Isnin, 21 Mac 2011

Diari Seorang Bibliophile

Sarah tidak mengetahui bahawa dia adalah seorang bibliophile sejak kecil. Semenjak awal persekolahan, ibu bapanya selalu membelikan buku kepadanya. Buku yang dibeli kadang-kadang berunsurkan cerita kanak-kanak, adakalanya lebih mengarah kepada akademik dan ilmiah. Di rumahnya ada beberapa rak buku. Dan beliau sangat sukakan buku.

Selain daripada gemarkan buku, Sarah juga suka 'melepak' di perpustakaan sewaktu cuti hujung minggu. Berbekalkan basikal bertayar getah berwarna-warni itu, Sarah mengayuh ke arah perpustakaan komuniti yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Tabiatnya itu berterusan sehingga ke alam sekolah menengah sehinggalah ke universiti tempat belajarnya sekarang.

Apabila berada di perpustakaan, beliau tidak dapat menahan diri daripada meminjam buku. Yang pasti, jumlahnya akan melebihi 3 buah. Antara kegilaan yang paling gila, Sarah seakan ketagih dengan bau buku. Terutamanya bau buku-buku lama yang kertasnya sudah kekuningan.

Sarah kurang gemar dengan buku berkulit nipis. Tetapi beliau gemarkan buku berkulit tebal yang mukasuratnya melebihi 300 helai. Di universiti, beliau lebih senang berada di bahagian buku-buku medikal, ubat-ubatan, kesihatan dan sains. Beliau juga menggemari buku-buku ilmiah yang bercorak keagamaan serta masakan.

Selain daripada perpustakaan, beliau amat gemar bertandang ke kedai-kedai buku walaupun tidak berniat untuk membelinya. Bagi Sarah, tempat yang paling menyenangkan hatinya ialah kedai buku. Hatinya riang jika dapat memegang buku, terutamanya yang tebal-tebal. Di ruang biliknya juga dipenuhi buku. Dia tidak akan teragak-agak untuk membeli buku yang sudah lama diidamkan sekiranya dijual di mana-mana.

Kegilaannya kepada buku juga bukan terhad kepada rumah, kedai buku dan perpustakaan. Ketika berkunjung ke rumah sanak-saudara juga, beliau akan melilau ke bahagian rak buku rumah tersebut bagi menghilangkan bosan.

Itulah Sarah - seorang bibliophile tegar.

Anda tahu apa itu bibliophile?

Bibliophile ialah sekelompok manusia yang terlalu cintakan buku dan suka mengumpul buku - erti kata lain ulat buku.

"Bibliophiles do not necessarily want to possess the books they love; an alternative would be to admire them in old libraries. However, the bibliophile is usually an avid book collector, sometimes pursuing scholarship in the collection, sometimes putting form above content with an emphasis on old, rare, or expensive books, first editions, books with special or unusual bindings, autographed copies, etc."- Wikipedia

Anda ada ciri-ciri di atas? Awas, anda adalah seorang bibliophile! Err. Sekiranya sikap anda berlawanan, anda adalah bibliophobia. Fobia dengan buku.


P/s: sebenarnya Sarah itu ialah saya.

P/s/s: suka pinjam buku, tapi kadang-kadang tak habis baca pun. :P

P/s/s/s: suka baca buku je. Result exam tak gempak pun. Haha.


0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...