Isnin, 7 Februari 2011

Artikel Pertama Saya Di Dewan Kosmik Sudah Diterbitkan!

Cover edisi Feb 2011
Alhamdulillah. Segala puji bagi Dia yang melancarkan urusan segala-galanya. Walaupun dengan keadaan kesihatan yang sangat kurang memuaskan sejak pulang dari Terengganu, namun saya tersenyum lebar apabila mendapat tahu artikel yang saya tulis dan hantar pada akhir tahun lepas sudah pun diterbitkan pada edisi bulan ini.

Jika anda berkesempatan, belilah majalah Dewan Kosmik keluaran Februari 2011 (bulan ni) dan lihat pada segmen 'Kejuruteraan Kimia' pada mukasurat 44 dan 45 bertajuk: 'Bahan toksik: ancaman dalam diam'.


Artikel banyak berkisar tentang bahan-bahan toksik yang berlambak dalam pasaran, sama ada terang-terangan (macam kalium bromat) ataupun yang tersembunyi dalam produk-produk makanan dan kosmetik.



Mukasurat 44

Ok, zoom sikit. Sedikit berbunga-bunga bila nampak nama kita terpampang kat situ. Hehe. Opps, by the way, penulis kedua tu adalah lecturer saya. Beliau yang tukang cek artikel ni sebenarnya.

Mukasurat 45

Artikel ni lebih kurang macam proposal untuk projek tahun akhir saya sebenarnya. Sebab dalam artikel ni jugak, saya ceritakan bagaimana ujian ketoksikan dijalankan terhadap sesuatu sampel yang dikehendaki. Dalam kes ni, saya menggunakan brine shrimp. Udang ni biasanya digunakan sebagai makanan kepada ikan kecik.

Saya juga menulis dengan tujuan untuk memberi kesedaran kepada pengguna mengenai tahap keselamatan produk makanan dan kosmetik yang berlambak di pasaran pada hari ni. Banyak sangat bahan-bahan kimia yang tersembunyi yang kita tak tahu, malah kita fikir ianya bagus untuk kesihatan. Sedangkan bahan tersebut memang merbahaya, sintetik dan disintesis dalam makmal.

Maka, marilah berbalik kepada asal. Gunakan sumber yang memang selamat dan terjamin status halalnya, seperti ekstrak tumbuh-tumbuhan.

Maaf, screenshotnya separuh je. Nak baca full version, sediakan duit RM6 dan dapatkan di kedai yang terdekat. Hihi.




P/s: Setelah lebih 3 kali direject oleh lecturer, maka inilah hasilnya. Fuuu.




0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...