![]() |
| My trip to SG during last January |
Sabtu, 15 Julai 2017
Something about life...
Sabtu, 9 Januari 2016
Secebis Za'ba
"Demikianlah orang yang merdeheka hati dan berhemah tinggi, sentiasa bergantung kepada dirinya sendiri walaupun masa ia masih budak lagi.Kebanyakan budak-budak dari masa kecilnya pun lagi sudah ada nampak bakat perasaan hendak bersendiri dan bergantung kepada kebolehan diri sendiri itu. Jika ia sudah mulai tahu berjalan umpamanya, ia suka hendak berjalan sendiri sahaja, tidak suka didukung atau dipegang-pegangkan tangannya oleh orang kerana hendak memelihara jangan ia jatuh, kecuali jika ia sudah penat. Maka kecenderungan demikian, sayugialah ditanam dan dilatihkan pada mereka. Misalnya jika budak itu jatuh yang tiada parah, maka tak usahlah dibangunkan, diambil, digosok, dipujuk dan sebagainya; biarkan dia sehingga ia bangun sendiri dan diam daripada menangisnya itu sendiri.
Walhasil kita sangat-sangatlah berhajat mesti menggalakkan perangai bergantung kepada diri sendiri ini mulai dilatihkan diri masa budak-budak pun lagi. Anak-anak mestilah dilatih perlahan-lahan membiasakan dirinya tahu membuat apa-apa sendiri, tahu berusaha sendiri, tahu berikhtiar sendiri, tahu berfikir sendiri, tahu menimbang sendiri, tahu menyelenggara dan memutuskan apa-apa halnya sendiri - hingga akhirnya tahu bersendiri dan merdeheka pada segala hal-ehwal yang berhubung dengan dirinya sendiri. Adapun jika pada orang yang sudah besar, yang tidak ada atau yang telah hilang daripadanya perangai bersendiri dan sifat merdeheka diri itu, kita wajib mengikhtiarkan dengan segala daya upaya supaya perangai itu hidup semula dan kembali padanya. Kerana faedahnya perangai ini amat besar bagi membantu kemajuan diri seseorang, dan dari situ kepada sesuatu bangsa yang terjadi daripadanya kumpulan tiap-tiap seorang itu."
[Petikan asal daripada buku "Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri", mukasurat 22]
[Tulisan Pendita Za'ba, Cetakan 1982.]
Buku ini halus tulisannya. Saya belum habis baca. Baru bab keempat. Namun ada sesuatu di mukasurat ini yang menjentik minda saya. Apa yang saya dapat rumuskan berdasarkan fenomena zaman sekarang:
1. Jangan terlalu manjakan (baca: spoil) anak-anak kita sehingga mereka sukar untuk berdikari. Benarkan mereka merasai kesusahan dan erti kehidupan sebenar. Agak menjelekkan dengan budaya zaman kini bila mana budaya "Saya-benci-saya-viral" semakin menjadi-jadi.
2. Sifat berusaha sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain untuk berjaya mesti dimulakan dari rumah; iaitu ibu dan bapa.
3. Untuk menjadi bangsa yang berjaya, harus bangkit dengan usaha sendiri. Jangan terlalu mengharap keistimewaan, kuota dan bantuan. Namun, kepincangan dan penyelewengan pemimpin yang terang lagikan bersuluh tidak boleh dibutakan mata dan pekakkan telinga.
4. Perlu berani dan kadangkala agresif dalam mencari ilmu dan kebenaran. Tidak hanya mendengar sesuatu tanpa menyelidiki ia terlebih dahulu.
Entri serius untuk permulaan tahun 2016 yang suram dan kelam, dari segi ekonomi dan sosio-politik semasa.
Ahad, 12 Ogos 2012
[Video] Offshore Life
Bismillahirrahmanirraheem.
Dulu beriya sangat nak pergi offshore, tapi lepas tengok video ni, rasa seram pulak. Haha. Mungkin untuk visit je boleh la kot, tapi untuk sampling...err...tak mampu rasanya nak dibuat dengan kudrat seorang wanita yang agak terbatas. Hehe.
Selasa, 22 November 2011
Father: A Man Of Words
Bismillahirrahmanirraheem.
What a rain. Terengganu is been cold for days. Not icy-cold though. It's just 25-28°C. Wet but refreshing indeed. This is one of the hidden ni'mah that we should be grateful for.
Back to the title, yes, it is all about a man of words - a father.
When I was a kid, I took an image of myself as an average kid that is not-so-rebellious, but extremely independent and love to do everything on my whim. In other word, I dislike the fact that my parents, father especially, get the full control on my life and my future without realizing that I am just a 3 or 4-years-old brat.
Since then, father already appointed to each of his kids, what they have to be in their future. For example, Abang to be a magistrate, me to be an accountant, Fakrul to be like this, Bibi to be a doctor and Adik to be like that.
Regardless, we are all now deviate so much from the his expectations. We strive on our own path of excellence.
Ahad, 16 Januari 2011
Misteri Dan Hebatnya Dalam Menilai Istilah CANTIK
![]() |
| Kim Tae Hee! :) |
Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular.
Sebab apa?
Sabtu, 25 Disember 2010
Ahmed Zewail : Saintis Islam Kedua Penerima Anugerah Nobel
Anda pernah dengar pemilik nama ini? Beliau adalah salah seorang sumber inspirasi terbesar dalam hidup saya. Apa-apa pun, mari kita tengok sedikit latar belakang hamba Allah ni.
Nama diberi Ahmed Zewail. Dilahirkan di Damanhour, Mesir pada 26 Februari 1946 tetapi dibesarkan di Disuq, Mesir.
Beliau merupakan saintis Islam yang kedua mendapat Anugerah Nobel dalam bidang kimia pada tahun 1999 selepas Prof. Abdus Salam, seorang warga Pakistan. Kajian beliau dalam bidang femtochemistry, membawa kepada penemuan Femto Second, iaitu kaedah mengesan pergerakan atom dan molekul menerusi sukatan waktu yang tepat.


