Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan

Khamis, 5 Januari 2012

Revise Balik Entri

Bismillahirrahmanirraheem.

Secara rasminya, ini adalah entri saya yang pertama untuk tahun 2012. Alhamdulillah. Yeay! :P

Mari kita lihat apa yang saya nak kongsikan hari ini:

"Jika anda menulis tentang cinta, perkahwinan dan rumahtangga, sedangkan anda belum berkahwin, baru berkahwin, baru anak seorang, anak dua, tiga, empat atau yang sulung baru masuk sekolah menengah, berlapik-lapiklah dalam memberi saranan dan pendapat kerana sesungguhnya ada banyak benda yang hakikatnya ANDA BELUM TAHU.
Nasihat ikhlas daripada penulis buku cinta best seller yang baru anak empat di usia perkahwinan sedekad."

Ini adalah petikan status Facebook Ustaz Hasrizal Abdul Jamil semalam. Saya rasa terkena se'cepuk' atas dahi. Sebelum ini, ada 2-3 entri saya yang berkisarkan tentang keibubapaan dan rumahtangga. Saya bimbang kalau-kalau entri tersebut berbau angkuh dan bongkak, sedangkan saya masih lagi bujang. Ehem. Memang kena revise dan muhasabah balik. Penekanan utama yang ingin dibawakan oleh Ustaz Hasrizal di sini ialah: tidak semestinya anda belum berkahwin, atau usia perkahwinan baru setahun jagung; jadi anda tidak layak untuk berbicara soal keibubapaan dan perkahwinan. Tidak, sama sekali tidak.

Apa yang penting di sini; pastikan ilmu tulis-menulis kita sudah cukup di dada. Kadang-kadang kita tidak sedar yang penulisan kita itu berbau riak dan takabbur, apatah lagi sombong. Sedangkan kita kurang atau tiada pengalaman langsung dalam bidang yang ditulis.

Nak tulis boleh, tetapi biarlah berpada-pada. Intonasi pembacaan setiap orang berbeza-beza. Mungkin kita maksudkan begini dan begini. Tetapi pembaca akan menilainya begitu dan begitu. Benda yang baik eloklah kita kongsikan, kerana pengalaman setiap orang itu berbeza-beza.

Jadi, moral value untuk hari ini ialah; berhati-hati dalam menulis. Kerana apabila anda menulis, banyak mata yang akan membaca dan banyak otak yang akan menganalisis tulisan anda. Pesanan terbaik untuk diri saya sendiri yang masih kurang ilmu untuk menulis. InsyaAllah :)



Rabu, 27 Julai 2011

Ihya Ramadhan!

Assalamualaikum!

Bersawang sudah blog ni. Mohon maaf kepada anda yang dah follow dan selalu singgah ke blog ni. Disebabkan keputusan internet sejak beberapa bulan, maka saya pun tak dapatlah nak mengupdate seperti biasa.

InsyaAllah, bila keadaan kembali seperti biasa, saya akan mula menulis. Tetapi buat masa terdekat, tiada post baru yang akan ditulis.

Apa-apa pun, selamat menyambut Ramadhan! Tak sabar nak berpesta ibadah! :)


Khamis, 17 Mac 2011

Tersalah SMS Lalu Bercinta

Tajuk sebuah novel dari Indonesia. Kelakar!
Baru-baru ini saya ada terbaca di akhbar tentang seorang gadis 18 tahun yang dinikahkan tanpa kerelaan di Thailand, gara-gara bercinta dengan seseorang yang disangkanya pegawai bank yang berumur 30-an dan masih bujang. Semuanya bermula selepas si 'pegawai bank' tersebut tersalah call nombor gadis berkenaan, lalu berlanjutan sehingga bercinta, tanpa melihat wajah masing-masing.

Pasangan tersebut ingin berjumpa, dan suatu hari berjumpalah mereka di perhentian bas yang saya tidak ingat di mana (blind date di bus stop adalah sangat tipikal, tahu?)


Rupa-rupanya 'pegawai bank' tersebut adalah seorang atuk yang berumur 68 tahun! Atuk dan rakannya lagi seorang membawa gadis itu dan bernikah di Thailand. Mereka bernikah, namun tahap nasib baiknya sangat tinggi. Kebetulan gadis tersebut ABC. (tak tahu apa itu ABC? rujuk sini)

Inilah namanya cinta SMS. Macam-macam.

Saya teringat, saya juga pernah dihubungi dan dihujani SMS-SMS rawak yang kononnya tersalah hantar.






Selasa, 15 Mac 2011

Si Puitis Dan Si Saintis


Tatkala saya membaca entri-entri beliau, hati saya cukup tenang. Saya cukup suka dengan gaya penulisan beliau, dan sehingga kini, beliau memang idola penulis saya. Kebanyakan gaya bahasa dan penulisan saya juga kadang-kadang di pengaruhi oleh beliau. Tidak lain tidak bukan - Dr. Faisal Tehrani.

Sungguh, hati saya cukup gelisah memikirkan situasi yang berlaku pada akhir-akhir ini. Ah, bencana alam sana sini. Tanda-tanda kiamat makin jelas. Mampir dengan pantas.

Saya terfikir, sempatkah aku bertaubat? Sempatkah aku nak buat itu? Sempatkah aku nak buat ini? Otak mencongak sendiri.

Rasanya, saya agak terleka dengan duniawi dua tiga hari ini. Kerja-kerja yang dibuat bukan pada tahap optimum.

Jadi, apa kaitannya dengan tajuk entri ni? 






Sabtu, 22 Januari 2011

Wishlist Buku 2011

Hmm. Keinginan untuk membaca buku-buku ni dah lama bersarang dalam hati sebenarnya. Cuma tak sempat nak keluar dan beli je. Mungkin boleh try beli online. Harap-harap tahun ni saya berjaya kumpulkan semua buku ni. Hehe.



#1 - Buku ni 1st!






Jumaat, 31 Disember 2010

New Year? It's Just Another Day

Acara wajib - bunga api

Sekadar entri ringkas mengenai ketibaan 1 Januari 2011. Esok tahun baru. Semua orang tahu kan? Yelah, ikut kalendar Gregorian (masihi) esoknya adalah tahun baru. Kalau ikut kalendar Islam, 1 Muharam dah jatuh pada 7 Disember yang lalu.

Seperti tajuk saya di atas, "New year? It's just another day". Sejujurnya, saya tidak pernah mempunyai azam tahun baru. Kerana saya tahu saya tidak akan pernah mencapainya. Pernah sekali saya mencuba untuk mempunyai azam tahun baru. Yang kelakarnya, saya sendiri tak ingat apa yang saya azamkan. Ini yang dinamakan amalan sekadar ikut-ikutan, bukannya fahaman. Takde penghayatan kata orang.

Bagi saya, azam ialah matlamat. Dalam erti kata lain, cita-cita yang kita ingin capai dalam tempoh masa tertentu. Setiap hari saya ada azam. Azam untuk melakukan dan menghabiskan itu dan ini.

Dan bagi saya juga, azam bukannya 'hak eksklusif' tahun baru. Bila menjelang tahun baru sahaja, mulalah semua sibuk-sibuk untuk memikirkan azam tahun baru. Entah tercapai entah tidak. Atau sekadar ikutan.

"Alah, orang lain ada azam tahun baru. Aku pun nak ada azam tahun baru jugak."

Adakah anda salah seorang daripada mereka? Kalau ya, ubahlah mentaliti anda dari sekarang. Tahun baru hanyalah suatu hari.

Tahukah anda, tradisi menyambut tahun baru Masihi bukanlah tradisi yang diamalkan oleh Islam. Jadi, perkara yang tidak penting seperti ini tidak perlulah dipenting-pentingkan. Konsert, bunga api dan menunggu detik 12 malam di mana-mana (yang pastinya bukan di rumah ya) adalah acara wajib setiap tahun.

Apa-apa pun satu sahaja harapan saya, semoga hari esok lebih baik dari hari ini. Dan cycle ini harus berterusan sampai bila-bila. InsyaAllah.



P/s: semakin bertambahnya usia, harapnya kematangan lebih bertambah (pesanan untuk diri sendiri).


Selasa, 28 Disember 2010

Selamat Hari Lahir Fakrul!

Alhamdulillah, walaupun Allah menarik sekejap nikmat air di bumi Pulau Pinang hari ini, namun ianya sesuatu yang sangat bagus. Jarang sekali pemandangan seluruh penghuni desasiswa bangun awal sebegini. Semuanya gara-gara tiada air. Saat azan Subuh berkumandang, saya tersedar dari tidur. Bunyi air di dalam shower sudah kedengaran. Wah, ramainya bangun awal pagi ni!

Entri kali ini lebih bersifat peribadi dan pendek saja, demi meraikan adik yang seorang ini. Hari ini adalah hari lahir adik lelaki saya, Fakrul yang ke 20. Sanah helwa ya akhi!

Fakrul yang baru boleh merangkak ketika ini. Di belakangnya abang saya, saya di hadapan,
dan di belakang saya sepupu, Kak Cumi.


Sebelum memasuki alam persekolahan, saya dan abang saya selalu bermain bersama. Tidak kiralah ke mana-mana, saya suka mengikut abang saya bermain. Sebab itulah sewaktu kecil, saya tidak mempunyai ramai kawan perempuan. Seingat saya hanya seorang sahaja kawan perempuan yang saya ingat-ingat lupa. Azie namanya, kalau tak silap. Kebanyakkan barang permainan juga boy-like. Kalau abang saya main pedang, saya pun main pedang.

Kedatangan adik saya si Fakrul ni boleh dikatakan menambahkan geng kami. Tetapi malangnya beliau lebih 'suka' untuk 'memusnahkan' barang permainan kami yang berbakul-bakul itu. Bila diingatkan kembali, memang manis rasanya saat ketika kecil-kecil dahulu.

Satu insiden yang paling tidak boleh dilupakan, ketika itu beliau berumur 1-2 tahun. Saya dan abang mempunyai pedang bercahaya. Abang saya yang panjang dan bercahaya putih, manakala saya yang pendek, bercahaya hijau. Malangnya, pedang itu telah dipatahkan oleh si kecil Fakrul. Memandangkan pedang abang sudah patah, maka saya tiadalah geng untuk lawan-lawan pedang. Saya dengan sengaja mematahkan pedang sendiri. Terasa sangat comel bila mengingatkan kenakalan masing-masing ketika kecil.

Sekarang beliau sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya (UM) dalam bidang ekonomi. Baru tahun satu.

Saya dengan adik lelaki yang seorang ni agak serasi kerana kami banyak persamaan.

Satu perkara yang membuatkan saya terharu ialah; ketika kami sekeluarga dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghantar beliau ke UM. Ketika itu beliau sedang bercerita mengenai rakan-rakan sekolahnya, yang dapat memasuki universiti itu dan ini. Tiba-tiba, terkeluarlah satu ayat:

"Niat aku, memang aku nak lawan dengan kakak aku. Dan sekarang, aku dah berjaya mengatasi dia."

Apa perasaan anda jika anda tahu ada yang menjadikan anda sebagai inspirasi dan idola hidup? Saya ketika itu hanya tersenyum, padahal dalam hati, bangga bukan main. Nampaknya saya telah berjaya memberikan contoh yang terbaik untuk adik-adik saya. Alhamdulillah. Dan perlu lebih baik lagi pada masa hadapan. InsyaAllah.


P/s: post saya di wall FB beliau; hepi besday bro! (ganasnya kakak dia. hehe)




 


Ahad, 5 Disember 2010

Entri ke-2: Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

Alhamdulillah.

Walaupun kesihatan kurang memberangsangkan sehari dua ni, akhirnya berjaya juga saya siapkan layout, settings yang dikehendaki dan sebagainya untuk blog saya ni.

Sebenarnya bukannya susah sangat nak bangunkan blog ni. Cuma memerlukan kesabaran yang tinggi. Itu pendapat saya. Iyalah, kadang-kadang internet terputuslah, itulah, inilah. Macam-macam dugaan. Tetapi akhirnya, inilah setting terakhir yang saya rasa saya berpuas hati.

InsyaAllah, melalui blog yang tidak seberapa ini, akan saya kongsikan isu-isu dan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Juga my playful side. Hehe.

Okey, selamat menonton video yang best di bawah ni. Hilangkan stress. :)


Maka, lahirlah blog saya...



Tahniah!

Blog saya telah dilahirkan secara rasmi pada pukul 9.52 pagi, hari Ahad bersamaan 5 Disember 2010. Sudah hampir ke penghujung tahun nampaknya.

Sebenarnya blog ini dihasilkan akibat rasa bosan yang melampau. Yelah, sebelum ini asyik membelek Facebook je. Jadi lepas ni, saya dah ada satu benda baru untuk dibuat! Yeay!

Untuk kalian yang sedang membaca, blog saya ini masih under construction. Budak baru belajarlah katakan...

Minta maaflah kalau ada setting yang lari sana-sini. Buat blog ni pun main try and error je...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...