Rabu, 8 Disember 2010

Wahai Bakal-bakal Suami, Adakah Anda Masih Ada Hak Eksklusif Ini?

10 soalan cepumas. Setiap soalan bernilai 10 markah. Khas untuk lelaki-lelaki di luar sana yang bakal menjadi seorang suami pada suatu hari nanti. Sekiranya anda telah menjumpai bakal teman seumur hidup anda, tanyalah isteri anda nanti, jika markah yang diperolehi 100%, maka andalah orang yang paling bertuah di dunia dan di akhirat nanti. InsyaAllah.







Soalan 1:

Andalah cinta pertama isteri anda.    [Ya / Tidak]


Soalan 2:

Andalah orang pertama yang memegang tangan isteri anda.    [Ya / Tidak]


Soalan 3:

Andalah orang pertama yang mendengar suara bangun tidur isteri anda.    [Ya / Tidak]


Soalan 4:

Andalah orang pertama yang keluar berdua-duaan dengan isteri anda.     [Ya / Tidak]


Soalan 5:

Andalah orang pertama yang mendengar suara manja isteri anda di telefon.    [Ya / Tidak]


Soalan 6:

Isteri anda pertama kali membonceng motosikal dengan seorang lelaki iaitu anda.    [Ya / Tidak]


Soalan 7:

Andalah lelaki pertama yang melihat segala auratnya yang tersimpan rapi.    [Ya / Tidak]


Soalan 8, 9 dan 10 saya tinggalkan kepada anda untuk isikan. (sebenarnya tak dapat fikir dah. hehe.)






Kesemua soalan yang saya ajukan di sini adalah mengenai tentang tingkah laku seorang wanita itu sendiri. Semua soalan itu terpulang kepada anda untuk menginterpretasikannya. Mungkinkah anda menjumpai wanita sebegini? Jawapan itu ada pada Allah, dan mungkin hint nya ada pada diri anda.

Mari muhasabah diri. Diri kita adalah cerminan atau pantulan kepada bakal pasangan kita nanti. Masih ingat petikan ayat Al-Quran ini?



Maksudnya:

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.


Ingat, hanya ibu bapa yang terbaik yang akan menghasilkan generasi penyambung yang terbaik. Usia muda bukanlah untuk enjoy semata, tetapi menjadi platform atau titik tolak untuk kita bersedia memikul tanggungjawab selepas berumahtangga. Pesanan untuk diri saya sendiri dan anda yang setia membaca. Semoga bermanfaat. Wallahua'lam.




0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...