INNA LILLAHI WA INNA ILAHI RAJI'UN When a Muslim is struck with a calamity, when he loses one of his loved ones, or when he has gone bankrupt, he should be patient and say this statement, the meaning of which is : "We are from Allah and to hom we are returning." Muslims believe that Allah is the One who gives and it is He takes away. He is testing us. Hence, a Muslim submits himself to Allah. He is grateful and thankful to Allah for whatever he gets. On the other hand, he is patient and says this expression in times of turmoil and calamity.
Khamis, 21 April 2011
Common Islamic Phrases You Need To Know
INNA LILLAHI WA INNA ILAHI RAJI'UN When a Muslim is struck with a calamity, when he loses one of his loved ones, or when he has gone bankrupt, he should be patient and say this statement, the meaning of which is : "We are from Allah and to hom we are returning." Muslims believe that Allah is the One who gives and it is He takes away. He is testing us. Hence, a Muslim submits himself to Allah. He is grateful and thankful to Allah for whatever he gets. On the other hand, he is patient and says this expression in times of turmoil and calamity.
Jumaat, 15 April 2011
Kembara 23 Tahun Di Bumi Tuhan
Saya agak terkejut sebenarnya kerana hari ulangtahun kelahiran saya pada tahun ini jatuh pada hari yang sama ketika saya dilahirkan 23 tahun yang lalu. Iaitu hari Jumaat. Sekali lagi saya terkejut apabila, waktu masuknya solat subuh pada hari ini ialah pada pukul 5.55 pagi, iaitu sama dengan waktu kelahiran saya.
Kata mama, sebaik sahaja saya keluar dari rahim beliau, kebetulan azan subuh berkumandang. Subhanallah. Rasa kagum tidak terucap. Waktu subuh waktu yang paling nyaman dan indah.
Terima kasih kepada semua yang mengucapkan selamat kepada saya. Cukup terharu. Orang pertama pada tahun ini ialah adik saya, Bibi. Terima kasih adikku sayang.
Kemudian disusuli oleh abang, Fakrul dan adik serta rakan-rakan di Facebook mahupun sahabat trio kimia saya, Ida dan Fara.

Selasa, 12 April 2011
Maaf, Saya Sedang Bercinta
Suatu hari, seusai berbual dengan mama saya di telefon sebelum tiba waktu kuliah, rakan saya di sebelah menegur:
"Borak dengan siapa tadi?"
Saya tersengih dan menjawab ringkas, "Dengan mak. Kenapa?"
Kelihatannya beliau sedikit terkejut. "Romantiknya. Macam dengan pakwe."
Saya ketawa besar. Bukan kali pertama kejadian ini berlaku. Ketika berada di zaman matrikulasi dulu pun, rakan-rakan sebilik pelik melihat saya bercakap telefon dengan abang saya yang ketika itu sedang menuntut di Sarawak. Peluang untuk bertemu mata dengan beliau agak sukar, jadi telefonlah yang menjadi penghubung kami sekeluarga.
"Cakap telefon dengan abang macam dengan pakwe." Lagi.
Isnin, 11 April 2011
Kucing Juga Makhluk Tuhan Seperti Anda
Petang ini, saya tergelak besar apabila mendapat satu MMS yang dihantar oleh adik perempuan saya, Bibi. Kandungan MMS tersebut adalah gambar mama saya yang sedang tidur nyenyak bersama baby kucing baru keluarga kami yang bernama Ng. Kata Bibi, mama baru sahaja memandikan Ng dan adik-beradiknya yang lain. Elok sahaja berbungkus. Tapi, kenapa dengan kain buruk? Huhu.
![]() |
Bibi guna kain buruk. T___T |
Sekali lagi saya ketawa apabila Bibi memberitahu nama-nama baby kucing tersebut. Ku, Chi dan Ng. Asalnya daripada perkataan 'kucing'. Maka, disebabkan mereka tiga bersaudara, Bibi meletakkan nama begitu kepada mereka. Ah, nakal juga si Bibi ni.
Langgan:
Catatan (Atom)