Isnin, 12 Disember 2011

"Saya Mahu Yang Seimbang, Cukuplah."

Balqis termenung. Otaknya kosong. Skrin komputer di hadapannya direnung lama-lama. Data-data kawalan kualiti yang tersusun dalam rajah dan jadual yang terpampang di Microsoft Excel baru separuh disiapkan. Hari Jumaat sepatutnya digunakan semaksimum yang mungkin kerana ianya hari bekerja terakhir dalam seminggu. Namun hakikatnya tidak.

Dia yang baru memulakan tugas sebagai ahli kimia di bahagian kawalan kualiti sebuah syarikat farmaseutikal terkemuka mengakui, tugas ini bukan tugas yang mudah. Dahinya berkerut, sakit kepalanya mula bertandang.

Teringat pula Balqis akan panggilan telefon umminya kelmarin. Membawa perkhabaran khitbah oleh seorang ustaz muda, anak bujang seorang kenalan abah. Kini dia tahu, inilah punca otaknya menerawang sepanjang hari. Dahinya bertambah kerut.

"Allah..."

Tiba-tiba sahaja nama Pencipta terpacul dari mulut. Kedua-dua belah tangan sudah memangku kepala. Kata ummi, dia harus memberi kata putus dalam masa dua minggu.

"Allah..." Buat kali kedua. Satu keluhan berat dilepaskan.

Ustaz? Hatinya berdebar bukan main. Drama Tahajjud Cinta terus terpasang dalam benaknya secara automatik. Dia bukanlah anti dengan ustaz, tetapi stereotaip yang kurang manis terlalu banyak. Bukannya dia tidak mahu lelaki yang baik seperti ustaz tetapi...dia ada pandangannya yang tersendiri.

Balqis sedar, dia bukanlah jenis geng usrah. Bukan juga stok bertudung labuh. Dia biasa-biasa sahaja. Tapi, dia suka berpakaian longgar dan besar. Tudung juga selalunya yang bersaiz 50" - 55". Dia selesa berpakaian begitu. Itu saja.

Matanya memandang emel yang diterima daripada ummi. Lengkap dengan biodata ringkas dan gambar. Tidak lupa disertakan nombor telefonnya sekali.

"Walaupun aku ni perempuan, aku juga berhak memilih. Asalkan dia seimbang, cukuplah." mulutnya terkumat-kamit bermonolog sendiri. Pantas telefonnya dicapai. Hajatnya untuk sedikit 'menguji' sang ustaz.

Bismillah...


        
[1/4]
     
[2/4]

        
[3/4]
     
[4/4]


























Balqis tersandar di kerusi. Boleh tahan dia ni. Huu....

Selepas beberapa hari melakukan solat istikharah, dia mendapat petunjuk dari Pencipta. Dipendekkan cerita, Aiman dan Balqis telah disatukan di dalam majlis yang sederhana, tetapi penuh barakah.



________________________________________________________________________________________________



"Assalamualaikum..." Aiman memberi salam. Balqis yang duduk termangu di gigi katil tersentak lalu menjawab salam.

"Rasanya saya perlu tahu sesuatu kan?" tanya Balqis tiba-tiba. Aiman hanya tersenyum. Mesti pasal SMS hari tu ni...

"Okey, dengar baik-baik ye Balqisku sayang." Aiman tergelak kecil sebelum menyambung bicara.

"Saya nak bercinta sampai ke syurga dengan satu-satunya isteri saya...ehem...itu pun kalau satulah..." Dia menoleh ke arah Balqis. Balqis hanya melemparkan pandangan berapi. Uishh... marah... kihkihkih...

"Tapi kalau cinta je memang tak cukup kalau nak ke syurga. Sebab tu saya kata kena ada ilmu, iman dan amal.

Nombor satu; ilmu. Ilmu akhirat saja tak cukup. Ilmu dunia pun kena ada. Tak kiralah ilmu yang belajar kat universiti ataupun ilmu yang kita kutip kat tepi jalan. Kalau kita takde ilmu payah kita. Atas dunia payah, kat akhirat berkali-kali ganda payah.

Yang kedua; nak bercinta sampai ke syurga kena ada iman. Kalau takde iman, mungkin saya akan berlaku zalim pada awak dan bakal zuriat kita. Kalau takde iman, mungkin awak tak mampu nak menanggung kepayahan semasa mengandung dan kesakitan semasa melahirkan anak. Kalau takde iman, bergaduh tentang hal-hal kecil je pun boleh membawa kepada penceraian.

Dan yang terakhir, amal. Bila kita dah ada dua kat atas tadi, jadi part amal ni takde masalah. Sebab kita faham fitrah masing-masing." Terang Aiman panjang lebar.

"Dan lagi satu...saya bukan ustazlah. Itu panggilan kawan-kawan saya masa di kampus dulu. Last-last melekat sampai ke rumah. Sampai mama dan ayah pun panggil panggilan yang sama."

Balqis membulatkan mata.

"Hah? Tapi dalam biodata yang ummi pass kat saya hari tu cakap awak kerja sebagai ustaz?"

"Takdelah. Mama punya kerjalah tu. Mungkin lepas kita kahwin ni saya takkan selalu ada dengan awak. Saya kerja offshore. Drilling engineer. Sebulan atas darat, sebulan kat pelantar. Kadang-kadang tak sampai sebulan pun. Bergantung kepada kerja jugak."

"Oh..." Balqis hanya menjawab ringkas. Entah mengapa, dia rasa lega.

"Saya nampak awak macam anti sangat dengan ustaz. Kenapa?" soal Aiman.

"Bukan...bukan anti...sebab...sepanjang hidup saya, saya tertengok banyak contoh yang tak baik sebenarnya. Kesannya agak dalam sampai saya jadi takut dan fobia.

Ada si fulan yang terlalu aktif dengan kegiatan dakwah sampai meninggalkan keluarga berbulan-bulan tanpa keperluan fizikal dan mental yang cukup. Yalah, berdakwah tu memang tuntutan agama, tetapi mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga semata-mata kerana dakwah bukan contoh yang diajar oleh Rasulullah saw.

Ada juga yang terlalu mencari akhirat, sampai dilupakan terus ilmu keduniaan. Anak-anak langsung tidak dihantar ke sekolah, sebaliknya hanya menuntut ilmu-ilmu Al-Quran dan hadis semata-mata. Saya kurang setuju dengan cara tu. Saya mahu bakal zuriat kita cemerlang ilmu dunia dan ilmu akhirat seperti saintis Islam zaman dulu. Mereka hafaz Al-Quran, tetapi mereka juga pakar dalam ilmu sains, perubatan, astronomi dan seni bina.

Sebab itulah saya tanya awal-awal dalam SMS hari tu, boleh ke awak jadi seimbang macam Rasulullah saw. Walaupun dia utusan Allah, tetapi dia seimbang dalam aspek keduniaan. Dia menuntut ilmu perniagaan, ilmu pentadbiran dan macam-macam lagi. Tak kurang juga, Baginda ada sense of humornya yang tersendiri bila bersama ahli keluarganya."

Aiman senyum dan mengangguk setuju.

"InsyaAllah. Saya pun manusia biasa jugak. Saya suka tengok bola, baca komik, bersukan dan macam-macam lagi. Kalau seimbang dari segi tu, impian awak ada bersama saya. Isteri saya ni macam perfectionist je orangnya. Kan?"

"Bukan perfectionist, tapi saya wanita yang ada prinsip hidup yang kuat. Biasalah, nak jadi orang kuat yang menyokong suami, saya sendiri kena kuat. Macam Ummul Mukminin. Tak gitu?" Balqis tersengih malu.

"Alhamdulillah. Nampaknya Allah betul-betul beri saya bidadari atas dunia lagi."


Terima kasih Allah...




________________________________________________________________________________________________


Moral:
  1. Seimbang dunia akhirat, itu yang terbaik. Waktu siang, kerja macam nak hidup lagi 1000 tahun, tapi malamnya kita beribadah macam esok nyawa kita ditarik.
  2. Tuntutlah ilmu banyak-banyak. Tak rugi pun.

Disclaimer:
  1. Cerita ni adalah rekaan saya semata-mata. Takde kaitan langsung dengan sapa-sapa. Tapi kalau ada, memang kebetulan sesangatlah tu. Mintak maaf kalau terasa.
  2. Rujuk no.1.


P/s: Terima kasih banyak-banyak model gambar kat atas tu. :P



0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...