Ahad, 19 Disember 2010

Wanita, Jangan Tambahkan Dosa Bapa/Suami Anda

Saya kategorikan diri saya sebagai seorang pemerhati. Seorang sahabat yang memerhatikan sahabatnya yang lain, seorang anak yang memerhatikan kedua ibu bapanya, seorang kakak yang memerhatikan adik-adiknya, seorang pelajar yang memerhatikan guru-gurunya dan yang paling penting, seorang saudara seakidah yang memerhatikan muslimah-muslimah masa kini.

Ya, kita semua tidak sempurna. Saya pun tak sempurna. Masih banyak lagi lompang-lompang ketidaksempurnaan yang perlu disempurnakan.

Contoh yang paling mudah, aurat. Fesyen zaman sekarang kebanyakannya hanya mengikut konsep 'tutup urat, bukan tutup aurat'. Tudung yang asalnya besar dan panjang, dililit-lilit, disingkat-singkat, dipusing-pusing; sehingga kain yang besar dan panjang tadi kelihatan seperti secebis kain yang kecil. Tidak cukup untuk menutup apa yang perlu.


Sopan dengan tudung kecil? Sopan ke?


Apa gunanya tangan baju yang labuh itu disinsing hingga ke paras siku. Lebih baik anda pakai sahaja baju lengan pendek. Kan mudah begitu? Perihal pemakaian legging juga sangat menyakitkan mata yang memandang. Bagi saya, kalau pakai legging sama sahaja seperti tidak berseluar. Itu perihal aurat. Tepuk dada tanya iman.



Perihal couple? Bila berpasangan mesti ada keinginan untuk berdating, berSMS, bergayut 24 jam dan sebagainya. Hati saya menjadi sakit melihat rakan-rakan sendiri yang bercouple, suaranya apabila bercakap di telefon dengan pakwe masing-masing...masyaAllah. Kalau saya yang perempuan pun boleh rasa 'seriau' lain macam, cuba bayangkan kalau lelaki yang mendengarnya.




Yang lebih menyedihkan apabila kebanyakan mereka ini terlibat dengan cinta 'anta anti'. Mereka terdiri dari golongan yang tahu, tetapi buat-buat tak tahu. Akibat dah 'terlanjur' bercouple, jadi rasa sayang dan rugi nak putuskan. Bimbang takkan bertemu lagi dengan insan sebaik itu. Nauzubillahiminzalik. Minta dijauhkan.

Ingatlah wahai wanita, selagi anda belum berkahwin, bapa anda turut mendapat saham dosa anda. Begitulah juga bagi yang telah bersuami. Selagi mereka tidak menegur perbuatan anda, maka berkongsilah saham anda dengan suami atau bapa anda.

Tutuplah aurat dengan sempurna. Begitulah juga di alam maya seperti di Facebook atau mana-mana website yang lain.

Dalam Islam tak cakap pun wajib pakai tudung labuh, jubah, atau niqab (purdah). Syaratnya, menutup seluruh badan kecuali tapak tangan dan muka je. Tapi ramai yang terperangkap dengan 'hanya muka dan tapak tangan' ni. Sebab itulah ada yang cakap pakai legging tak salah kan? Alah, tutup jugak...

Fahami dan dalami konsep menutup aurat dengan betul. Batas pergaulan juga kena jaga. Mari kita buat checklist:


  1. Perlu ke keluar berhibur malam-malam walaupun hanya dengan kawan perempuan? (tak kisahlah karaoke ke, shopping ke, apa ke. Perempuan tak elok keluar malam-malam...)
  2. Perlu ke menunggu tiket wayang midnight
  3. Perlu ke upload semua gambar yang ada dalam laptop dan handphone anda ke Facebook dan blog?
  4. Perlu ke bercouple jika rasa perjalanan untuk menamatkan zaman solo tu lama lagi?
  5. Perlu ke fesyen yang sentiasa up-to-date tu? (kalau fesyen yang auratnya tertutup dengan sempurna tu takpelah jugak...)
  6. Perlu ke _______________________ dll (anda isi sendiri)


Kasihankanlah bapa dan suami anda...jangan tambahkan bebanan mereka lagi...jangan tambahkan saham dosa akhirat mereka lagi...anda tak sayang bapa/suami anda? Renung-renungkan dan selamat beramal...



P/s: pesanan untuk diri sendiri juga. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini. InsyaAllah :)


0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...