Khamis, 30 Disember 2010

Pengajaran Dari Anak Berusia 8 Tahun

Safiyah (bukan nama sebenar) baru sahaja mencapai umur 8 tahun. Setiap pagi, Safiyah akan ke sekolah agama (kebetulan sesi pagi).


Gambar hiasan


Pada suatu hari, ustazahnya di sekolah ada bercerita tentang perihal menutup aurat dan dosa jika membuka aurat. Safiyah sungguh-sungguh mendengar cerita ustazah tersebut, walaupun ada rakan-rakan yang mencucuknya untuk bermain itu dan ini di bawah meja.


"Kalau orang perempuan tak pakai tudung bila keluar rumah, nanti payudaranya kena gantung dalam neraka." kata ustazah. 


Safiyah mengangguk-angguk. Lantas, dia teringat ibunya di rumah. Terbayang di fikirannya wajah ibunya. Ibunya memang bertudung jika hendak keluar ke mana-mana. Tetapi seringkali Safiyah melihat ibunya turun membersihkan halaman rumah tanpa bertudung.

Sedangkan kawasan rumahnya bukanlah dikelilingi oleh pagar batu yang tertutup atau jarak rumah yang jauh-jauh, tetapi kawasan perumahan yang terbuka. Sesiapa yang lalu-lalang pasti akan ternampak.


Pulang sahaja dari sekolah agama, Safiyah melihat ibunya sedang menyapu daun-daun kering di halaman rumah. Setelah menyapa ibunya, dia masuk ke dalam rumah.


Beberapa ketika selepas itu, ibu Safiyah masuk ke dalam rumah sambil bertanya kepada anak keduanya itu yang sedang berehat di atas sofa sambil menonton televisyen.


"Ustazah ajar apa kat sekolah hari ni?" tanya ibu.
"Mama, ustazah ajarkan, kalau kita keluar rumah tak pakai tudung, nanti kan, payudara kita kena gantung dalam neraka tau mama." balas Safiyah dengan muka yang sangat innocent


Ibu Safiyah mungkin terkena suatu tamparan hebat dek kata-kata anak kecilnya itu. Dan sejak dari itu, Safiyah tidak pernah lagi melihat ibunya tidak bertudung saat keluar rumah. Walaupun hanya untuk menyidai pakaian.

Moral of the story:

  1. Kalau ada di antara kita yang memiliki ibu bapa/ saudara-mara/ kawan-kawan yang masih belum mendapat hidayah Allah untuk kembali ke jalan yang benar, kita yang mendapat hidayah ni harus menunjukkan contoh teladan yang baik jika tidak mampu menegur secara face-to-face
  2. Kadang-kadang ada ibunya free-hair, tetapi anaknya bertudung litup (memang muslimah sejati). Teruskan pemakaian anda seperti itu, semoga ibu anda sedikit demi sedikit terbuka hati dengan sendiri untuk menutup aurat.
  3. Perihal solat pula, jika ada insan-insan terdekat yang tidak solat, amalkan solat secara terbuka. Terbuka di sini bermaksud supaya mereka nampak yang anda sedang solat. Buka pintu bilik anda luas-luas.
  4. Berdakwah bermaksud menyampaikan. Penyampaian ada banyak cara. Yang penting mesti hikmah dan kena pada tempat dan orangnya. Semoga kita semua mendapat hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah.

Rasulullah bersabda, "Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.

P/s: cukupkah kita dengan selemah-lemah iman?







0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...