Selasa, 15 Februari 2011

Muslimah, Apa Sudah Jadi?

Semalam, saya memulakan perjalanan ke kelas dengan menaiki bas bermula dari bus stop dekat Palapes. Alhamdulillah, kali ni dapat duduk. Selalunya macam tu lah, adakalanya dapat duduk, kadang-kadang kena berdiri.


Di sebelah saya ada 2 orang siswi yang sedang berdiri. Mereka berborak-borak tentang acara Temasya Olahraga Tahunan (TOT) yang bakal berlangsung di USM tak lama lagi. Untuk pengetahuan anda, TOT adalah acara tahunan USM.

Berikut adalah antara borak-borak yang dapat ditangkap oleh telinga saya:

Siswi A: Eh, kau dah dapat baju TOT tu?

Siswi B: Dah...besar gila.

Siswi A: Kan? Aku jeles dengan budak laki. Baju diorang dapat semuanya ngam-ngam je ngan body diorang.

Siswi B: Yelah kan. Tak macam kita. Baju tu terlampau besar la. Aku rasa macam muslimah la pulak.

Saya: ????????????????


Saya secara spontan dalam hati berkata, 'Astaghfirullah! Tak sedar ke diorang ni? Dah tu sekarang ni pakai agama apa? Bukan Islamkah?'

Mahu sahaja saya sound mereka di situ. Hissh. Geram betul.

Wanita-wanita Muslimah yang saya sayangi sekalian, tolonglah hentikan gangguan seksual terhadap lelaki. Bukan semua lelaki Muslim yang tinggi imannya. Setinggi-tinggi iman lelaki pun boleh hancur lebur mukhlisin dek kerana seorang wanita seperti anda. Tengok gambar di bawah:



Ini semua gambar wanita Muslimah. Pakai tudung kan? Islam lah tu...


Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.”


Renung-renungkan dan selamat beramal!





0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...