Jumaat, 31 Disember 2010

New Year? It's Just Another Day

Acara wajib - bunga api

Sekadar entri ringkas mengenai ketibaan 1 Januari 2011. Esok tahun baru. Semua orang tahu kan? Yelah, ikut kalendar Gregorian (masihi) esoknya adalah tahun baru. Kalau ikut kalendar Islam, 1 Muharam dah jatuh pada 7 Disember yang lalu.

Seperti tajuk saya di atas, "New year? It's just another day". Sejujurnya, saya tidak pernah mempunyai azam tahun baru. Kerana saya tahu saya tidak akan pernah mencapainya. Pernah sekali saya mencuba untuk mempunyai azam tahun baru. Yang kelakarnya, saya sendiri tak ingat apa yang saya azamkan. Ini yang dinamakan amalan sekadar ikut-ikutan, bukannya fahaman. Takde penghayatan kata orang.

Bagi saya, azam ialah matlamat. Dalam erti kata lain, cita-cita yang kita ingin capai dalam tempoh masa tertentu. Setiap hari saya ada azam. Azam untuk melakukan dan menghabiskan itu dan ini.

Dan bagi saya juga, azam bukannya 'hak eksklusif' tahun baru. Bila menjelang tahun baru sahaja, mulalah semua sibuk-sibuk untuk memikirkan azam tahun baru. Entah tercapai entah tidak. Atau sekadar ikutan.

"Alah, orang lain ada azam tahun baru. Aku pun nak ada azam tahun baru jugak."

Adakah anda salah seorang daripada mereka? Kalau ya, ubahlah mentaliti anda dari sekarang. Tahun baru hanyalah suatu hari.

Tahukah anda, tradisi menyambut tahun baru Masihi bukanlah tradisi yang diamalkan oleh Islam. Jadi, perkara yang tidak penting seperti ini tidak perlulah dipenting-pentingkan. Konsert, bunga api dan menunggu detik 12 malam di mana-mana (yang pastinya bukan di rumah ya) adalah acara wajib setiap tahun.

Apa-apa pun satu sahaja harapan saya, semoga hari esok lebih baik dari hari ini. Dan cycle ini harus berterusan sampai bila-bila. InsyaAllah.



P/s: semakin bertambahnya usia, harapnya kematangan lebih bertambah (pesanan untuk diri sendiri).


0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...