Sabtu, 30 April 2011

Oh, Artwork-ing Addiction!

Salam alayk. Hey guys, do you see anything new on my blog layout? Currently, I tried to get back on my old hobby. Drawing. Yes, I do love drawing so much since I was a kid. Especially when it comes to anime-like artwork. But when I grew up, there's not much time to allocate on this drawing-thingy.

Since now I'm quite free, the exams was finished about two weeks ago and just waiting for my viva. 8 days to go. It's better doing some useful things to kill your time.

For this time, the artwork on the sidebar and on the header were fully drawn with Paint.NET software. I'm not doing it free-handedly. But with the help of this software. My bad, the eyes and hand were not my original sketch. I copied it from google, render the background and paste it on my custom drawing.

It's hard to admit, I'm sucks at drawing hands. Actually for the eye part, I can sketch it very well using regular 2B pencil, but not using software. It's freaking hard man!

Anyway, this is just a cheap artwork. I'm still newbie in this field.


P/s: they say that left-handed people have exceptional ability in art. I guess that's so true. Thank God for this gift! :)


Jumaat, 29 April 2011

Ubat Sakit Jiwa Dan Hati Yang Paling Mujarab

Lewat petang kelmarin, saya masih berada di dalam bas untuk pulang ke desasiswa dari pusat pengajian. Saya mengerling ke tempat duduk sebelah. Selang satu kerusi. Kelihatan seorang pelajar antarabangsa berkulit gelap, membuka Al-Quran untuk menghabiskan masa yang mengalir sia-sia di dalam bas. Ah, luaran mungkin kelam. Namun di hatinya, siapa tahu, penuh dengan nur. Sehingga terpancar ke wajahnya. Hati jadi sejuk. Saya senyum sendiri.

Teringat suasana Ramadhan. Terasa betul imarahnya bulan Mubarak tersebut. Pemandangan manusia-manusia yang sedang keletihan berpuasa dengan Al-Quran di tangan. Itu di Malaysia. Rasanya kalau di tanah Arab suasana sebegini barangkali di mana-mana dan sepanjang tahun. Di dalam keretapi, di dalam bas, di rumah Allah apatah lagi.

Dalam hidup seorang perempuan, akan tiba suatu ketika di dalam setiap bulan, suatu minggu yang agak 'mengacau-bilaukan' jiwa dan hati. Dan di ketika inilah, tabiat makan mereka akan bertukar kepada karnivor sepenuh masa. Rasa mahu makan dan menelan orang, walaupun perkara yang dialami tidaklah seserius mana.






[Video] Pengantin Malu-Malu Dan Segan

Akibat terlalu malu dan segan, sampai semua jadi kekok.

Video ini asalnya saya peroleh daripada Facebook. Kelakar. Itu yang boleh saya simpulkan. Dari gaya mereka, mungkin mereka ini dijodohkan oleh keluarga. Hmm. Cinta selepas kahwinlah ni ye?





P/s: sweet...^__^



Khamis, 28 April 2011

Sakit Itu Penghapus Dosa

Beberapa hari lalu, saya dan keluarga sempat menziarahi pak long yang sedang sakit di HUSM. Tibanya waktu melawat, kami melangkah masuk. Suasana wad surgeri lelaki itu dipenuhi dengan pelawat. Penuh dan sesak dengan manusia. 

Saya bersalaman dengan mak long yang ada menemani pak long ketika itu. Mama bersalaman dan mencium kedua-dua belah pipi mak long. Tanda semangat, katanya. Pada mulanya, hanya kami sekeluarga. Namun lama kelamaan, katil pak long dipenuhi dengan pelawat.

Pak long orang yang disegani di kampungnya. Pak imamlah katakan. Tidak hairanlah jika ramai jiran dan orang-orang kampung yang datang melawat. Sehingga pelawat di katil-katil lain memandang ke arah kami, kerana terlalu ramai yang mengerumuni katil pak long.

Saya memerhati keadaan sekeliling. Ada pesakit yang langsung tiada pelawat. Ada yang hanya seorang. Dan ada yang 2-3 orang.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...