! :P

Mari kita lihat apa yang saya nak kongsikan hari ini:

"Jika anda menulis tentang cinta, perkahwinan dan rumahtangga, sedangkan anda belum berkahwin, baru berkahwin, baru anak seorang, anak dua, tiga, empat atau yang sulung baru masuk sekolah menengah, berlapik-lapiklah dalam memberi saranan dan pendapat kerana sesungguhnya ada banyak benda yang hakikatnya ANDA BELUM TAHU.
Nasihat ikhlas daripada penulis buku cinta best seller yang baru anak empat di usia perkahwinan sedekad."

Ini adalah petikan status Facebook Ustaz Hasrizal Abdul Jamil semalam. Saya rasa terkena se'cepuk' atas dahi. Sebelum ini, ada 2-3 entri saya yang berkisarkan tentang keibubapaan dan rumahtangga. Saya bimbang kalau-kalau entri tersebut berbau angkuh dan bongkak, sedangkan saya masih lagi bujang. Ehem. Memang kena revise dan muhasabah balik. Penekanan utama yang ingin dibawakan oleh Ustaz Hasrizal di sini ialah: tidak semestinya anda belum berkahwin, atau usia perkahwinan baru setahun jagung; jadi anda tidak layak untuk berbicara soal keibubapaan dan perkahwinan. Tidak, sama sekali tidak.

Apa yang penting di sini; pastikan ilmu tulis-menulis kita sudah cukup di dada. Kadang-kadang kita tidak sedar yang penulisan kita itu berbau riak dan takabbur, apatah lagi sombong. Sedangkan kita kurang atau tiada pengalaman langsung dalam bidang yang ditulis.

Nak tulis boleh, tetapi biarlah berpada-pada. Intonasi pembacaan setiap orang berbeza-beza. Mungkin kita maksudkan begini dan begini. Tetapi pembaca akan menilainya begitu dan begitu. Benda yang baik eloklah kita kongsikan, kerana pengalaman setiap orang itu berbeza-beza.

Jadi, moral value untuk hari ini ialah; berhati-hati dalam menulis. Kerana apabila anda menulis, banyak mata yang akan membaca dan banyak otak yang akan menganalisis tulisan anda. Pesanan terbaik untuk diri saya sendiri yang masih kurang ilmu untuk menulis. InsyaAllah :)



0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...