Sabtu, 25 Disember 2010

Ahmed Zewail : Saintis Islam Kedua Penerima Anugerah Nobel

Anda pernah dengar pemilik nama ini? Beliau adalah salah seorang sumber inspirasi terbesar dalam hidup saya. Apa-apa pun, mari kita tengok sedikit latar belakang hamba Allah ni.




Nama diberi Ahmed Zewail. Dilahirkan di Damanhour, Mesir pada 26 Februari 1946 tetapi dibesarkan di Disuq, Mesir.


Beliau merupakan saintis Islam yang kedua mendapat Anugerah Nobel dalam bidang kimia pada tahun 1999 selepas Prof. Abdus Salam, seorang warga Pakistan. Kajian beliau dalam bidang femtochemistry, membawa kepada penemuan Femto Second, iaitu kaedah mengesan pergerakan atom dan molekul menerusi sukatan waktu yang tepat.



Penemuan tersebut dikatakan berupaya mengesan ukuran jarak dalam unit bagi pergerakan molekul iaitu bersamaan dengan 1/100 juta sentimeter manakala kelajuan berdasarkan satu kilometer sesaat. - Wikipedia.


Saya akui, saya pun kurang arif tentang bidang femtochemistry. Minat saya lebih cenderung ke arah medicinal chemistry dan petroleum. Tetapi dalam bahasa mudahnya, femtochemistry ialah kajian mengenai tindakbalas kimia yang teramat-amat pantas. Terlalu luar biasa pantasnya. Sekelip mata pun tak boleh lawan, kerana kelajuan tindakbalasnya tak sampai satu saat.


Untuk pengetahuan anda, 1 femto saat bersamaan dengan 10-15 saat. Atau 0.000 000 000 000 001 saat.



Beberapa fakta menarik pada pandangan saya, diambil dari laman ini mengenai kisah hidup Dr.Ahmed Zewail. Benarlah kata orang, kehebatan seseorang banyak berkait rapat dengan bagaimana kehidupan dan kecenderungannya ketika kanak-kanak.

  • Ibu bapanya begitu mengharapkan beliau menjadi seorang profesor. Malah sejak kecil lagi, ibu bapanya telah meletakkan tanda nama "Dr. Ahmed" di bilik bacaannya.


  • Minatnya dalam bidang matematik dan kimia bermula sejak kecil. Beliau pernah membina beberapa buah alat uji kaji termasuklah sebuah radas daripada alat pembakar milik ibunya (yang digunakan untuk membuat kopi).


  • Selain membaca, beliau sangat meminati muzik.


  • Beliau tidak meminati Sains Sosial kerana ia memerlukan seseorang itu mengingat sesuatu subjek sedangkan beliau lebih suka bertanya "kenapa" dan "bagaimana".


  • Bapa kepada empat orang cahaya mata itu memiliki dua kewarganegaraan iaitu Mesir dan Amerika Syarikat.


  • Beliau memegang dua jawatan profesor di Caltech iaitu Profesor Fizik dan Kimia.




Buat masa ini, beliau menetap di California bersama isterinya, Dena Zewail yang merupakan ahli perubatan di University of California, Los Angeles (UCLA) setelah mendapat kerakyatan Amerika Syarikat pada tahun 1982.

Apa yang saya nak sampaikan di sini, segala-galanya bermula daripada kita dan siapa yang mencorakkan kita. Tentukan matlamat hidup anda, alihkan pandangan anda. Tetapkan pandangan anda ke arah matlamat hidup anda. Carilah sumber inspirasi yang anda rasa anda boleh jadikan contoh untuk terus maju dalam hidup. Inilah yang dinamakan passion




P/s: Mungkin anda adalah the-next-person yang bakal menerima anugerah ini? Who knows? Only Allah knows. Pray hard, work hard. InshaAllah.




0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...